Thursday 22 August 2013

Muhammad Zharif: Demam

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Masuk hari ni dah 5 hari Zharif demam.
Tapi suhu tak sentiasa tinggi.
Kadang naik sampai cecah 38deg, kadang 36 aje.
Masuk kali ni kira 2x dah Zharif demam.
First yang masa baru lahir ari tu.

Start demam Ahad, Isnin bawak la jumpa doc kat KK.
Doc bagi ubat Paracetamol syrup.
Dah petang baru Sarah cuba nak bagi Zharif ubat tu.
Tu pun sebab abah yang suruh.

Nak jadikan cerita, abah yang masukkan ubat tu kat mulut Zharif.
Sarah just pegang Zharif.
Masukkan ubat ikut dalam syringe ikut dos 2.5ml.
Masa nak bagi ubat agak nya terlaju tolak, Zharif terus tersedak.
Mula Sarah ingat macam biasa je.
Lagipun masa tu Sarah pegang duduk.
Pastu abah jerit, "lemas long!lemas!"
Terus tengok Zharif lemah.
Pegang tapak tangan,sejuk!

Abah ambik Zharif, hidupkan kereta terus g klinik.
Masa otw tu, sedaya upaya biarkan Zharif berdiri.gerak- gerakkn badan dia.
Sebab dah terlentok.
Faham-faham aje la betapa cemasnya masa tu.

Sampai klinik nurse tepuk-tepuk sampai Zharif sedar semula.
Alhamdulillah cerah balik mata dia.
Sekarang dah tak berani nak bagi ubat.
Seriau dengan apa yang dah happen.
Jadinya,apa yang Sarah buat just mandikan Zharif 3x sehari.
Bukak bedung dia & sapukan dengan air yang campur dengan ramasan daun setawar.
Memang kitorg dulu-dulu bila demam mak sapukan dengan air daun setawar aje.

Sejak Zharif demam,termometer dah jadi alat penting.
Bila-bila je mesti check suhu dia.



Bila check suhu, kalau kita letakkan termometer pada ketiak, kena add 0.5deg.
Kalau pada anus, add 0.3deg.
Dah tentunya suhu external lebih rendah kn dari suhu internal.

bila dah dapat kaki tangan macam ni la.bebas!

2 comments:

  1. seriau nya sarah masa bg ubat.. kita nk kena alert gak kn.. nasib baik baby tak apa2.. apa2 pon rad doakan zharif cepat sembuh ya syg..

    ReplyDelete
  2. Semoga Zharif cepat sihat. huhu..kalau anak demam mmg leh wat cemas sbb baby dia xpandai lg nak bgtau kita apa dia rasa.

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas