Friday, 10 February 2012

Butik pengantin Bahau dan Serting

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Cuti sebulan ni memang di manfaatkan untuk wedding preparation.
First thing first, survey butik pengantin area Bahau dan Bandar Baru Serting.

Banyak jugak butik pengantin area sini rupanya. Pakej yang ada pun masih lagi level mampu dan padan la dengan kawasan yg jauh sedikit dgn bandar.

Butik- butik pengantin yang Sarah dah survey.

1) Butik Pengantin Ina Kepis - Kiara Square
    First butik yg Sarah ngn mak survey, First time jugak masuk butik pengantin. Macam tak tahu sgt nak tanya     apa. Butik ni ada banyak pilihan pakej. Pakej Intan yang paling grand pun tak sampai RM2000! Butik ni pun ada sediakan pakej untuk photographer dan katering. Kira boleh dapat pakej lengkap lah kat sini

2) Azila Gallery Bridal - Bandar Baru Serting.
    Lepas discussion dgn pembantu mak andam butik nie, Sarah sebenarnya dah jatuh hati dengan andaman dan pelamin butik ni. Make up nmpk natural, pelamin pun ada yg tertarik hati. Tapi direct kena reject dgn abah sebab yang buat pelamin bukan lelaki tulen. Nak buat mcm mana kan.Kena la follow order big boss. Yang menarik nya, dengan butik nie dapat macam-macam free. Let say takde tudung dengan veil pun, butik ni boleh sediakan. Dengan syarat bagi baju tu pada butik awal so that diorang boleh match kan color.

3) Maya Andaman -Bandar Baru Serting
 
4) Andaman Juwita Impian Anggun - Bahau

5) GM Andaman*Fesyen*Fotografi*Kanopi - Bahau
    Masa kat butik ni sgt sekejap. Tu la sape suruh dtg lmbt.Dah nak pukul 6 baru nak dtg. Confirm la tak di layan sgt. Orang dah nk tutup kedai. So memang tak dapat nak buat comparison. Cuma bila pandang sekeliling butik ni nampak ada jenis2 pelamin yang cantik.

6) Butik Azu Sri Andaman - Kiara Square
    PR sangat tak bagus. Rasa nak cabut lari pun ada. Maybe bukan semua yg kat butik ni mcm tu. Cume terkena masa Sarah dtg tu org yang lyn customer tu je yang mcm tu. Nasib la.Takde rasa nk put in shortlist terus.

7) La Ross Andaman - Bahau.
   PR dengan customer sgt bagus Kak Ross ni. Tgk album, make up pun okay. Nampak natural aje. Cuma pada sapa2 nak dtg kena buat appointment dulu sbb kadang2 Kak Ross ni takde dekat butik. Kalau nak baju baru sgt murah antara semua butik. Cuma tambah RM200 shj!

8) Pusat Kecantikan dan Andaman D'Yusra- Bahau.
   Butik andaman yang paling famous kat kg Sarah. Pakej yg ada tak banyak. Tapi boleh di katakan butik ni lah yang paling murah antara semua butik yang dah di survey.

So, ada sape2 yg boleh suggext butik yg mana paling best kat area Bahau- Serting nie ye?Tgh confuse nie.

2 comments:

  1. -akak nak tumpang iklan sikit ye TT-

    Salam to blogger sume ^___^

    mencari cari doorgift utk majlis kenduri kahwin mahupun jamuan keraian anda? cuba lawati blogspot Ananaifa di waffle-comel-ananaifa.blogspot.com dan sekiranya berminat dengan tawaran kami, bolehlah proceed for next action ya!

    //Jazakallah//

    ReplyDelete
  2. salam, mesti lah dah selamat kan majlisnya... boleh recommend sy tak which butik and photographer kat serting ni? ah..pening cari.

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas