Showing posts with label Wedding preps. Show all posts
Showing posts with label Wedding preps. Show all posts

Tuesday, 29 October 2013

Kenangan Zaman Nak Kahwin

Assalamualaikum
Salam sejahtera..


Terjumpa pic ni dekat fb.
Betul ke tak betul zaman- zaman sibuk buat wedding prep dulu.
Asyik counting je.
Ayat yang tak kan terlepas, 'dah tinggal.....sempat ke tak ni'
Hehe,sekarang Alhamdulillah.
Masing- masing dah sambut/ dah nak sambut first anniversary.
Rindu pulak zaman sibuk-sibuk dulu kan.
Semuanya nak jadikan hari ITU hari paling dikenang.

-Semoga jodoh ini jodoh hingga ke syurga- InsyaAllah.

Thursday, 12 July 2012

Doorgift Glass atau Porcelain

Assalamualaikum
Salam sejahtera.

Lagi sebulan lebih je majlis tapi Sarah belum decide untuk doorgift VIP.
Takdelah VIP sangat kan. Cuma something special and different untuk kawan-kawan.
dan rombongan lelaki.
Mestilah ada sesuatu yang istimewa untuk mereka yang sudi datang dari jauh untuk meraikan.

Sekarang confuse between glass atau porcelain.
Mana yang best ya?
Jom share-share opinion and suggestion..

Glass

Suka pada glass dari ikea.
Warna yang cantik. Harga pun mestilah up jugak kan.
Tapi mereka yang dapat boleh la guna semula glass ni kan.
Takdela buat hiasan atas meja je.

Vaken Glass. RM 7.90/ 4pcs
Godis, Clear glass. RM25/6pcs

Godis mix, big flower. RM 25/6pcs

Godis mix, small flower. RM 19.90/6pcs

Porcelain

Tertarik pada produk dari Inani Craft and Design
Ukiran pada bekas cantik dan unik.
Kalau bukan buat hiasan pun, boleh guna simpan brooch atleast.
Price still affordable untuk qty 100pcs





Nak tengok lebih produk, sila lah ke FB Inani Craft and Design
Kedai mereka di SACC Mall, Shah Alam.

Ada any suggestion?Which one better?

Wednesday, 11 July 2012

Bye-bye Bajuku

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Baju mana yang nak kena bye-bye ni kan.
Mesti la baju Sarah kan.
Yang terinspirasi dari sini.
Baju tu dah siap.Yeay suka!

Tapi......
Hasil perbincangan dengan FMIL, masa kat Ipoh nanti pakai baju yang ada kat butik sahaja.
Sebabnya, side sana dah bayar banyak untuk pakej yang mereka ambil.
Sob sob. Tak dapat pakai baju sendiri.
Tapi kena hormat jugak dengan apa yang mereka rancangkan.
Follow saja la.

Boleh la review awal- awal baju tu kan.
Tapi nanti la,Hehe

Monday, 9 July 2012

Shopping kat Nilai Semalam

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Seronok semalam berjalan dan bershopping keliling Nilai 3.
TAPI bukan diriku yang shopping.
Hajat semalam nak pergi KL atas few things nak buat.
Sekali tersekat dekat Nilai sebab my FFIL ada kat Nilai 3

Unplanned activity, so even banyak benda boleh cari tapi macam takde feel nak cari.
Hehe.
Plus preps FFIL macam gempak je.
Dah rasa tergugat.

Siap text member sebab macam dah takut dengan apa yang diorang buat.
Tiba-tiba rasa tak nak kahwin.

Satu je yang Sarah beli.


Beli dekat kedai ZC. RM3.6/pc
Nanti kan apa nak buat dengan benda ni.



Friday, 6 July 2012

Hadiah Barang Dapur Pertama dan Barang kraf dah sampai

Assalamualaiku.
Salam sejahtera..

Hadiah menang contest Jacobs Ibu Inspirasiku baru sampai rumah.
Mula join aim nak dapatkan second prize.Ipad.
Namun rezeki hanya pada consolation prize.
Barang La Gourmet worth RM500. mungkin Dia tahu saya lebih memerlukan barang dapur ini dari sebuah Ipad :)


See my name #24.

Dan barang kraf felt tempah dari seorang blogger yang memang terkenal dengan kraf felt beliau.
Tapi, akan cerita pada masa akan datang :)

Tunjuk bungkusan dulu. Barang nanti ya. Tapi comel lah :)


P/S: bagi yang belum, minta tolong like nie.
dan ini

Jasa baik mu sangat di hargai.


Wednesday, 4 July 2012

Bagi Je Tunang Korang Pegang Sijil Kursus Kahwin

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Kenapa tajuk macam tu ek?
Sebab ada kena- mengena dengan urusan legal document kami yang still pending.

Kalau ikutkan tunang Sarah dah ambik borang cukup-cukup 3 bulan sebelum tarikh.
Ingatkan masa rombongan datang hari tu boleh la pihak lelaki bagi borang terus.
Tup tup, dua hari sebelum tu, tunang bagitahu borang pending.

Sebabnya, Pejabat Agama Islam Perak nak bukti sijil ori.
Both side pulak tu.
Dari awal lepas kursus hari tu memang Sarah la yang pegang sijil tu.
Masa awal-awal kata yang photocopy pon boleh.
Last- last nak ori pulak.

Akibatnya, sampai sekarang la borang still pending.
Harap boleh dapat before puasa la.
Boleh submit ke Pejabat Agama Islam Daerah Bera awal-awal.
Puasa nanti boleh rilex-rilex kat rumah je.
Hik hik.

Bukti dah kursus.



P/S : minta tolong like picture:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151002763174207&set=a.10150998426174207.448052.76804774206&type=3&theater

TQ.XOXO

Tuesday, 3 July 2012

Perihal Kad Kahwin

Assalamulaikum
Salam sejahtera..

Kad kahwin dah selamat terima di tangan.
Awal tak lagi dua bulan dah siap kad?
Sebenarnya tak expect pon kad siap secepat ni.

Untuk pilih vendor kad kahwin, kitorang memang tak susah-susah pun nak pilih siapa.
Yang uruskn pada awal nya adalah makteh dan pakteh en tunang.
Yang suggest kedai adalah maksu en tunang.
Terima Auntie, Uncle.

Next, first time pergi ke kedai pun dengan makteh dan pakteh syafiq.
Dan adik Sarah jugak.
Sangat-sangat pening nak choose yang macam mana.
Sebab kitorang takde plan pun nak design apa.
Kalau ada pun mana yang Sarah nak si dia tak minat pulak.
Balik dengan tangan kosong tp dapat sikit gambaran.

Second discussion, Sarah dengan en tunang masa ni dah ada gambaran awal.
Kata-kata pada kad dan doa, en tunang yang finalize kan.
Sampai kedai just choose untuk design dan finalize kan template.
Macam biasa lagi, en tunang yang finalize kan nak corak yang mana.

Dapat first draft, tunggu dalam masa 3 minggu.
Suka. Sebab takde salah ejaan pun.
Cuma kami kurang berkenan dengan warna nya.

Second draft, en tunang sanggup spend masa yang sangat lama dekat kedai.
Sarah takde pon.
Hehe.
Dia la yang pilih warna.
Pilih nak letak corak yang dah pilih awal tu nak letak kat mana.
Beberapa correction yang Sarah dah highlightkan dia jugak tolong betulkan.
Map pun dia yang uruskan untuk letak objek macam-macam.

Dan hasilnya kami dan keluarga kami suka!
Dah siap print mama dan ayah en tunang yang ambik kan.

Phuuuhhh..
Overall kad kahwin diuruskan oleh en tunang dan keluarganya.
Terima kasih awak, mama, ayah, maksu, makteh dan pakteh en tunang.

Monday, 2 July 2012

HIV Screening Done

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Satu lagi benda wajib kena buat kalau nak kahwin dah selesai.
Alhamdulillah.
Sikit-sikit ada progress memang rasa lega sikit.


