Salam sejahtera..
Thursday, 9 October 2014
Pregnancy: 36weeks
Salam sejahtera..
Thursday, 11 September 2014
Pregnancy: Week 32 & Visiting My Baby
Salam sejahtera..
Alhamdulillah, minggu ni dah masuk minggu 32.
Kejap je dah beralih minggu.
Kang tup- tup dah keluar adik baby ni.
Again, minggu ni dapat 'visit' adik baby.
Asyik sangat berenang dalam perut tu, apa yang dibuat agaknya.
doc scan,hmmm, kenapa macam date tu jauh sangat beza dari EDD.
3minggu ke sebulan lambat.
Weight 1.2kg.
Then pass ke specialist.
Baru lega sikit, beza dalam satu ke dua minggu.
Agak normal lah kan kalau beza sikit- sikit minggu tu. Berat 1.5kg.
Alah, si abang pun lahir kecik je.
Masa abang pun, doc worried dah sebab baby kecik.
Kawan- kawan pun tegur, tak nampak sangat perut.
Tapi jalan dah macam apa.
Kenkang kiri kanan buruk amat.
Adoi, berat dah rasa perut ni.
Macam dah bawak turun ke bawah je.
Tapi baby, pls awal lagi.
Tunggu kita balik Pahang baru keluar, ok!
3rd trimester dah mula kejang- kejang kaki.
Malam tidur wajib tinggi kan sikit kaki.
Kalau tak, merasa la tengah malam simpul biawak.
Sape nak tolong urutkan.
Bukan husband ada kat sebelah pun.
Tahan sendiri je la.
Sobss..
Best teramat kali ni.
I'm free from GDM.
Fuh..takde kencing manis!
Tu pun pandang kiri kanan, sebelum minum buang pastu minum sikit buang terus.
Kang minum banyak sure naik punya la.
Lepas raya test kot.
Semua hentam bedal.
Sikit lagi perjalanan.
Kalau kenangkan experience deliver abang tahun lepas, masih seram.
Kali ni harap- harap lebih mudah.
Monday, 18 August 2014
Tamat 2nd Trimester Journey & Scan 4D di Seberang Jaya
Salam sejahtera..
Minggu ni dah masuk minggu ke- 29. Maka dah masuk ke fasa yang terakhir.
Alhamdulillah, 2nd trimester kali ni dapat ditempuh dengan tabah.
Puasa pun dapat puasa full.
Tapi still kena ganti yang tahun lepas..Cheq tak sempat nak habis kan 12 hari lagi..
Banyak tu hoii..
2nd trimester kali ni, cuma rasa loya di pagi hari.
Kadang tu macam tak tertahan.
Ikut kan hati sampai je office nak text student cakap class cancel.
Tapi tak sampai hati.
Gigih jugak panjat tangga tingkat 2, loya- loya pun jalankan class jugak.
Sian pulak student nanti, cikgu tak larat diorang plak tertinggal silibus.
Tapi ku tahu...jika text class cancel sure dah melompat macam ape atas katil tu.
Pastu sambung berenang.
Sambung semula cerita pregnancy.
Kali ni tak se'eager' macam masa abang Zharif.
Asyik- asyik nak p scan.
Konon excited nak tahu gender.
Tapi tak nampak pun.
Bila dah besar sikit baru dengan jelas nampak 'pistol' tu.
Jadinya, adik baby dah minggu ke- 28 baru scan 4D.
Kami buat di Klinik Dr. Marina, Jln. Sembilang, Seberang Jaya.
Best sangat buat scan kat klinik ni.
Yang penting price macam berbaloi- baloi.
2 Scan 4D photo + 2 scan 2D photo + 1 CD = RM65.
Macam mula gile.
Sebab masa abang Zharif scan 4D kat Klinik Jamaeton, Sri Kembangan RM100+
Dr. Marina explain satu- satu pasal adik baby.
Adik pulak sama macam abang, tak nak tunjuk muka.
Konon nak buat surprise la tu kot.
Tapi Dr Marina dah expert.
Dia suh mengiring, tekan- tekan gosok- gosok sikit.
Tup, adik baby tunujuk muka.
Subhanallah, comel macam abang.
Alhamdulillah, physically adik baby sihat.
Kalu dulu, ibu macam sukar nak terima, sekarang rasa tak sabar nak gomol- gomol both anak ibu ni.
Semoga keduanya membesar dengan sihat & ceria. Jadi anak soleh.
Thursday, 3 July 2014
Throwback Itu Kenangan
Assalamualaikum
Salam sejahtera..
Pejam celik hari ni dah 3 julai 2014.
Malam ni kalau tahun lepas dah tido dalam wad dah.
Walaupun takde sign sakit sikit pun, tapi 'leaking' sikit.
Dengan rela serah diri kat hospital.
Doktor kate, nak further check kena admit wad dulu.
Nurse suh register masuk wad,
Dia tanya husband mana?
Dengan tahan air mata, jawab husband kat KL.
Sobssss..
Esok konon ingat boleh discharge.
Sekali doc pakar datang, nope!
Discharge bila dengan baby nanti.
Awak kena bersalin jugak.
Paling lambat ahad.
Fuhh...
Kenangan..
Tapi kenangan yang tak akan sama dengan mana2 keadaan.
Sekarang dia dah membesar dengan sihat, dengan aktif.
Muhammad Zharif, anak soleh ibu ayah.
Monday, 26 May 2014
2nd- First Trimester Experience
Salam sejahtera..
Alhamdulillah, minggu ni masuk minggu ke-18.
Lepas dah first trimester.
Dan, kali ni sangat-sangat best.
No morning-evening-night sickness!!
Kalau ada pun tak terasa.
Pernah sekali night sickness kot.
Tekak dah teringin mintak nak makan laksam.
Petang tu terjumpa laksam, makan time dinner.
Sudahnya lepas maghrib ting tong kepala & perut.
Loya semacam.
Tapi dah malam.
Letak kepala atas bantal, esok dah fully recover!
Kalau la masa Zharif dulu, pantang dengan toilet.
Asal masuk toilet, tekak kembang.
Asal berus gigi, mesti ada yang keluar.
Sekarang, boleh nak mandi lama-lama.
Boleh la basuh- basuh toilet.
Time berus gigi pun takde masalah ada 'benda' nak keluar.
Mungkin sebab single-parent-during-weekdays-plus-jaga-anak-yang-sangat-aktif.
Mungkin sebab tu Allah bagi kekuatan.
Kalau selalu lembik macam dulu-dulu, macam mana pulak nak jaga Zharif.
Bila pandang muka dia, hilang terus segala rasa susah.
Aah, yela.kadang-kadang bila dia suka sangat menyelit-nyelit esp waktu masak & makan, geram jugak.
Tapi hey, dah dia kena tinggal kurang-kurang 9 jam dengan orang.
Nak manja dengan mak sikit pun tak boleh ke.
Tu lah penguat hati.
Sekarang perjuangan 2nd trimester pulak.
Harap diberi kekuatan macam 1st trimester.
Nak- nak pulak, lagi sebulan nak puasa.
Fuhhh, 20 hari nak ganti!
Thursday, 22 May 2014
MGTT oh MGTT
Assalamualaikum
Salam sejahtera..
Bangun pagi tak semangat.
Kenangkan nak kena minum air gula lagi hari ni.
Sampai klinik, terasa dah kembang-kembang tekak.
Tiba turn masuk bilik nurse,ambik darah sebelum minum.
Sekali cucuk..tak dapat la dik.
Cuba tangan lagi satu..tak dapat jugakk..
Rasa nak dush-dush dah ni.
Tak pernah lagi ambik darah tak dapat-dapat.
Datang sister, baru dapat.
Okey dik,air gula kat belakang ye.
Mmmm..dah tak mampu nak menjawab dah.
Minum..dan..buang...
Hahaa..tak larat mak nak habiskan.
Wekk wekk..
Manis likat..
Terus cepat-cepat basuh cawan & keluar bilik nurse.
10.40 datang balik ye! Sempat lagi nurse pesan.
K..kepala dah berpinar ni.
Sementara tunggu, check perut dulu.
Nurse tekan-tekan perut..tak rasa pape pun lagi ni..
Dah minggu 16 kan?
Aah.dia pun belum tendang maknye lagi.
Anak baik ni.
10.40 ambik darah kedua.
2x cubaan.
Dapat sikit je.
Mak warning nurse awal-awal..kalau sample kena reject, saya tak nak dah minum air tu!
Dah...hari ni takut sangat kot.
Tangan sampai sejuk.
Darah pun tak nak keluar..
Pukul 11,sampai kereta.
Tengok-tengok ada surat chennnnta...
Wawawa i lap u lah mpsp!!!
Malang tak berbau..
Cerita sadis hari ni.
Tuesday, 6 May 2014
Adik Baby
Salam sejahtera..
Bila Allah kata "Kun Fayakun", "Jadi, maka jadilah!" takde siapa yang dapat menolaknya.
Walau macam mana baik nya kita merancang, Allah itu lagi Maha Merancang.
Alhamdulillah, 17/3/ 2014 sekali lagi 'alat itu' menunjukkan 2 line.
Cepat, memang agak cepat untuk kali kedua.
Gembira, bersyukur berpeluang sekali lagi. Menambah rezeki untuk keluarga kecil ni.
Tapi, tak boleh elakkan bila pandang muka insan kecil yang semakin membesar dengan aktif ni, pilu jugak rasa hati.
Belum dia puas untuk jadi adik dia akan terima adik. InsyaAllah, awal November tahun ni.
InsyaAllah, pada waktu itu Zharif setahun 4 bulan.
Niat untuk fully breastfeed Zharif sampai dia 2 tahun terpaksa- dengan hati tanpa rela- dilepaskan.
Tak nak tak, kena jugak 'topup' dengan FM. Risau jugak kalau tiba2 bila dia makin cerdik langsung dia tak nak FM, lagi pening.
Alhamdulillah, sampai Zharif 9 bulan, dia dapat fully breastfeed. Sekarang dah campur dengan Anmum.
Dia boleh terima..tapi bila dia poo-poo mak aiiiiii..harum gila.
Tu la penangan FM.
Zharif, dia macam tahu bakal jadi abang. Masa dia tak puas lagi jadi adik.
Sangat2 manja. Asyik nak melekat aje.
Tak boleh nak tinggal walau kejap. Tak kira la dengan ibu ke, dengan mama dia ke.
Manja nya ya ampunn.
Cuma sekarang dah kurang sikit. Boleh dah berdikari main dengan sendiri.
Yang penting dia masih lagi boleh nampak mana mak dia pergi.
Sarah pulak kadang-kadang macam lupa ada insan yang sedang membesar dalam perut ni.
Mungkin sibuk layan si anak yang depan mata.
Mujur la husband setiap hari ingatkan ambik vitamin untuk anak tu.
Semoga keduanya membesar dengan sihat sempurna.
InsyaAllah.
Friday, 4 October 2013
Pregnancy Experience:Perjalanan Ibu GDM (Gestasi Diabetes Mellitus)
Salam sejahtera..
Rata-rata bagi ibu yang pregnant rasa paling nightmare masa nak buat test MGTT.
takut minum air gula la, takut ambik darah yang banyak tu la.
Lain orang lain perasaannya kan.
Sarah tak takut ambik darah tapi paling mencik minum air likat pekat tu.
Fening kepala I menahan.
Tunggu result pun satu hal. First time MGTT Sarah dah kantoi 10.4 mmol/l.
Tinggi tak tinggi. Berhari-hari regret sebab makan macam-macam.
Bila buat BSP yang 4x sehari tu, punya la tahan makan.
Sanggup pedih perut nak reading cantik. Kang pasal merah kena bebel-bebel.
Dalam macam tu kantoi jugak.
Bukan sekali, 3kali okay!
First time, g bantai nasik lemak dalam pukul 9 lebih lepas check darah pukul 8.
Masa check darah pukul 11, okay lagi reading.
Sebab dah macam okay, balik rumah g makan putu mayam + twiggies.
Putu mayam tu tak ambik pun part gula.
Check darah pukul 2, arrrr kantoi. merah sudah - 7.8mmol/l
Punya la menyesal.
Sarah plak kalau dalam keadaan serba salah semua jadi serba tak kena.
Ambik, time nak balik rumah, nak bayar tol g langgar kayu yang kat tepi pondok tol tu.
Bercalar side mirror.
Hai la kan.
Lepas tu punya jaga makan.
Tapi masa keluar lunch dengan ex-officemate, bebudak TAMCO tu, g ambik set ayam penyet.
Plus pulak air teh o ais limau.
Memang selera habis.
Makan pukul 2, next check darah pukul 6.
Sekali tup-tup merah lagiiiii - 6.4mmol/l
Patah hati sekali lagi.
Masa dah pindah Penang, last BSP pukul 10 malam.
So, dalam pukul 7 biasanya dah stop makan.
Tapi tak tau la hari tu. Tengok adik punya milo ais terliur betul.
Minum la seteguk. Belum lagi pukul 8 kot.
Sekali check merah jugak - 8 mmol/l
Ayat biasa keluar--argg, menyesalnya. napa la g minum milo tu...
Nasi dah jadi bubur.
Prosedur kat Penang, konon kantoi BSP yang malam punya, next week kena repeat lagi. Buat sekali ja part yang malam tu.
So, memang dah jaga makan hari repeat tu.
Bila check darah terlebih 0.1 la plak. Patutnya 6 tapi jadi 6.1mmol/l.
sikit lagi nurse tu nak guna pen merah. Sarah bisik-bisik pls la jangan tulis.
Mujur nurse baik hati. Kalau tak mau nya insulin kot la.
Act, along the way BSP ni, bukanlah simply senang nak bagi reading cantik kena tahan makan.
Then hari lain selamba melantak.
Sebab ada test lain yang kena buat--HBA1C.
Test untuk check kandungan gula dalam darah untuk setiap 3 bulan.
Alhamdulillah, HBA1C Sarah tak pernah kantoi.
Maksudnya, gula takde la tinggi mana kan. Hehe, cuma kena jaga makan sebab hormon dah naik.
Lagi-lagi masa dah dekat due. Tu yang jaga makan pun still nak tinggi.
Lepas bersalin, sekali lagi kena buat MGTT selepas 2 bulan bersalin.
untuk confirm ada diabetes ke tak. maybe ni prosedur kat pahang sebab kat penang just buat HBA1C ja. based apa yang nurse kat KK Seberang Jaya bagitau r.
Sekali lagi nightmare tu datang bila minum air gula.
Tapi kali ni pergi dengan Zharif. tiba-tiba jadi gagah sebab layan sikecik tu borak-borak.
Dan, resultnya------3mmol/l..
Yeay, I bebas diabetes!!
Kesan dari GDM masa pregnat Sarah jadi tak suka makan yang terlalu manis.
Contohnya, kalau air tu manis (selalu kat kedai r suka buat pekat-pekat) mesti pastu tak ambik kuih yang manis.
Sebab dah lain sangat rasa lidah.
Ada baiknya jugakkan.
Sekarang feveret pun plain water je.
Thursday, 4 July 2013
Update Dari Atas Katil
Assalamualaikum
Salam sejahtera...
Semalam-rabu, Sarah admitted.
Kes macam tak serius. Tapi prosedur disini selagi tak admit doc tak akan check.
Ceritanya,
Petang Selasa waktu nak solat Asar, Sarah noticed panties basah.selalu bila dah pakai panty liner kering je.tapi buat donno aje.
Rabu,sekali lagi waktu nak solat Zohor.
Aiii,macam risau.
Tanya makcik, dia kata takut air dah leaking sikit-sikit.
Plak dia cerita sorang kawan dia pernah ingatkan benda ni biasa je.
Sekali air ketuban keluar sikit-sikit sampai habis.
Baby pun dah lemas,meninggal.
Cerita tu terus buat Sarah rasa takut.
Takut,tak kuat untuk berdepan keadaan tu.
Plus,bila air dah pecah o leaking,baby boleh terkena infection.
Dan, Sarah pun serah diri aje la kat Hospital Seberang Jaya.
Check everything,
dari kena seluk,scan,dopler (tak sure istilah betul ke tak), n check CTG.Semua normal.
Ni pun takde air pape keluar.
Hope dapat discharge esok!
Stay satu bilik dengan sorang ibu baru deliver baby 1 hari.
Mula baby tu behave.tdo je.
Tapi lepas tu,dia start menangis.
So, si ibu pun bagi la susu.
Sedaya upaya untuk breastfeed even susu agak susah nak keluar. 1st day kan.
Ada orang yang mmg rezeki baik susu dah banyak cukup untuk baby.
Tapi ada orang agak sukar kan awal-awal baby deliver.
And now, jam dah pukul 2 pagi.
Baby dah meraung-raung.
Ya Allah luluh hati dengar.
Tak tahu ape boleh tolong.
Mula Sarah dah fikir,ai nape la ibu nak seksa baby kalau susah susu nak keluar terima je sikit bagi susu fm.
Atleast,untuk hilangkan lapar dia.
Tak betah tengok baby meraung tapi demi untuk bagi eksklusif susu ibu,biarkan je.
Bagi Sarah biarlah sikit bagi fm dari baby lapar.
Tak salah kan?
Bila tanya,ibu tu kata baby pun dah tak nk minum susu.
Ntah la.kot-kot ternampak pape kot-dia kata ye.bkn sy kata-
Wallahu'alam.
Harap esok boleh discharge la.
Betul la.walaupun kat rumah tdo beralaskan toto n comforter je,tp tu la tempat tido paling syiokk.
Pray for me my dear frens.
Semoga-semoga baby tunjuk tanda nak keluar after 16hb nnt.
Sebab banyakk important things nak buat before the date.
Monday, 1 July 2013
Oh Bayiku : 37w of Pregnancy
Salam sejahtera..
Sebenarnya nak buat post last week. Masa cukup 9bulan.
Tapi asyik postpone aje.
Last-last hari ni buat jugak.
Minggu ni dah 37minggu.
Syukur alhamdulillah.
Doc kata dah masuk 37minggu ni, baby dah matang dah.
Dah boleh bersalin.
Weeehaa..Setiap hari nervous.
Plak tu, kawan seangkatan dah makin ramai selamat melahirkan baby masing-masing.
Perut dah makin kerap mengeras sekarang ni.
Last week Sarah balik kampung kat Ipoh.
Drive dengan adik dari Penang. Husband plak dari KL terus ke Ipoh.
Risau nya Allah je tahu.
Nak plak, tak tau sebab saja nak buat gempak-gempak kot.
Dari pukul 11.15pg sampai la 12+ (masa sampai ke Ipoh), perut asyik mengeras macam berkala.
Dalam 10 minit macam tu. Makin lama makin sakit.
Adik kat sebelah dah cuak kot.
Sarah konon buat rilex sambil harap cepat sampai.
Dan-dan sampai je rumah, terus takde..
Memang saje je kan.
Sampai rumah FIL, belikan durian,
khas for me. berbijik jugak la telan.
Sebab husband tak sampai lagi. Kalau tak, nak kena dengar bising dia plak.
Kesian baby panas. -kata dia la.
Last scan, doc kata alhamdulillah baby sihat.
Cukup air ketuban. Uri tempat yang betul.Baby dah kat bawah.
jangan dia pusing-pusing lagi dah la.
Parameter equivalent to EDD
Estimate berat 2533g.
Rindu nya nak tengok baby, tapi tahu aje la kalau scan gov ni.
