Showing posts with label Penghargaan. Show all posts
Showing posts with label Penghargaan. Show all posts

Wednesday, 8 May 2013

UTM 50th Convocation Ceremony

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Alhamdulillah, lepas hampir setahun setengah tertonggeng, tergolek,mata bengkak- bengkak, semalam kami dianugerahkan Sarjana Kejuruteraan Elektrik (Kuasa).
~erm, tak la sedahsyat tu.apart of that, seronok dapat peluang study di UTM.
definitely kawan baru, environment baru.

Syukur sangat-sangat.
Experience semester ke-3 rasa mencabar.
Masa tu, pregnant first trimeseter, final project yang tunggang langgang.
Alhamdulillah, lepas juga.

Dan, hari ni, pagi- pagi lagi UiTM call.
Katanya, surat lantikan jawatan dah keluar.
Syukur.
Penantian yang sekian lama akhirnya terjawab gak.

Few picts konvo semalam.
Banyak yang curi dari FB kawan aje.Dari kamera sendiri tak sempat transfer lagi.



kawan yang pakai tudung choc tu pun tengah membuyung. 8 bln :)



Terima kasih Allah.
Mak, abah, suami, adik-adik, kawan- kawan :)

Tuesday, 18 September 2012

Entry Penghargaan

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Alhamdulillah, segala nya apa yang diimpikan, apa yang dirancang dah selesai.
Segala nya berjalan dengan lancar.

First of all, rasa bersyukur dan berterima kasih pada Allah yang memudahkan perjalanan majlis kami.
Bersyukur sangat dengan limpahan rahmat dan kasih sayang Allah kami akhirnya dapat disatukan.
Semoga berkekalan hingga ke syurga. Amin.

Kepada family both side yang paling banyak membantu.
Kira orang kuat untuk majlis kami.
Kalau bukan kerana mereka semestinya majlis ni tak akan berjalan seperti dirancang.

Mak, abah. Terima kasih segalanya. Banyak sangat tak termampu nak balas atas segala bantuan, support fizikal mental dan kewangan sepanjang berbulan-bulan persediaan untuk majlis along.
Pada adik- adik yang sudi teman dari survey butik pengantin sampai la bertungkus lumus sebelum, semasa n selepas majlis berlangsung.
Jasamu ku kenang.Ceewahhh.

Mama, ayah. Terima kasih meraikan kami dengan majlis yang cukup- cukup meriah.
Bersanding siang dan malam memang sangat- sangat menjadi kenangan yang cukup terindah.
Pada adik- adik ipar terima kasih sudi membantu sepanjang majlis berlangsung.
Esp pada Syamim jadi bestman pada abang nya, layan kami dah rasa macam raja pun ada.

Pada sedara- mara yang banyak membantu jutaan terima kasih kami ucapkan.
Pada nenek yang buat bunga pahar, pada makcik yang sediakan makanan untuk jamuan makan beradab, sediakan goodies, sediakan kek untuk pengantin lagi, n macam-macam la.Terima kasih.
Pada mak sedara, pak sedara, sepupu yang tq sudi datang memeriahkan majlis.

Pada family side suami, terima kasih pada Makteh n Pakteh yang tak terhingga yang banyak tolong untuk majlis ni.
Dari urusan kad kahwin, photographer, sediakan bilik pengantin (Ipoh), sangat banyak lagi la nak disebut.
Pada Maksu terima kasih untuk kek pengantin yang sangat cantik n sedap  n macam- macam lagi.
Pada family yang lain n cousins terima kasih banyak-banyak.(nak ucap rasa tak mampu sebab banyak sangat dah dilakukan untuk menjayakan majlis)

Special thanks pada my bestfren yang dari kecik sampai besar, Shue.
Sudi sponsor kek Secret Recipe untuk hantaran.
Pastu sponsor honeymoon kat Cameron Highlands.
Best sangat-sangat.
Really appreciate that. We really enjoy our holiday.

Pada kawan- kawan yang datang memeriahkan majlis pastu bawak hadiah yang best- best.
Terima kasih banyak- banyak.
Special thanks pada Sue, Roha, Pae, Kyna.
Tq datang n tolong-tolong basuh pinggan, pacak bunga manggar, pakai kan inai n macam- macam lagi.
Tq Kyna sudi jadi bridesmate n buat action macam- macam.Hehe.
Pastu sponsor choc Ferero Roche untuk hantaran jugak.XOXO
Ex Smkapian, tolong bungkus kan goodies lagi tu.Tq2.
Pada Farah n Zatie tq sponsor untuk a bouquet of cookies. Cantik.
Pada Nad, yang buat kan veil nikah yang sangat cantik. Bila buat w/o charge kira sponsor la jugakkan.
Tq nad untuk veil purple yang sangat manis.

Haa, pada kawan- kawan blogger jugak harus ucap terima kasih.
Tq bie buat kan tag yang super cantik, Qaseh untuk guestbook, Nuie untuk HB. Siap dapat pujian dari mr. Photographer lagi tu.

Pada pakcik, makcik orang kampung yang masak- masak untuk both majlis tq2.
Kalau takde mereka semua ni agaknya orang datang pun balik dengan kelaparan kan.

Pada mereka yang tak dapat datang tapi send email la, sms la, pm la. Semua wish yang baik- baik buat Sarah n husband.
Tq untuk doa. Kami sangat hargai.

Sangat-sangat ramai nak ucapkan terima kasih.
Maybe ada yang terlepas agak nya.
Pape pun terima kasih banyak- banyak pada pihak yang terlibat dalam majlis kami direct or indirect.
Jasa mu kami sangat hargai. Kenangan manis buat kami selamanya.