Showing posts with label baju nikah. Show all posts
Showing posts with label baju nikah. Show all posts

Sunday, 22 April 2012

Nikah Outfit, Bukan Seperti Yang Dirancang

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Waktu Sarah karang entry ni, sebenarnya Sarah baru je sampai JB dari Shah Alam.
Hari Khamis lepas dapat sms dari yang design baju nikah Sarah.

"Adik, baju adik dah siap"

Wah, dengan semangat esok nya ( Jumaat), terus shoot dengan bas ke Shah Alam.
Sabtu petang baru ambik baju.
First tengok hasil, saya suka.

Tapi bila ingat- ingat balik design as per perjanjian, ada yang kurang.
Siapa yang terbaca dekat sini, mesti boleh gambarkan baju tu akan jadi macam mana.

First, Sarah dah sedia maklum yang kedutan dekat bahagian bawah baju tak dapat nak buat.
Sebab kain ni jenis chiffon beaded, heavy plak tu.
Kalau buat jugak maybe akan rosak kain.

And now, baju tu dah takde patch bead dekat bahu, pinggang and dada seperti yang dirancang.
Kata nya beads tu tak cukup untuk buat.
Pasrah aje la.

Tapi tak tahu la kenapa bila masa nak bayar, mulut ni rasa berat sangat nak minta kurang.
Selalu memang expert bab macam ni.
Yelah, kita bayar based on their effort untuk gunting-gunting dan tampal-tampal manik tu.
Tapi tak dapat yang macam tu.

Lepas tu plak, sayang-sayangku Kyna and Apai kata baju warna ni busuk!
Down, tapi cakap balik memang nak cari light purple pun.
But I dont mind with them. Dah rasa macam adik-beradik.

Bila tengok dan tenung baju ni tersangkut,
terdetik kat hati.
"Sekarang dah kisah orang nak cakap apa.
Ini baju yang aku akan pakai waktu nikah.
Yup, 'Ini baju nikah aku' "

"Baju nikah"...Bawa maksud yang sangat-sangat mendalam.

Cerita pada en. tunang,
dia senyum aje.
"Baju tu cantik sebenarnya"
Terus berbunga rasa hati.


Tunjuk sikit


4 months, 1 week and 1day to go :)

Sorry, long entry . Terima kasih sudi membaca.




Saturday, 24 March 2012

Nikah Outfit..In progress

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Best bila kena perli..

Me      : Pakcik, Sarah saje je nak tahu progress baju.
Pakcik : Tengah di buat ni. Janji nak ambik April kan.
Me      : Bukan ape. Takot ada pape problem ke.
Pakcik : Yela, kain baju ni lembut. Pakcik buat slowslow. Karang jadi S p e n d a Superman     kang.
Me      : Pakcikkkkk..

Wednesday, 15 February 2012

Design Baju Nikah

Assalamualaikum
Salam Sejahtera..

Sekarang ni bila dah cuti sem mmg hajat di hati nak penuhkan cuti dengan wedding prep.Memang, sgt lama lagi.Ada la 7 bulan.Tapi pejam celik kang dan tiba hari.

First thing, sibuk mencari siape yg sudi nak jahit baju saya nie.Dah puas round kat PKNS Shah Alam.Tahu rate kt sana mmg tinggi. Sgt pelik dgn rate kat PKNS. Some kedai nk ambik just RM150+ tp some kedai smpai RM350.Kenapa ye price dia berbeza mcm tu sekali.

Bila tanya semua kedai/ butik, kain ni hanya sesuai untuk buat baju kurung moden sahaja.Aisssyyhh, en tunang kate "boring awak asyik pakai baju kurung moden je"

Heheee,so misi dan visi nak buat baju kurung moden yg di moden kan.

Atlast, Thnx to my lil sister, Dilla.Introduce satu kedai nie.Bukan setakat jahit. Siap dpt design kan baju tu.
Yang best kalau kita dtg je n bawak kain, boleh dpt konsultan FREE. Price pun acceptable and affordable.

First design: ada banyak bunga tampal supaya sarah jd nmpk tggi

Second design: Just play dgn kain yg ad.manik disusun semula pada leher, bahu dan pinggang.

Friday, 10 February 2012

baju nikah

Assalamualiakum
Salam sejahtera

Wahhh,, sy rupenye sgt leceh..hehee, mengata diri sendiri kan..okay la dr mengata org lain.
Baju nikah dah selamat beli dekat Jakel Jalan TAR..yup, di sebab kan sy nie sgt leceh, kena la bawak adviser2 untuk pilih kain baju nikah.
Jenis kain my beloved Kyna yg suggest.Bak Kate Kyna, pilih chiffon beaded. Senang tak perlu nak buat beading dah.
Time nak pilih kain plak makteh, pakteh and my lil sister yg teman kan.Kalau xde mereka2 nie mau smpai mlm kt Jakel tu. At last, kain chiffon beaded warna lilac yg menjadi pilihan.
Harus berterima kasih pada my adviser.