Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Wednesday, 20 February 2013

Tips: Elak Stretch Marks Pada Kulit Perut

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Tips ni dari experince sorang kawan.
Prof. Dr. Abd. Hamid Arshat juga ada menulis mengenai ni dalam buku beliau "Baka & Zuriat".

Semestinya bila baby dalam perut makin membesar, perut kita pun jadi makin besar,
Lama- lama kulit perut jadi tegang, dan akibatnya pecah- pecah berjalur (stretch marks).

Dalam buku Prof. Dr. Abd. Hamid dinyatakan dua faktor yang menyebabkan kulit perut pecah- pecah:

1) kandungan hormon kehamilan menyebabkan tisu bawah kulit menjadi lemah,
2) pertumbuhan dan pembesaran rahim merenggangkan tisu di bawah kulit , menyebabkan kulit perut pecah- pecah.

Kesannya, stretch marks akan berkekalan selepas bersalin walaupun berkurang sedikit.
Jadi, untuk mengelakkan stretch marks ni perut  si ibu sepatutnya di sapu dengan minyak DARI AWAL KEHAMILAN sehingga saat bersalin.
Perkongsian dari kawan, minyak yang paling baik adalah minyak zaitun.
Katanya yang lagi bagus Extra Virgin Olive Oil.
Bila perut disapu dengan minyak zaitun perut jadi licin, cantik sampai lepas bersalin.

Sekarang guna yang ni je. Kot-kot menjadi, takde stretch marks guna minyak ni,
Sarah buat review lepas bersalin nanti ya :)



Tuesday, 29 January 2013

Dah Mula Jadi Orang Paling Busy di Pagi Hari

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Hah!
Baru hari pertama, dah nak claim diri orang paling busy kan.
Baru tahu, bkn senang jadi surirumah.
Fuhh, bukan calang-calang orang boleh berjaya dengan kerjaya ni agak nya.

Yela, mana tak nya, time orang tengah syok- syok tidur dah kena bangun.
Tu yang dari set jam 5.30 pagi, pastu delay 5.45 plak.
Nak bangun boleh lagi berangan.
Selagi tak azan selagi tu rasa nak sambung mimpi indah.

Buat masa ni kitorang duk kat Kajang, husband plak keje kat Ara Damansara.
Jauh dan jammed!
Harus la kena prepare breakfast awal-awal pagi.
Kalau tak memang sampai hati sangat biarkan husband keluar dengan perut kosong.

Pagi ni,
konon- konon nak buat nasi goreng.
Dah tengah mamai tu, jadi la nasi goreng berperasa pedas dan manis.
Bhahaha..Dan, tak sanggup nak bagi husband nasi macam tu.
Mujur sempat siapkan sardin roll.
Okay, ada yang dia boleh makan.

Ni tips bagi siapa- siapa nak buat nasi goreng ye.
Pls jangan lupa perencah!
Kalau gunakan bawang yang dah siap kisar, make sure letak lebih banyak dari bawang yang kita tumbuk.
Kan masa kisar dah letak air, kalau letak kadar biasa memang la nasi goreng tu takde rasa apa- apa ye.

~Learn by experience:)