Showing posts with label Resipi dapur. Show all posts
Showing posts with label Resipi dapur. Show all posts

Wednesday, 17 April 2013

Cara Saya Masak Ikan Kukus.

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Rumah kami ni masih lagi dalam kekurangan perkakas nak masak- masak ni.
Yang penting je ada dulu. Kalau macam periuk pengukus tu memang takde la lagi.
Jadi nya, bila tekak tiba rasa nak makan yang kukus ni memang kena cari cara survival la jawabnya.

Macam ni la kalau rasa nak makan ikan siakap stim.

Masukkan air dalam kuali. Letakkan ikan dengan bahan-bahan dalam pan & letak dalam kuali tu.

Bila nak kukus, tutup. Letakkan tuala basah kat tepi penutup tu.

Dan..tralala..10minit jadi la ikan siakap stim :)
Kuah terlebih sebab dah terletak air awal-awal before stim.Patutnya tak perlu pun.





Thursday, 7 February 2013

Resipi Masak Lemak Cili Ikan Selar

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Minggu ni dari hari Isnin sampai Khamis, mak mertua stay ngan kitorang kat Kajang ni.
Sebab ada kursus kat ILSAS, jadi tak jauh la nak ulang- alik pun.

Bila petang kitorang akan masak sama- sama.
Sejak mama ada memang makan sedap je la, even simple.
Yela, air tangan mak kan.Mesti la sedap.

Ni semalam punya makan malam. Masak Lemak Cili Api Ikan Selar.
Resipi untuk makan tiga orang je.

Bahan- bahanya:

3 ekor ikan selar
11 biji cili kampung
    *Mula- mula Sarah letak 10, tapi mama suh bagi ganjil.Tak tau kenapa.Katanya petua orang- orang tua.
1 biji bawang besar
Santan
    *Kitorang takde santan segar. Jadi pakai santai kotak 100ml
    *Sikit je guna santan sebab tak nak terlalu berlemak
2 biji tomato
Daun kunyit
Air
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
    *Lagi bagus guna kunyit hidup

Cara- caranya:

- Kisar bawang bersama cili.
- Panaskan periuk. Masukkan kisaran bawang dan cili tadi.
- Masukkan santan dan air. Gaulkan bersama bawang dan cili.
- Masukkan sedikit serbuk kunyit.
- Masukkan ikan. Gaul berhati- hati nanti ikan hancur
- Ambil sebiji tomato. Belah kecil- kecil dan masukkan dalam periuk.
*Kalau tak nak gunakan tomato, boleh gunakan samada nenas atau asam gelugor.
- Masukkan daun kunyit.
- Sambil tu hancurkan tomato di dalam periuk untuk mendapatkan rasa nya.
- Pastikan masak lemak sentiasa digaul supaya tidak pecah minyak.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Bila dah masak (tomato yang dimasukkan di awal tadi dah lembut), masukkan hirisan tomato.
*Tomato ni dimasukkan lambat supaya lebih segar.
- Tutup api,

Dan hasilnya,


Masak Lemak Cili Api Makmertua. Phuhh, terangkat habis.


Monday, 4 February 2013

Puding Triffle

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Alkisah hari petang Khamis lepas,
Masa tengah merilexkan diri, maksu husband call,
jemput datang rumah hari Ahad (semalam), ada makan- makan sempena birthday anak bongsu dia.
"Maksu buat potluck. Potluck tu maksudnya BUAT SENDIRI ya, bukan dari kedai"

Siap ada syarat nak kena buat sendiri tu.
Si tangan keras ni puas memikir apa yang paling senang, mudah, sekali buat dah boleh jadi.
Mula- mula nak buat puding caramel.
Sekali fikir lagi, rumah serba kekurangan.
Member pulak bagi idea.
"Buat la Triffle"
Ada peti ais dah boleh jadi dah!.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ye, tahu. dah ramai buat triffle ni.
Dah menjadi sedap enak.
Tapi Sarah mau share juga resipi triffle dari dapurku.

Resipi Triffle Enak, Sedap, Simple.

Bahan- bahan
1 biji Swiss roll. Sarah tak jumpa Swiss roll, jadi guna Tiger roll (harimau gulung-gulung gitu).
*Kalau kek chiffon pun boleh guna juga.
*Sarah gunakan term Swiss roll.Senang.
1 tin buahan koktel
1 tin susu cair.
200 ml air
Esen vanilla (beberapa titik)
2 sudu tepung custard (membukit)
3- 4 sudu gula
Serbuk jelly (Sarah gunakan serbuk jelly nona perisa strawberi)

Cara membuat
Nama je Triffle, tapi yang Sarah buat ada empat lapisan.

Lapisan pertama: Swiss roll

Potong Swiss roll. Ikut kesusaian bekas yang akan digunakan.
Gunakan air dari buahan koktel untuk basahkan Swiss roll. Jangan sampai lembik pula.

Sarah ikut advise member, sebab nak buat potluck, better guna bekas kecil- kecil.
Jadi, Sarah guna bekas macam pict bawah.




RM15.50 untuk 10pcs. Quite pricey tapi bekas cantik & boleh guna banyak kali.
Cari dekat Bagus Outlet, Seksyen 13.Shah Alam.
Boleh klik Bagus untuk lebih info.
First time beli barang baking kat sini.
Tapi syok juga sebab ada banyak pilihan. Kedai pun luas dan tersusun. Nak pilih barang pun senang.

Okay, hasil lapisan pertama.
FYI, untuk satu Swiss roll, dengan potongan tebal 1-1.3 cm, boleh dapat dalam 19 cups.



Lapisan kedua : Puding custard

Bancuhkan 2 sudu tepung custard (bukit), 3 sudu gula, 200ml air, 1 tin susu cair & beberapa titik esen vanilla.
Bila tepung dah larut, masakkan bahan tadi di atas api sehingga likat. 
Custard akan nampak berkilat bila dah masak.
Tuang atas lapisan pertama.
Biarkan sejuk.

Lapisan ketiga : buahan koktel

Masukkan sikit- sikit buahan koktel (tanpa air) ke atas lapisan kedua.

Lapisan keempat : Jelly

Masak serbuk jelly mengikut arahan belakang kotak.
Bila dah masak (menggelegak), sejukkan sekejap. (sekejap je tau, jangan sampai dah jadi jelly)
Masukkan ke dalam bekas diatas lapisan ketiga.
Sejukkan triffle di dalam peti ais.

Dah boleh dimakan.
Dan, selamat mencuba.




To birthday girl yang cantik, ayu, anggun, bijak. Nur Hanis Sofia,
Selamat hari lahir ketiga.
Pia yang chomel dengan kek barbie yang kiut.


sumber resipi : kawan, my resipi.