Wednesday 19 September 2012

Bercuti aka Honeymoon di Tanah Tinggi Cameron (1)

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Kalau ikutkan kitorang memang tak pernah pun plan mana- mana place untuk honeymoon.
Atas alasan tertentu, kekangan masa plak tu takut penat- penat book tak dapat nak pergi plak.
Kawen time dah start new sem kan, mana tahu ada hal kena cepat- cepat balik UTM dah semua kena cancel.
So, kitorang plan nak main redah je.
Yela, mana tau jumpa tempat menarik sepanjang nak balik UTM dari Ipoh.

Tapiii, yang bestnya malam before majlis bestfren Sarah send kat Whatsapp.


Wahhh, ekau nak sponsor den honeymoon cik nurul?
Sape tak juling-juling mata kan time ni.
Mulut pun dah nganga tak nak tutup.
Syokkk tu dikala memang takde place honeymoon lagi.
Ada yang nak sponsor.
Dah la dekat dengan Ipoh kan.
Memang kitorang tak tunggu lama la nak tebus hadiah (boleh plak macam tu kan)

Terus hari Isnin lepas majlis kat Ipoh (majlis Ipoh hari Sabtu before tu) kitorang berangkat ke Cameron.
Tapi lambat sampai sebab g pusing town Ipoh dulu cari charger camera.
(Holiday takde makna bila tiada camera okay)
Sampai Cameron dah pukul 7ptg.
Terus check in hotel.

Kitorang stay kat Country Lodge Hotel kat Brinchang untuk 3hari 2malam.
(Tapi tak macam 3hari pun.Dah lambat sangat sampai)
Sampai je husband dah macam seronok je.
Best la tempat ni....Cantekkkk..
Room condition bukan la besar tapi sangat selesa untuk kitorang berdua.
Cukup ada tv, almari, hanger, toilet, katil.
Bagi kami..sangatttlah okay hotel ni.

Hotel Country Lodge



View of Country Lodge Hotel dari parking area

Bilik 204C.

Lepas maghrib terus keluar cari tempat makan.
Perut dah bergendang nyanyi lagu rock pun ada.
Dari Brinchang kitorang jalan ke Tanah Rata cari tempat makan.
Alahai, mata nampak restoren cina je banyak.
Patah balik ke Brinchang dan dengan tak explore habis, dari kereta nampak la kedai ni,
"Corner Fauzi Tomyam n Steambot"
Cakap kat husband, dah nama Fauzi tu yakin je lah.
Tapi tengok-tengok awat semua takde kulit melayu nih??
Alahai (lagi sekali), redha aje lah.
Bila habis makan, round kat area belakang kedai sikit, banyak je kedai melayu ye.


The food macam menyelerakan, kan?

Tapi, the kedai???

Malam first tu memang sejukk, hujan plak tu kan.
Dah kena 'weather shock'. Pakai jaket punya la tebal okay.

Cucu in law tak tau segan pergi honeymoon pun pinjam jaket atuk.


Next day, breakfast kat kedai makan kat Tanah Rata.
Banyak pilihan kedai makan kat sini.

Then, jalan- jalan kat Bharat Tea.
Just posing- posing ambik gambar.
Tapi sebenarnya Sarah sangat suka tengok kehijauan daun teh.
Rasa sangat segar.
Mata pun rasa sihat je.


Pose sikit-sikit ye.

Dari Bharat Tea, kitorang turun lagi ke Boh Tea, Habu.
Stop jap kat Bea Farm otw nak naik ke kilang teh Boh tu.


Sebab takde lebah, berani la nak cium bunga tu kan. 

Menariknya, tempat yang dah dibuka sejak 1970an ni bukan shj ada bunga dan lebah tapi juga ada menanam strawberi.
Boleh jugak kalau nak beli madu dari lebah belaan kat sini.
Deretan jar madu lebah sedia untuk dibeli.

Dah puas posing-posing kat sini jom kita naik atas plak.
Ke Ladang Teh Boh.
Seram gak nak naik lagi-lagi bila bertembung dengan kenderaan lain.
Rasa macam sipi-sipi je lagi nak terjunam kat bawah.
Tapi bila dah sampai atas, bestnya.
Rasa nyaman sangat.


View ladang teh yang menghijau

Sempat lagi visit kilang teh boh.Pict bawah pelbagai serbuk teh.


Bila perut lapar, 'brunch' kat Ummmph Teashop. Tengoklah choc melt tu.macam mana nak diet kan.

Dah puas pusing- pusing ladang teh, naik semula ke Tanah Rata ke Taman Agroteknologi Mardi.
Kat sini lagi teruja.
Seronok tengok bunga- bunga yang kembang mekar.
Strawberi yang sangat la fresh, manis plak tu.
Tapi nak masuk kena la bayar dulu.
RM3 shj untuk dewasa. Murah je kan?Untuk kanak- kanak bawah 6thn percuma ye.

Muka still boleh maintain walaupun sebenarnya dah tak tahan nak makan strawberi. Manis tau.

Posing lagi kat Taman Agroteknologi Mardi.

Kitorang kat sini sampai dalam pukul 4 je.
Lepas tu hujan mencurah- curah ke bumi Cameron.
Tak puas lagi nak pusing sini sebenarnya.
Tapi apakan daya.
Balik hotel makan maggi aje la sambil tunggu hujan berhenti.

--TBC.

















21 comments:

  1. Bestnya! Lagi menaikkan smgt nak honeymoon cameron jugak..hehe..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best2!..lagi2 bila pergi dgn husband.pergila cameron, ayong.

      Delete
    2. InsyaAllah....preps kahwin pun tunggang langgang lg...dah berangan nak honeymoon...hahaha...

      Delete
    3. okay, buat apa yang lebih utama dulu:)
      ayong, bkn air asia tgh buat promo.cepat la book tiket.hehe

      Delete
  2. erkk. terselit nama bie kat situ.. hehehe.. terharunya..
    Selamat pengantin baru buat sarah n syafiq.. moga berbahagia buat selama-lamanya n cepat timang baby yang ramaaaiiiii.. :D

    happy for you my dear :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, klaka plak bie slh komen entry ni.
      nwy, thanks bie:)
      jom cepat2 g honeymoon.best!

      Delete
  3. myna tgok gmbar ni gosok2 mata byk kali sbb x pecaya sarah pakai skirt, well selamat pengantin baru sarah n sypq , nnti dtg sini claim hadiah yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha myna,do believe it eh.kan dari dulu lagi nak jln2 pakai skirt.br tercapai impian nie.penang jauh laa.tak tau bila blh g sn.huhu

      Delete
  4. bestnya..... tpt yang zura nak pergi sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh zura.dtg la bkn peak time.murah sikit hotel.nnti peak time melambung harga hotel pastu sesak plak.

      Delete
  5. bestnya honeymoon :)) cameron best lagi2 dkt Brinchang tu..hehe :D

    ReplyDelete
  6. Ala...lom honeymoon lg..weekend ni br nk g..tp ngah tggu voucher hotel..xsbrnyee

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat voucher hotel kire sponsor jgak la kan.best nya..

      Delete
  7. bestnye dpt percutian di taja!hihi

    *tp kat opis ni takde iran..huhu..semua msia..

    ReplyDelete
  8. bestnyer...nk juga p cameroon....seronok tgok gmbar2 sarah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. plan la awal2 cik mah.byk place yg menarik jugak kat sini.

      Delete
  9. syookknyaaaaa.. cha akan pergi cameronn utk 2nd honeymoon kot.. dah book dlm rumah peranginan under government tu... alalalala tak sabarnyaaaa.. syokk tgk stroberi tu yunkkk.. hehehehe

    mesti bestkan pergi dengan hubby.. best2... hehehe

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas