Showing posts with label Best Place. Show all posts
Showing posts with label Best Place. Show all posts

Tuesday, 2 September 2014

2 Years Is Still Young

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Alhamdulillah summa Alhamdulillah.
31 Ogos 2014, genap 2 tahun usia perkahwinan.
2 years is still young and may more to come.

Kalau ditanya pada husband, apa pencapaian 2 tahun?,
mesti dia nak kata "2 tahun 2 anak"
Kalau macam tu, 3 tahun??

2 tahun, bersama dengan yang tersayang.
Pesan si dia, "bila dah kahwin, sangat mudah nak buat pahala kan, jadi buatla dengan ikhlas"
InsyaAllah!

Tahun ni, awal- awal lagi dah request nak jalan- jalan cameron.
Last pergi pun tahun lepas.
Kali ni konon nak bawak Zharif la.

Tapi kata orang cameron jammed.
So cancel.
Husband drive tanpa hala tuju mulanya, then decide pergi Lumut aje la.
Sampai sana, member suggest pergi la Pangkor!
Tapi pergi tanpa plan dengan barang yang macam- macam, stay kat Lumut aje la.

Hotel dah banyak yang full,
round pekan Lumut tu jumpa hotel budget tapi macam cantik je.
Check in Brezza Hotel, RM 78 je cukup untuk tidur & rehat.
Asalkan bilik & toilet bersih.

Petang bawak anak teruna jalan- jalan kat Lumut waterfront.
Punya la happy, siap jumpa awek main kejar- kejar.
Malam sambung jalan lagi.
Yang best nya stay kat sini, boleh park je kereta depan hotel. pastu jalan je.
Takyah fikir nak drive ape dah.
Esoknya, beli souvenir produk laut sikit, and balik.

Jeles, suka selpie berdua!

Lari-lari, awek kejar!

Susah betul nak statik budak ni.

Love u forever & ever buah hati ibu ayah.


Short  & simple vacation.
Tapi puas hati.
Dan, siapa kata nak berholiday perlu spent duit banyak- banyak.
Tengok pada keadaan & tempat. Percutian budget pun berbaloi.

Monday, 23 September 2013

Cerita Hari Sabtu: Panjat Bukit Bendera!

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Sabtu ari tu tiba husband hint ' first tren bukit bendera 6.30pg'.
Tettt..maksudnya nak bawak jalan r tu.
Sarah kalau bab g jalan-jalan memang always on saje.
Awal pagi tak sanggup nak mandi kan Zharif, lap-lap je tukar diapers, tukar baju terus g pulau.

Sampai je macam sunyi lagi. Sampai curious betul ke ada tren pagi tu.
Tapi syok sebab tak ramai orang. Boleh snap pict dengan bebas.takde orang lalu belakang.

7.30pagi dah terpacak.


Tiket tren dengan mykad rm8 dewasa, rm4 kanak-kanak. Takde mykad rm30.

Dah lamaaa sangat tak naik bukit bendera.
Tren pun dah maju. Laju je naik atas.
Sekali je stop untuk pekerja& penduduk tempatan turun.

Tak sampai atas lagi Zharif dah ek ek ek.
Bagi susu,diam..lapar la tu.

Tak reti nau nak sabar.Nasib bawak bekal. Takde la tak pasal kena menyelak dalam tren.hee


Dari atas boleh nampak seluruh pulau (yeke?ntah la). Pastu berkabus.angin sejukk je.
Zharif pun mula dah ceria.gelak-gelak dah.

Pulau Pinang!

Amboi, rasa nak cubit-cubit je.gerammm

Ni sebelum ek ek sebab ndah ngantuk sangat.

Dah jalan kat atas, lapar. Before naik mana sempat sarapan.
Mujur kat atas ada tempat makan. Kitorang makan dekat dengan muzium burung hantu.
Sadis nya ada beberapa je kedai melayu. yang lain cha ya nun alif
Price okay la. RM5 satu untuk bihun goreng s'pura & char kew teow.

9.30 pagi kitorang dah siap jalan.
Waktu turun tren dah tak selengang waktu naik.
Penuh. Pastu plak masa turun dah macam naik roller coster.
Dengan tren turun laju, pastu orang jerit-jerit.

Sebenarnya nak cakap, jeles ayah conquer bergambar dengan Zharif!

Thursday, 11 April 2013

Gang Orang Lama Melepak

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Pemandangan petang di suatu taman kat Padang Kota Lama, P. Pinang.

Snap dari jauh sebab baru teringat. Jadi yang jelas hanya la motor.:p
Tapi yang lepak-lepak tu memang orang- orang lama.

Menarik bukan, bila tengok gang orang lama lepak- lepak.
Selalu nampak gang- gang mat motor ke, couple dating ke.
Tapi ni kat taman la. yang side tepi pantai ramai gak couple dating.

Thursday, 28 March 2013

Makan- makan Restoren Bayu Malam, Bagan Lalang

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Last week, Sarah ajak husband jalan- jalan kat area Bagan Lalang.
Dah lama teringin nak jalan kat sini.
Nak tengok sunset la kononnye.
Tapi sampai dah 15minit lagi nak masuk isyak.
Nan hado sunsetnya.Malam dah kottt!

Sampai je terus singgah Surau Bagan Lalang.
Kariah surau ni mesra sangat.
Siap pelawa husband duk makan- makan ngan diorag lagi sementara tunggu Sarah siap solat.

Dah gelap, takde maknanya nak jalan- jalan tengok view pantai dah.
Terus cari tempat makan.
Google aje mana yang best dan murah.
Hehehe, tengah bulan kot. Paham- paham aje la.

Tempat pilihan kitorang, Restoren Bayu Malam- Wak Lan Ikan Bakar & Seafood.
Masa sampai tengah peak. Penuh semua tempat.
Tapi tak lama pun tunggu. Dalam 10minit macam tu dah dapat tempat dah.

Kat sini self service.
Dalam 20minit macam tu dah dapat food.

Menu yang kitorang pilih..


Terubuk bakar cicah dengan kicap : RM14.70
Sotong goreng tepung : RM11.70
Udang sambal : RM13.50
3 gelas air buah 
10pcs otak- otak : RM7
2 pinggan nasi : RM2

Total : RM55.80

Husband suka sangat kot. 
Semua dia perabih kan. Sarah tak makan banyak. Takut terkeluar balik nanti:(
Overall semua best & sedap!
Berbaloi harga dan rasa. Puas hati.

*Sekarang tak boleh nak makan sampai over macam zaman dulu kala. 
Perut tak dapat tampung dah.Sobs


Tuesday, 12 March 2013

Mari Menabung & Kaison Furnishing

Assalamualaikum
Salam sejahtera..


Sebelum

Selepas. 
Ayahnya kata duit dalam tu tak boleh usik.Untuk baby!

Takde style kan pilih tabung. Macam tin kosong je.
Haha.
Mula- mula nak la ambik yang bentuk teddy bear ke, doraemon ke. Comel la sikit.
Tapi telek- telek macam ada je yang tak kena.
Kecik la, takde lubang kat atas nak masukkan duit la.

Punya lama kat Kaison @Paradigm Mall tu cuma nak pilih tabung je. Heh!
Last- last husband kata, "after all tabung je tu".

Tu yang ambik macam tin tu.
Sebabnya:
1) Murah- RM4.50 je. Takde la sebab nak menabung lagi banyak duit keluar beli tabung.
2) Ada lubang kat atas untuk masuk duit. Tapi takde tempat nak bukak kalau nak ambik duit. Takpe la, atleast sampai nak bukak buku akaun nanti baru korek tabung ni.
3) Sederhana besar. Okay la.

Syok cuci mata kat Kaison ni. Price pun takde la mahal sangat.
Macam- macam untuk home deco ada. Artificial flower pun cantik- cantik.

Kaison Paradigm Mall. Kredit pict : FB Kaison 

Kat sana ada banyak lagi yang cantik menarik. Kredit pict : FB Kaison

Bukan jam dinding je. Karpet, pasu & macam- macam. Kredit pict: FB Kaison.

Melting dah.
Next time sure nak datang lagi la.

Friday, 21 September 2012

Bercuti aka Honeymoon di Tanah Tinggi Cameron (2)

Assalamualaikum
Salam sejahtera...

Sebelum basi, nak sambung cuti-cuti kat Cameron part 2 plak.

Petang tu lepas hujan stop, kitorang sambung jalan- jalan lagi.
Jalan- jalan ambik udara petang sangat nyaman.
Nak pergi mana- mana farm semua dah tutup.
Mostly tutup dalam pukul 7.
Tak sure kalau weekends n cuti sekolah macam mana.

Brinchang sejuk sangat- sangat.
Baru lepas hujan kan.

Hari Selasa malam ada pasar malam kat Ringlet.
Tapi, bak kata husband, 'rasa dah macam kat luar negara la!'
Haha, memang kat luar negara sangat.
Pasar malam kat Ringlet ni penuh dengan warga asing.
Tak best lah!

Bukti betapa ramai warga asing. Tapi, mereka pun manusia macam kita jugak kan.


Orang kata kalau pasar kat Brinchang baru best.
Tapi ada hari tertentu aje.
Nak senarai pasar malam boleh check kat sini.

