Monday 11 November 2013

Muhammad Zharif 4months Old

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Terlewat 7hari update perkembangan Zharif.

Alhamdulillah, 5 Nov 13 bertambah lagi satu bulan Muhammad Zharif.
Check hari tu, berat 6.5kg dengan panjang 64cm.
Banyak jugak bertambah panjang tu.
Perasan jugak, esp masa dia tengah tidur.

Alhamdulillah, 3m3w Zharif dah boleh meniarap dengan mudah.
Hari Jumaat lepas, dah meniarap dia boleh telentang sendiri. Yeay, clap clap.
Sekarang kerjanya, tiarap telentang tiarap telentang sampai cukup 360deg.
Kawasan jajahan abg long ni dah makin meluas la.



Dah tiarap sekarang dah gunakan kaki untuk angkat vontot.
Punyala tinggi angkat tu.
Taktau nak pergi mana.
Peel sekarang, selain menjerit kuat suka pulak dia ketap bibir bawah.
Agaknya sebab dia selalu tengok maknya buat macam tu kot.
Tahan geram kat anak tu yang selalu ketap bibir.
Zharif pun dah ikut.

Biasanya, dia akan tidur malam dalam 8.30.
Susukan sekejap, pastu letak atas bantal, lena dah.
Angkat bawak masuk bilik pun tak sedar.

Tapi ntah kenapa malam tadi, pantang nampak kita jauh sikit terus nangis.
Bukan sikit-sikit macam selalu.
Melalak kuat.
Time maghrib pulak tu.
Risau jadi macam masa dia kecil- kecil dulu.
Menangis waktu maghrib, terus takmau senyap.
Cuma semalam, bila kita datang dekat or angkat dia, elok gelak-gelak.

Bila fikir, ada 2 sebab yang mungkin:
- siang tu Sarah makan kerabu perut campur taugeh+pakupakis---mungkin taugeh buat perut dia kembung.
- ayah balik kl dah malam tadi. Zharif rindu ayah.hehe..

Buat masa ni Zharif sangat mudah nak bawak jalan.
Macam cuti 4 hari tu, naik flight tidur je sepanjang jalan.
Bila bawak jalan- jalan pun dia tersangat okay.
Tu yang syok..
Padan tu, baru je balik bercuti ayah dah tanya---tahun depan kita nak cuti mana pulak ye?

Semoga terus membesar dengan cerdik & sihat ye anak soleh Muhammad Zharif.

Zharif @4months old w tokayah.


Mulut penuh air liur. Rambut ibu pun dahsyat keguguran!


Posing tidur paling suka. Dah macam orang besar dah.








6 comments:

  1. dah 4 bln dah sarah? kejapnya..kalau saila xmau baby membesar,nak dia jd babyyyy je..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulaa, bila scrol balik pict hari2 pertama, rindu sangat.

      Delete
  2. kejap je kan..huhu..rayyan pon nak masuk4 bulan dah..rs cm br je beranak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngilu2 ari tu pun belum reda lagikan tiqah :)

      Delete
  3. Huhu ala la la la la comelnya dia nak angkat bontot :p
    Hehe cepat besar ya baby..

    Menenangkan Hati Yang Kecewa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, nnt bila dah besar rindu time macam ni.

      Delete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas