Showing posts with label Wedding Attire. Show all posts
Showing posts with label Wedding Attire. Show all posts

Thursday, 7 March 2013

Review : Baju Nikah.

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Since lepas kahwin ari tu, Sarah terus tinggalkan blog ni macam tu aje.
Sikit pun tak review apa pun pasal wedding.

Sarah perasan ramai jugak yang tanya,
"kat mana Sarah anta buat baju?"
"apa nama kedai Sarah anta baju nikah tu?"

Jadi, rasa macam teruk plak kalau tak share pape kan.


Throwback moment 31 Aug 2012.

Nikah attire

Design asal untuk baju nikah boleh refer kat entry ni.
Adik Sarah yang suggestkan kedai sebabnya kawan dia pernah anta alter baju kat sini.
Hasilnya, kemas, selesa untuk dipakai. Puas hati lah.

So, Sarah cuba nasib anta kat sini.
Amin Tailor, D. Designer.
Kedai terletak kat Seksyen 18, Shah Alam.
Dekat dengan Giant Seksyen 18.
Atas kedai gambar Foto Zoom, berhadapan Bank Islam.
Kalau nak no phone, boleh tanya Sarah personal ye.

Ada sikit kecewa dengan hasilnya. Boleh baca kat entry ni.
Dan yang tak pernah cerita lagi, panjang tangan dengan sengaja dibuat lebih panjang.
Tanpa pengetahuan Sarah ye.
Katanya nak ambik mood akad nikah.
Jadi lebih sopan.
Akibatnya macam 'menggelebeh' sikit.
Masa pakai nikah ari tu, tak perasan pun yang lengan baju ni panjang.
Dapat cover.

Overall, Sarah puas hati dengan hasil baju nikah ni.
Bukan senang nak potong dengan teliti setiap beads yang ada kat kain chiffon tu, then patch kat bahagian leher dan bahu.
Sarah suka part kain. Tak tau apa nama fesyen ni.
Potongan macam pict kain bawah ni.
Bahagian depan, sambungan nya dibuat ada kedutan sikit tapi bahagian belakang sambungannya straight je.
Jadinya, kain tak la sempit bila nak berjalan.

Keseluruhan bahagian baju


Bahagian depan kain.

Bahagian belakang kain.


Sarah nak bagi few tips nak deal dengan Amin Tailor ni (sarah panggil pak cik amin je):

- kalau dah ada design sendiri cuba bawak dengan pak cik amin dulu, boeh consult dengan dia kain jenis apa yang sesuai untuk design tersebut.
- kalau dah ada kain, bawa je kain terus, pak cik amin akan terus consult design yang macam mana yang sesuai dengan kain tersebut. kalau tak jadi nak anta dengan dia pun, pak cik amin still ok. dia bagi free je design yang dia buat tu.
- kalau dah setuju nak anta kat dia, cara pak cik amin tetapkan harga, dia akan tengok pada jenis kain & design. then pak cik amin akan letakkan range harga untuk baju tu. So, kita akan choose nak letak berapa within the price range. hasil kerja pak cik amin based price yang kita letakkan tadi.
- katakan tarikh nikah pada bulan jun, jangan bagitau dia. cakap je kita nak bulan april ke. sebabnya, pak cik amin akan buat baju ikut customer dia mana yang nak guna lebih awal. walaupun kita dah anta lagi awal.

Try nak pakai balik baju ni. Hoho, tak lepas dah nak pakai esp kat bahagian vontot itu.hehe
Kalau buka untuk sewa, agak- agak ada yang nak sewa tak?

Monday, 23 July 2012

Wedding Shoe

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Hajat hati pada awal nya Sarah nak kan custom made kasut.
Suka pada Absolutelygorgeous By Amy
Kawan Sarah pernah buat kasut kt situ.
Memang cantik memang puas hati.

Tapi disebabkan $$$$ dan kekangan masa tak jadi la nak custom made.
Beli yang ready made sahaja.
Less than RM100 lagi tu.
Jimat-jimat..

Yang penting tunang yang pilih kan.
Adik pun kata okay.
Dan selesa.
So, Sarah pun ambik la yang ni.


Takde yang special pun tapi saja b&w kan.hehe



Tuesday, 12 June 2012

Pada Awalnya Saya Mahukan Ini..

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Saya mahukan Shawl Shasmeen Sakura.

Kredit Foto: Radiusite 

Sangat manis kan tudung dari Radiusite ni.
Sarah suka pada design nya yang simple tapi menarik.
Memang awal2 dah plan untuk nikah nak pakai tudung ni sahaja.
Sebabnya, baju nikah nanti dah memang sangat heavy.
So, nak pakai yang simple2 sahaja.
Tak nak pakai veil pun.

Tapi idea tu ditentang habis-habisan oleh adik.
Katanya pakai tudung je tak nampak seri pengantin.
Konon nak buat degil,
tapi adik menang jugak.

Sebabnya time pergi butik ni hari tu, shawl ni dah habis stok :(
Nak datang lain kali ntah bila nya.
Beli online takut tak match pulak.

So, ini la penggantinya.

Tengokla hasilnya nanti macam mana ya:)

Chiffon silk 60" : RM 38/m x 1 1/2 m.
Border lace plain : RM 78/m x 1/2m



Sunday, 10 June 2012

Godet Dress

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Seperti yang pernah diceritakan, baju bertandang nanti adalah dari inspirasi disini.
Suka pada dress tersebut tetapi tidak tahu nama nya.
Terima kasih pada blogger Miss & Mr. W sudi inform Sarah nama dress tu.
So, dress tersebut adalah GODET DRESS.
Dah, google, betulla!
(agaknya kamu2 semua dah tahu kan pasal ni)


Suka pada effect flowy dress.

Godet dress terdiri daripada panel kain ditambah pada kain atau dress utama.
Godet dress juga dapat menambahkan keluasan kain dan membentuk effect flowy pada kain atau dress tersebut.
Contoh pattern godet dress,
Kredit foto: wikipedia


Saturday, 9 June 2012

Inspirasi: Dress Majlis Bertandang

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Majlis bertandang di Ipoh, Sarah hanya mahukan dress yang simple.
Dan tertarik pula pada chiffon dress dengan patching lace.
Awalnya tertarik pada yang ini


Tapi sebab rasakan gaya ni dah biasa,
jadi tukar pada gaya ni pula


Suka pada style bahagian bawah tu.
Tapi tak tahu apa nama dia.
Nak kata pleated macam lain je.
Siapa yang tahu inform ya:)

Owh, both design dress tu adalah inspirasi dari Majalah Pengantin Jan 2012

First magazine pengantin yang dibelanja oleh en tunang. Magazine yang lain beli dengan ex-housemate yang kerja Karangkraf. Dapatla RM6 je untuk majalah pengantin nie.


Wednesday, 11 April 2012

Shopping dengan Parents

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Hye semua. Macam mana dengan cuti semalaya korang?
Sure gunakan sepenuh masa dengan xtvt yang best kan.
Esp pada B2B mesti bershopping sakan.
Me too.

Ari ni agak nya abis satu bandar Segamat Sarah and parents terjah.
Bershopping baju- baju untuk wedding.
Duit pun melayang- layang la jawab nya.

Kitorang keluar rumah awal pagi lagi.
Dalam pukul 8.50 am dah gerak, sampai sedang-sedang la kedai bukak.
Jarak rumah dengan Bandar Segamat dalam 1jam setengah.
Balik rumah dah petang. Flat abis.

First tempat kitorang datang Kedai Kain dan Langsir Seng Hong.
Mana- mana kawan Sarah yang tinggal kat Segamat mesti suggest kedai ni.
Yup, memang murah kedai ni. Kain pun boleh tahan cantik.
Cuma tak jumpa yang berkenan di hati ku.
Grab kain baju melayu untuk my Abah dan adik lelaki yang akan di pakai masa wedding sahaja.

Kain baju melayu(tak sure jenis apa) buy 3meter free 1 meter @Seng Hong.

Lepas tu, kitorang sambung shopping di Nagoya Textiles.
Dapat grab kain untuk majlis bertandang nanti.
My FFIL dah decide theme kat Ipoh Turquoise Blue.
And Sarah mahu kan simple dress macam Cik Puan Lijah seperti disini.
Sempat jugak tnya pada Cik Lijah untuk buat dress tu,
tapi sikit kuciwa sebab tak sempat baca reply email, dah beli kain.
Akibat nya daku beli chiffon plain 4meter walhal untuk buat dress tu perlu 6meter.
Tak tahu masih ada chance lagi tak untuk dapat dress seperti itu.

RM7/ meter satin for the lining dan RM3.8/meter for the chiffon plain.





Then, UtamaTextiles. Berhadapan Nagoya Textiles
Kat sini dapat grab kain for my mum and FPIL.
Memang dah niat dari awal lagi, Sarah mahu hadiah kan something pada insan-insan yang terpenting dan teristimewa bagi kami.
So, Sarah hadiahkan kain pasang.
And Sarah mahu mereka pakai semasa majlis nikah nanti.
Cuma untuk baju melayu Abah tak jumpa kat sini.

Last sekali, Jakel Trading.
Memang dah cakap kat Abah tempat mahal pergi last.
First grab kain baju melayu for my prince.
Untuk matching kan dengan kain yang Sarah beli untuk majlis bertandang.
Jenis kain Valentino xxxx. RM13/meter. Okay la kan.
Dapat jugak baju melayu Abah dekat sini and Sarah jugak dapat grab baju raya.
Hehe, sempat lagi kan.

Keseluruhan hasil shopping di Bandar Segamat.

Abah dah penat. So, balik....
Overall, nak shopping kain kat Segamat pun best jugak sebab banyak kedai kain.
Boleh la compare harga and kualiti.