Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Saturday, 25 August 2012

Pearl Handbouquet

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

My simple pearl handbouquet.

At last, done my pearl handbouquet.
Combination of purple and pink pearl beads.
Saiz pearl beads yang Sarah gunakan 8mm.
Yang sedang- sedang saja.

Untuk colar, thanks tu Nurin yang sudi share cara untuk buat colar hb.
Sarah gunakan kain organza sahaja.
Untuk tangkai hb pula Sarah guna kan cara Intan Norazam yang guna kan polystyrene tu.
Awal- awal ingat tak nak guna sebab nampak terlalu besar. 
Tapi guna riben sahaja tak dapat nak balut dengan bagus, jadi guna polystyrene lebih mudah. 

Komen untuk diri sendiri, masih ada cacat cela yang boleh di perbaiki.
First time buat, tapi best bila dah siap:)


Bantal Cincin Diimpi- impi

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Termimpi- mimpi mahu kan bantal cincin.
Memang pada asal nya tak mahu kan letak cincin dalam kotak cincin tu.
Akhirnya dapat juga.

Pandangan hadapan

Pandangan tepi

Bahan-bahan yang digunakan :
Kain felt pink untuk membuat felt roses.
Kain felt hijua untuk membuat daun bunga ros.
Dihias dengan butang coklat untuk menaikkan seri.
Kain felt hijau sebagai base.
Lace putih sebagai hiasan keliling
Riben pink untuk hiasan atas bantal.

Sepatutnya dan lebih baik kalau diisi dengan fiber. Lebih ringan.
Tapi untuk bantal ni, diisi dengan perca kain sahaja. Jimattt.

Wednesday, 18 July 2012

Ruffled Ribbon Flower

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Satu simple DIY done

My ruffled ribbon flower

Puas hati dapat siapkan sikit-sikit.
Sangat simple dan tak ambil masa yang lama nak siapkan bunga reben ni.

Thursday, 29 March 2012

Tissue Paper VS Crepe Paper

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Beberapa hari lepas, tiba mood DIY mendatang.
Actually, ter'influence' dari sorang kawan Sarah.Dia teringin nak buat bunga telur dari kertas. 
Tengah buat proposal pada mak dia la nie. 
So, dengan senang hati Sarah pun menjoinkan diri tolong dia buat bunga tu.

First kitorang guna crepe paper. 

Disebab kan crepe paper ni keras sikit, hasil bunga nya nampak “tegap”. Bunga pun jadi besar. Try cut paper pada size yang lebih kecil tapi tak best la hasil dia. Sebab bunga tak jadi kembang.Kuncup and tak lawa.

Hasil yang ni bunga tak kembang sangat.

Bila compare dgn bunga tissue yang Sarah tgh pulun buat seperti disini, dengan tissue lebih nampak “ayu” nya.Hehe. So, the next day, kitorang beli tissue cantik kat jusco taman u and malam tu terus buat bunga ni.

Yang pink dari tissue. Yang kuning dari crepe paper.


Kan, hasil dia bunga dari kertas tisu lebih padat and kembang pun cantik. Pandai Ain pilih warna. Pink nie sangat cantik. 

So, kalau nak buat bunga yang besar atau buat backdrop, guna crepe paper sgt la sesuai. Lebih tahan lasak. And sebabkan ciri tahan lasak tu, bila nak kembang kan bunga jadi lebih mudah.

Dengan tissue pulak, memang perlu kan daya kesabaran dan ketekunan yang tggi. Tapi hasilnya memang best. Kalau renyuk sikit pun tak nampak sangat lah. And ingat pantang larang ye, jauh kan diri mu dari air~~

My Dear Ain, hope proposal kamu BerjayaJ

Monday, 26 March 2012

Inspirasi:Kipas Kertas

Assalamualaikum
Salam sejahtera..


Kerdit Foto: FB Filmshortartifact

Kenal kan pelamin yang sangat comel macam gulagula ni hasil artwork sapa.
Sarah memang dah jatuh hati sangat pada FILMSHORTARTIFACT ni.
Memang best and awesome!
Mixture of pastel color yang digunakan dah mencairkan hati ku.

Dan lagi yang mencairkan hati daku.
REN-DA BELLEZZA
Memang kena pandai main dengan warna ni,
baru dapat buat yang super gorgeous.


Kredit foto: Ren-da Bellezza


And hasil kerja mereka ni dah menginspire kan Sarah untuk menDIY something for my wedding.
Tak sabar nak balik rumah.
Nak propose pada parents.
Hope tiada bantahan dari mak.



~TakPandaiMainDenganWarnaTapiDalamSedangMengkaji






Wednesday, 22 February 2012

Bunga Pahar

Assalamualaikum
Salam Sejahtera..

Mentang-mentang esok full day takde kelas, so malam ni memang rasa nak jadi burung hantu kejap. Update blog, sketch untuk kad kahwin, buat bunga telur..


Sebelum ni ada la beberapa jenis bunga yg Sarah dah try.
First try Dip flower. Tapi hasil bukan seperti di bawah ini. Dah puas letak thinner tetap jadi tebal.


Second try pulak. Almost nak dapat macam kat bawah ni tapi sebab leceh. Pastu kena berebut mesin jahit dengan mak. So, cancel plan.
Kredit foto : Mr Google

Maka nya, ini la bunga telur Sarah .

Bunga Tisu!! Sangat simple tapi bila dah siap menarik jugak!