Bukan nak bagi tengok pun.
-Dari babycenter
"Only two weeks or so to go! This week, your baby is busy shedding his downy coating of fine hair (called lanugo) and his coat of vernix caseosa - the cheesy substance that protects his developing skin. Your baby swallows both of these secretions, which stay in the bowels until birth. Then your baby will excrete a blackish waste called meconium that becomes his first bowel movement. Meanwhile, you may be feeling huge - and increasingly impatient. But try to get as much rest as possible - even if sleep is difficult, you'll appreciate it after the birth."
Sarah plak, start minggu 36 rasa nya bengkak kaki and jari tangan dah kurang.
Dah tak 'sebengkak' minggu-minggu lepas.
Selain loya awal pagi, rasa nya yang lain okay.
I really enjoy my pregnancy.
Satu pengalaman sangat manis.
Sebab tu setiap benda nak tulis kat sini.
Sekurang-kurangnya boleh refer semula untuk next pregnancy.
Ouh lupa, dah makin kerap ngilu-ngilu.
Lebat sangat ke rambut baby nih.Hiks
Sekarang macam boleh lagi lena tidur.
Cuma kena alas bantal kat perut bila mengiring.
-terlentang sesak nafas den-
Thursday, 27 June 2013
Oh Bayiku : Morning Sickness di Minggu-minggu Akhir?
Salam sejahtera..
Selalunya kita dengar ibu-ibu yang mengandung alahan teruk masa first trimester kan?
Time tu la morning & evening sickness, alah macam-macam.
Bila dah masuk second trimester, dah boleh urut dada.
Boleh katakan hilang dah semua jenis alahan tu.
Third trimester dah fully recover.
Tunggu baby keluar je lagi.
Tapi bagi Sarah macam dah terbalik pulak.
Rasanya takde la alahan sangat masa first trimester dulu.
-rasa kuat la jugak. kadang je lain macam-
Sekarang dah minggu- minggu akhir ni rasa lain macam pulak.
Dah berapa hari,
ambil sarapan- roti gardenia kosong, madu sikit, air masak.
lepas tu makan vit dari KK bagi - zinc cofer.
Tak lama lepas tu, loya semacam amat.
Slow- slow jalan g toilet.
Sampai je...terus buang semua.
Rasa rugi nya vit tu.
Tak tahu la khasiatnya sempat sampai ke baby ke tak.
Dan hari ni, sebab tak tahu apa yang punca,
-suspect air masak sebab pernah lepas minum air masak meloya-
ambil sarapan lewat sikit.
Beli sandwich. Air pulak siap-siap malam tadi masuk kan dalam fridge.
Jadi sejuk-sejuk sikit.
Alhamdulillah, dari macam loya, boleh bertahan diri ni.
Vit? Still belum makan lagi.
Nanti lepas lunch kot.
Ok, cerita takde motif. Cuma nak share & boleh recall balik experience apa-apa yang happen sepanjang kali pertama pregnant.
Wednesday, 19 June 2013
Oh Bayiku: Jumpa Dietician
Salam sejahtera..
Kan masa pregnant ni Sarah ter'kena' diabetes.
Tiap-tiap dua minggu sekali check gula dalam darah.
Sampai sekarang dah dua kali terkantoi tau.Sobbss.
Yang last tu, makan nasi daging panggang penyet + ice lemon tea.
Last makan pukul 2, check darah pukul 6 still tinggi.
Last month kena jumpa dietician.
Fuhh, ramai kot ibu-ibu pregnant ni ber'kencing manis'.
Yang sadisnya, dalam ramai-ramai tu ada tiga orang aje ibu under 30, anak first yang bermasalah ni.
Lepas jumpa dietician rasa macam semua tak boleh makan.huhu
Tapi sebenarnya kena control diet dalam makan tiap-tiap hari.
Friday, 14 June 2013
Oh Bayiku : Ibu Sudah Sedia?
Salam sejahtera..
Phuii, lama tak update blog.
Sihat-sihat tak my dearest blogger frens?
Sarah sekarang dah selamat pindah.
Tempat baru, kehidupan baru.
Tapi, berjauhan dengan cik abe tersayam tuh.
Tiap malam leleh je air mata.
Rinduuuu..
Mujur ada adik sorang sudi nak teman sementara tunggu intake degree bulan 9 ni.
Takde la sorang- sorang sangat.
Baby sekarang makin kuat nampaknya.
Sekali bergerak, mengeras perut ibu.
Sesekali terasa jugak yang dinamakan Braxton Hicks tu.
Rasa nya start Jumaat lepas.
Start semalam pulak, dari pinggul ke bawah sebelah kiri ni sakit amat.
Macam mana nak describe sakit tu,
bila duduk nak berdiri balik, terjatuh sikit balik sebab tahan sakit.
Tengah berdiri statik, pastu nak jalan balik pun sama terjatuh sikit sebab nak balancekan badan dengan sakit ni.
Buat-buat gagah je kat office tahan sakit.
Call mak, dia kata kalau dia tu tanda dah dekat sangat.
Cerita dengan officemate pun sama..
Hee, cuak tak?
Cuma tanda lain macam real contraction, bleeding + mucus atau pecah air ketuban tu takde lagi.
Jadi masih boleh rilex kot.
My wish, my doa biarlah baby keluar masa minggu 38 or atleast 36.
Masa tu baby insyaAllah dah kuat.
Btw, Zura n Atie selamat lahirkan baby masing-masing masa minggu 34 macam tu.
Tu yang buat rasa nervous semacam.
Rabbi yassir wa la tu'assir.
Tuesday, 28 May 2013
Oh Bayiku : 8 Months in the Womb
Salam sejahtera..
Minggu ni genap 8 bulan si kecil ni dalam rahim ibu dia.
Syukur..syukur alhamdulillah.
Last week Sarah ada appointment dengan Hosp. Kajang.
Dapat la tengok baby lagi walaupun sekejap aje.
Sempat lagi Sarah minta kat doc tu nak tengok gender.
Tapi pastu doc tu kena marah ngan senior dia kot.
Terus macam takde mood.Huuu
Baby, Alhamdulillah.
Doc kata sihat kat dalam tu.
Setiap organ yang scan tu perimeternya adalah normal.
Few times scan, kepala baby kat bawah aje. tapi bak kata doc baby still ada banyak ruang untuk bergerak.
Start minggu ni, dah mula asyik nak ke toilet.maybe sebab tekanan dari kepala baby tu yang sebab nak terkencing aje. wallahu'alam.
Btw, rasanya kalau ibu-ibu yang takde diabetes takde kot sampai nak kena g hosp awal-awal.
Ni sebab jumpa doc pakar. Untuk buat pantauan kesihatan ibu dengan baby.
Sepatutnya lepas ni kena datang lagi.
Tapi dah nak pindah dah.
Perkembangan ibu pula,
Diabetes still dalam pantauan. Risau gula naik bila makin dah nak dekat ni.
Kaki kadang-kadang juga membengkak waktu malam.tapi tak selalu.
Perut ibu pun dah makin keras-keras.
Doa diberi kesihatan dan kekuatan. Ada lagi 8minggu ke EDD.
Start next week dah berjauhan dengan ayah baby.
Kadang-kadang sedih aje bila teringat akan tinggal sorang.
Dah berbulan berkepit kan.hehe.
Rabbi yassir wala tu'assir.amin.
Monday, 20 May 2013
Oh Bayiku : Scan 4D di Klinik Jameaton, Sri Kembangan
Salam sejahtera..
Sebenarnya dah lamaa buat scan ni.
Seingatnya masa minggu ke-26 hari tu.
Tapi still nak share cubaan nak scan baby 3D/4D ni.
Memang kitorang dah lama plan nak buat scan ni.
Tapi macam susah nak cari klinik yang boleh buat scan 3D/4D weekend or malam.
Sebab tak best la kalau pergi sorang-sorang.
Kurang feel nya.
Kalau nak buat kat sini, dalam seminggu awal dah start booking ye.
Ari tu Sarah call ari Selasa, nak buat Sabtu dah full dah.
So, datang Ahad.
Kalau Sabtu, dari petang sampai malam (6pm-9pm)
Ahad pulak, pagi. (10am-4pm)
Sebelum pergi, tiba-tiba rasa takut plak nak tengok baby 4D.
Huu, yela minggu 26 baby baru je nak start ada lemak-lemak kan.
Tapi husband beriya nak tengok.
Masa sampai tepat pukul 10, klinik tak bukak lagi.
Terbukak lambat kot ari tu.
Pukul 10.30 baru bukak, cepat-cepat masuk klinik.
Siapa cepat register dia la yang cepat dapat scan.
Dapat la turn no.3.
Dah sampai turn, sonographer dah pesan awal-awal.
Kalau baby bagi chance, dapat la buat scan 4D.Kalau tak just 2D aje.
Start buat 2D, dapat tengok gender baby.
Tergezut kottt.Sebab expect lain. ngeee
Tapi nampak nya baby macam tak bagi chance kat ibu ayah dia.
Boleh, time-time tengah pujuk dia supaya pandang depan, dia pergi sujud.
Belum masuk zohor lagi la sayang...
Dah terlangkup tu, macam mana la nak nampak.
Sarah dah pusing-pusing badan, konon nak bagi dia bergerak lagi.
Sonographer pun dah buat macam-macam.
Tapi nampaknya, baby ni pemalu lagi.
Ibu ngan ayah nampaknya kena pasrah.
Scan 2D + 3 printed gambar + CD = RM55.
Rasa berbaloi.
Oh ye, kat sini advisable kalau nak buat scan 4D masa minggu 28-32.
Kalau nak refer blog, boler refer Klinik Jameaton.
Selain tu, boleh juga try klinik-klinik lain yang ni.
Thursday, 16 May 2013
Fenomena
Salam sejahtera..