Dah abis jalan husband tiba dapat sms dari kawan dia yang kerja kat Cameron.
Nak belanja dinner!
Yeay, ada orang belanja lagi.
Best2!

Kong, kawan husband yang set place.
Kitorang tak kisah janji halal.

Ber'steamboat @Glory78 Steamboat and Snack Corner

Tq Kong, treat us for dinner.

Before menu utama, makan kekacang dulu.

Banyak woo. Ni baru satu plate. Ada plate yang lain lagi.

Tak sabar menunggu nak makan.Lapar..

Seronok ye jumpa kawan lama. 
Lama kot kat sini.
Balik terus tidur. Esok nak jalan awal pagi.

Hari ketiga, breakfast kat Tanah Rata lagi.
Tapi kali ni tukar kedai.
Kedai ni recommended.
Ada banyakkk pilihan untuk breakfast.
Dekat dengan Maybank kat Tanah Rata tu.


Sarap nasi lemak dan bihun sup!

Next, naik semula ke Brinchang.
Sekali lagi jalan ke Bea Farm & Tea Boh Plantation, Sungei Palas.
Sebab Kong kata Ladang Teh Boh yang ni lagi cantik.

Kotak- kotak lebah di EE Feng Gu Bee Farm, Brinchang

Naik ke Tea Center, Sungei Palas melalui ladang- ladang teh.

Kepenatan. Kena jalan lebih kurang 200m baru naik ke atas. Kat sini kereta tak boleh parking atas. Ada parking area kat bawah, then boleh pilih samada nak naik melalui ladang teh atau jalan tar.

Pose berdua. Tq pada Abg. Adnan yang bermurah hati offer diri nak ambik kan gambar kitorang.

Laluan nak ke kedai jualan barangan teh Boh.Cantikkan lagi sini dari di Habu.

See, ladang teh yang menghijau. Sihatnya mata ku.

Suka beli sandwich kat Boh Sungei Palas.
RM6/ pc. Tapi sayuran pada sandwich memang terasa kesegarannya. Crunchy!

Habis jalan kat ladang teh, jalan pula ke Rose Center, Brinchang.
Cantik lagi!
Suka tengok bunga yang warna- warni. Besar & segar plak tu.
Geram woo.
Kitorang naik sampai la ke atas sekali.

Di celah- celah bunga ada insan yang bernama Sarah.Hehe

Laluan nak naik tempat paling tinggi. Sampai sini je mampu.Sebab nak lompat- lompat macam kat bawah ni.

Jangan tiru aksi ini kalau tak nak koyak lutut ya!

Dah puas lompat, turun ke Kea Farm.
Beli bunga untuk mak.
Tak tau la murah ke tak bunga kat sini.
Asalkan balik ada something. yang berbunga.Haha

 Pastu, kitorang ke Taman Sedia.
Satu perkampungan melayu yang ada banyak agro farm.
Last day kat Cameron, so nak beli something untuk dibawa pulang.
Rasa yakin sikit nak beli barang kat sini.


Kat sini pun banyak ditanam strawberi

Dah habis beli- belah, tiba masa untuk pulang.
Wahh, tak puas rasa nya percutian 3hari 2 malam di Cameron Highlands.
Banyak lagi tempat yang tak sempat nak jalan & ambik gambar.
Next time datang harus pergi tempat macam Galeri BigDee & The Smoke House di Tanah Rata.

Otw balik KL, melalui Tapah sempat lagi singgah kat Lata Iskandar.
Kalau tak fikirkan susah nak cari baju dalam luggage, dah terjun dah kat situ.
Pape pun, percutian bersama suami sangat- sangat la menyeronokkan.


Tq husband layan kerenah ambik gambar macam-macam kat sini.
Tq Shu atas hadiah yang sangat-sangat best ni.
Tak terbalas rasa nya ni.
Muah muah untuk sahabat tercinta :)







Wednesday, 19 September 2012

Bercuti aka Honeymoon di Tanah Tinggi Cameron (1)

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Kalau ikutkan kitorang memang tak pernah pun plan mana- mana place untuk honeymoon.
Atas alasan tertentu, kekangan masa plak tu takut penat- penat book tak dapat nak pergi plak.
Kawen time dah start new sem kan, mana tahu ada hal kena cepat- cepat balik UTM dah semua kena cancel.
So, kitorang plan nak main redah je.
Yela, mana tau jumpa tempat menarik sepanjang nak balik UTM dari Ipoh.

Tapiii, yang bestnya malam before majlis bestfren Sarah send kat Whatsapp.