Hari ni 16 Mei.
Selamat Hari Guru, Mak
Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia.
Lately rasa banyak fenomena jadi pada diri ni.
Semua macam bad aje.Huhu
Kemalasan.
Kalau duk rumah aje, makin menjadi pulak rasanya.
Siap buat breakfast, kemas- kemas basic things lepas tu dah malas nak buat apa-apa.
Lagi- lagi sekarang heartburn makin kerap.
Pastu mula loya. Ubat nya tidur aje la.
Bukan kejap. Lamaa plak tu.
Alah, next month dah start keje. Dah tak jadi surirumah dah.
Memang takde la dah aktiviti tidur siang ni.
Best dah nak start keje, tapi bila fikir kena berjauhan balik, sob sob.
Sedih. PJJ balik.
Kegemukan
Yela, tengah pregnantkan. Mesti ada naik nye kan.
Baju, seluar tak muat tu perkara biasa la kan.
Cuma, dapat rasa kan tangan ngan jari pun kembang jugak.
Ngee.
Cincin kahwin pun punya payah nak masuk.
Kalau dapat masuk, sampai merah-merah jari nak bagi keluarkan balik.huu
Jam tangan pun tak muat dah.Gemukkan.
Cuma pelik jugak, berat macam susah nak naik aje sekarang ni.
Still maintain 60kg lagi.
Kepanasan
Memang sekarang cuaca tak menentu.
Bukan ibu mengandung je rasa, yang slim-slim pun terasa bahang nya.
Malam pun panas jugak.
Air mandi pun suam-suam aje rasa.
Cuma, bila dah masuk third trimester ni dapat rasa diri makin panas.
Masuk kereta terus nak pasang aircond kuat-kuat.
Berpeluh-peluh dahi ngan ketiak.
Woohaa, saya bukan jenis kuat berpeluh ye.
Last, my baby bump at 29weeks dari jarak dekat.
Friday, 3 May 2013
Oh Bayiku:Peristiwa Cemas
Assalamualaikum
Salam sejahtera..
Pheww.lama rasa nya tak update blog.
Sekarang Sarah dah kat kampung. Awal tak balik,hari selasa malam husband dah hantar balik kampung.
semangat nak mengundi.kononnn.
Minggu ni pregnancy dah minggu ke 28.
Hari isnin tu macam excited nak share sebab dah masuk 3rd trimester.
Tapi busy,tak sempat nak update.
Hari Selasa pulak,pagi tu macam lemah sikit rasa.
Masa keluar tengah hari tu nak cari baju baru(baju nak konvo),tiba rasa pening amat plus nak muntah.
Terus cancel..
Baby movement pun rasa slow aje.
Macam-macam buat nak bagi baby gerak.
Selalu bila dengarkan bacaan al-quran o azan mesti dah melompat-lompat.hehe
Tapi ari tu,sampai 2x dengarkan azan,no respon.
Oh, ibu risauuu.
Pukul 3 baru brape kali gerak.
Cukup pukul 9 mlm just 7x gerak.
Takde tangguh,terus pergi hospital.
Syukurrrrr.baby sihat.
Mana tak risau,kalau 2 minggu before cukup aje 10x bila dah pukul 9mlm.
Dah rasa ok,baru gerak balik kampung.pukul 1 baru sampai rumah.
Cerita cemas tak stop lagi..
Pagi Rabu tu plak,waktu nak solat subuh tiba tengok kat panties ada brownish color macam last-last period tu.
Banyak la jugak.
Lepas mandi pun still ada lagi.
Tanya makcik (bidan hosp),dia suruh pergi hospital.
Baru je ingat nak rest kat rumah kan,dah awal pagi kena g hospital.
Kat hosp ngeri aje doc check.
Sebab nak confirmkan ada bleeding ke tak dalam vagina.
Mengangkang macam nak beranak tu.maluuuu..
Cara doc check,tak mau nak cerita kat sini.
Ngeeee.ngeri+segan woo.
Tapi bila check,takde darah.doc pun kate takde pape.
Syukur.tak kena tahan wad.
Bila kena macam ni teringat Epa pernah share experience dia minor bleeding masa minggu 28.
Siap sarah komen,tak pernah dengar bleeding last trimester.heee
Sekali kena batang hidung sendiri.
Sarah rasa,mungkin sebab semalamnya risau amat dengan baby kan.
Sebab tu darah keluar sikit.
Sekarang,
Alhamdulillah.dah takde brownish spot tu dah.
Baby pun dah aktif semula.
Dalam pukul 6 dah complete 10x.
Pagi ni,menendang-nendang ibu aje kejenya..
Wednesday, 24 April 2013
Oh Bayiku : Perkembangan Minggu Ke-27
Salam sejahtera..
Pheww, pejam celik pejam celik rupanya dah sampai minggu terakhir untuk 2nd trimester.
Alhamdulillah,syukur sangat. Perjalanan 2nd trimester dipermudahkan macam 1st trimester dulu.