Wahhh, ekau nak sponsor den honeymoon cik nurul?
Sape tak juling-juling mata kan time ni.
Mulut pun dah nganga tak nak tutup.
Syokkk tu dikala memang takde place honeymoon lagi.
Ada yang nak sponsor.
Dah la dekat dengan Ipoh kan.
Memang kitorang tak tunggu lama la nak tebus hadiah (boleh plak macam tu kan)

Terus hari Isnin lepas majlis kat Ipoh (majlis Ipoh hari Sabtu before tu) kitorang berangkat ke Cameron.
Tapi lambat sampai sebab g pusing town Ipoh dulu cari charger camera.
(Holiday takde makna bila tiada camera okay)
Sampai Cameron dah pukul 7ptg.
Terus check in hotel.

Kitorang stay kat Country Lodge Hotel kat Brinchang untuk 3hari 2malam.
(Tapi tak macam 3hari pun.Dah lambat sangat sampai)
Sampai je husband dah macam seronok je.
Best la tempat ni....Cantekkkk..
Room condition bukan la besar tapi sangat selesa untuk kitorang berdua.
Cukup ada tv, almari, hanger, toilet, katil.
Bagi kami..sangatttlah okay hotel ni.

Hotel Country Lodge



View of Country Lodge Hotel dari parking area

Bilik 204C.

Lepas maghrib terus keluar cari tempat makan.
Perut dah bergendang nyanyi lagu rock pun ada.
Dari Brinchang kitorang jalan ke Tanah Rata cari tempat makan.
Alahai, mata nampak restoren cina je banyak.
Patah balik ke Brinchang dan dengan tak explore habis, dari kereta nampak la kedai ni,
"Corner Fauzi Tomyam n Steambot"
Cakap kat husband, dah nama Fauzi tu yakin je lah.
Tapi tengok-tengok awat semua takde kulit melayu nih??
Alahai (lagi sekali), redha aje lah.
Bila habis makan, round kat area belakang kedai sikit, banyak je kedai melayu ye.


The food macam menyelerakan, kan?

Tapi, the kedai???

Malam first tu memang sejukk, hujan plak tu kan.
Dah kena 'weather shock'. Pakai jaket punya la tebal okay.

Cucu in law tak tau segan pergi honeymoon pun pinjam jaket atuk.


Next day, breakfast kat kedai makan kat Tanah Rata.
Banyak pilihan kedai makan kat sini.

Then, jalan- jalan kat Bharat Tea.
Just posing- posing ambik gambar.
Tapi sebenarnya Sarah sangat suka tengok kehijauan daun teh.
Rasa sangat segar.
Mata pun rasa sihat je.


Pose sikit-sikit ye.

Dari Bharat Tea, kitorang turun lagi ke Boh Tea, Habu.
Stop jap kat Bea Farm otw nak naik ke kilang teh Boh tu.


Sebab takde lebah, berani la nak cium bunga tu kan. 

Menariknya, tempat yang dah dibuka sejak 1970an ni bukan shj ada bunga dan lebah tapi juga ada menanam strawberi.
Boleh jugak kalau nak beli madu dari lebah belaan kat sini.
Deretan jar madu lebah sedia untuk dibeli.

Dah puas posing-posing kat sini jom kita naik atas plak.
Ke Ladang Teh Boh.
Seram gak nak naik lagi-lagi bila bertembung dengan kenderaan lain.
Rasa macam sipi-sipi je lagi nak terjunam kat bawah.
Tapi bila dah sampai atas, bestnya.
Rasa nyaman sangat.


View ladang teh yang menghijau

Sempat lagi visit kilang teh boh.Pict bawah pelbagai serbuk teh.


Bila perut lapar, 'brunch' kat Ummmph Teashop. Tengoklah choc melt tu.macam mana nak diet kan.

Dah puas pusing- pusing ladang teh, naik semula ke Tanah Rata ke Taman Agroteknologi Mardi.
Kat sini lagi teruja.
Seronok tengok bunga- bunga yang kembang mekar.
Strawberi yang sangat la fresh, manis plak tu.
Tapi nak masuk kena la bayar dulu.
RM3 shj untuk dewasa. Murah je kan?Untuk kanak- kanak bawah 6thn percuma ye.

Muka still boleh maintain walaupun sebenarnya dah tak tahan nak makan strawberi. Manis tau.

Posing lagi kat Taman Agroteknologi Mardi.

Kitorang kat sini sampai dalam pukul 4 je.
Lepas tu hujan mencurah- curah ke bumi Cameron.
Tak puas lagi nak pusing sini sebenarnya.
Tapi apakan daya.
Balik hotel makan maggi aje la sambil tunggu hujan berhenti.

--TBC.