Cuma, ada la sikit-sikit macam risiko GDM tu.
Sarah cuma anggap dugaan pregnant.
Tak elok nak mengeluh banyak- banyak. Husband la yang paling ingatkan benda ni.
Harapnya, perjalanan 3rd trimester juga dipermudahkan.
"Rabbi yassir wa laa tu'assir"
Start minggu ni, dah macam setiap minggu pergi klinik.
Kalau tak buat BSP, pergi untuk check perut.
Tu la, bila nurse buat appointment lagi 2 minggu macam tak percaya.
Dah makin dekat rupanya masa.
Loya tu still ada lagi. Tengok pada cara makan.
Kalau terkurang atau terlebih mula loya. Tak pun heartburn.
Perkembangan baby, dari babycenter
"You're in the home stretch two trimesters down, one more to go. your baby is growing steadily as he prepares for delivery day. He will gain weight rapidly over the next weeks and, as the size of your bump increases, you may feel breathless and tired. Your baby's acting more like a newborn now, too. He opens and closes his eyes, sleeps and wakes at regular intervals, and may suck a finger or thumb. He may also be hiccuping a lot this week, which explains that odd rhythmic sensation you've probably been feeling"
Berat baby pun dah almost 1kg. Cepat je naik berat. Rasanya 3minggu lepas baru dalam 500+g.
Dah start kira pergerakan baby. Dari 9am ke 9pm.
so far baby bergerak lebih 10x dalam masa tu.Syukur.
Kalau minggu lepas, waktu ibu dia nak tidur, waktu tu la dia paling aktif. Sampai ibu dia pun susah nak tidur.
Tak tau la tarian apa dia buat kat dalam tu kan.
Minggu ni nak tidur tak bagi ayah dia kacau-kacau. Nanti ibu tak boleh nak tidur!
P/S: Gender baby dah tahu!Now, we're hunting for nama dia :)
Wednesday, 10 April 2013
BSP oh BSP
Salam sejahtera..
Ari tu kan dapat je result minum air gula (MGTT), Sarah kan berisiko GDM.
Akibatnya, kena buat BSP (Blood Sugar Profile) setiap 2minggu sekali.
Dah la 2minggu sekali, 4kali kena check darah plak tu bila kena buat.
Tu la kalau ambik ringan pasal diet ni kan..
Husband kata, "memang doa awak dimakbulkan".
Yela, lepas minum air gula tu, memang dah tak mau nak minum sekali lagi dah!
Cukup la tu sekali.
Ye, pasni dah tak yah minum tapi kena buat BSP.
Datang klinik semata- semata nak cucuk jari.
Kejap je pun.
Pastu, ari tu penah wish nak scan baby setiap bulan.
Nak tengok perkembangan baby la konon nya.
Hah!, memang dapat pun.
Setiap bulan dah kena jumpa doc.
Nak kena pantau kesihatan baby setiap bulan.
FYI, salah satu kesan ibu yang GDM, baby boleh overweight.
Berat boleh mencapai 4kg.
Ari Isnin lepas, dah kali kedua buat BSP.
First time buat, result cantik je.
Pagi pukul 8 <5.7
2 jam lepas tu <6.7
Pukul 2 petang <6.7
Pukul 8 malam <6.7
Complete sekali BSP kena jumpa doc.
Alhamdulillah, baby dalam keadaan sihat.
Kali kedua buat BSP, result kantoi ditengah jalan.
Check darah yang dalam pukul 10 tu, reading dah naik 6.5.
Tengah hari konon tak nak makan nasi, ambik Twiggies aje.
Yang inti vanilla tu.
Tapi hambek kau. Result naik sampai 7.7!
Nurse bagi warning. Kalau malam naik gak, kena jumpa doc lagi.
Aiyaaa...
Malam, patutnya last kena makan dalam pukul 6.
Tapi dalam 5.30 macam tu dah stop makan.
Makan pun just cereal ngan fresh milk aje.
Punya tak nak result naik lagi.
Fuuhhhh, nasib dalam 4something aje.
Husband saje buat kata- kata keras.
"Tak jaga makan, tak sayang anak ke?"
Hukhuk, sensitip tau.
Tuesday, 9 April 2013
Malas..Kuat Tidur
Salam sejahtera..
Teringat Saila post 3 hari jadi surirumah ari tu.
Hehe, rasa macam-macam nak buat kan.
Masa mula-mula jadi surirumah macam tu gak Sarah rasa.
Kehidupan bermula 5.30 pagi,tu pun macam tak cukup masa.
Tengah hari tak tidur okeh!Malam baru tidur.
Sekarang....
Pukul 6 bangun pun sempat lagi nak prepare breakfast.
Tengah hari siap tidur. Lamaa plak tu.
Aiyaa,makin baby membesar makin malas si ibu nya ni.
Siap dah kena warning ngan mak lagi.
Kurang-kurang kan la tidur tu.
Tetiba jumpa ni..