Envelope dah di sealed.
Tapi result dah tahu walaupun sulit.
Process sangat cepat.
Tak sampai 5 minit dah tahu result.

Sarah buat di Klinik Kesihatan Padang Luas, Bera.
Bukan kat kampung sendiri tapi klinik tu yang paling dekat dengan Pejabat Agama Islam Bera.
Staff nurse yang ramah, memang terbaik lah.

Bagi yang nak tahu prosedur ujian saringan HIV boleh la refer di sini

Countdown: 2 Months To HALAL Day

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Pejam celik, tengok wedding thicker ----> 60 Hari Lagi?


Sungguh, masa sangat cepat berlalu.
Belum banyak wedding preps di buat.
Boleh tengok kat sini ya.
Mana tahu sikit-sikit boleh refer.







Saturday, 9 June 2012

Inspirasi: Dress Majlis Bertandang

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Majlis bertandang di Ipoh, Sarah hanya mahukan dress yang simple.
Dan tertarik pula pada chiffon dress dengan patching lace.
Awalnya tertarik pada yang ini


Tapi sebab rasakan gaya ni dah biasa,
jadi tukar pada gaya ni pula


Suka pada style bahagian bawah tu.
Tapi tak tahu apa nama dia.
Nak kata pleated macam lain je.
Siapa yang tahu inform ya:)

Owh, both design dress tu adalah inspirasi dari Majalah Pengantin Jan 2012

First magazine pengantin yang dibelanja oleh en tunang. Magazine yang lain beli dengan ex-housemate yang kerja Karangkraf. Dapatla RM6 je untuk majalah pengantin nie.


Wednesday, 6 June 2012

Warna Tema Berubah!!


Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Kalau baca kat sini, main theme color Sarah nanti ialah Colar Peach.
Memang dah cair hati sgt dgn warna tu.

Tapi bila dah banyak preps dibuat (banyak la sgt kan),
rasa mcm impian nak buat tak dapat di capai.

  • Family attire dah beli awal : purple color
  • Kad kahwin dah siap draft : purple jugak. Walaupun dah cakap suruh buat peach. Purple jugak jadinya. Pastu dah tunjukkan kat both family, diorang semua suka color tu.
  • Nak teguh jugak pakai color peach tu, tapi my en tunang skin color dah bertukar sejak jadi buruh kasar ni. Memang tak sesuai je nak pakai color tu la kan.
  • Bunga pahar dah warna merah sbb dulu bygkan pelamin mcm coral peach tu.saje nk bg contra buat la bunga phr warna merah.
  • Kalau wedding attire creamy ke silver ke, dah mcm2 la plak warna nya kan.
Haru-biru rasa nye dgn bnd yg paling simple ni.
Pening2 ngadu kat en tunang.
Memang dapat kata2 yg amat memberangsang kan la.
"Takkan awak nak semua org tukar semuanya semata2 nak ikutkan warna awak tu. Susah nak dapat kan"

Gggrrrr.
Takpe2, raye taun depan akan carik warna tu jugak.

So, mcm ni la sikit2 rupenya nanti :)


Seperti di gambar, Sarah tak akan pakai purple.

Thursday, 24 May 2012

100 = 99 days

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Check wedding ticker hari ni.


Bersamaan juga dengan 


100 days to 1 September 2012
99days to solemnization day.

"Ya Allah, permudahkan lah segala urusan kami.Amin."

~~tetiba rasa berdebar la pulak.


Wednesday, 9 May 2012

Pesta Konvo UTM= Baju Pengapit

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Hari ni, 9 May bersamaan dengan hari terakhir pesta konvo UTM.
Pesta konvo bermula pada 4 May yang lepas.
Hari Isnin dah jalan2 tapi konon tak nak beli pape.
Nak saving lebih la konon nya.

Tapi malam ni, malam last banyak la pulak jualan murah.
Nafsu shopping membuak-buak jadi nya.
Tudung murah. Baju pun murah.
Memang tak tahan jugak godaan.

Tapi yang bestnya, sempat usha kat satu gerai ni.
Kain ela cotton kat situ cantik pulak rasa nya.
Kenyit2 mata dengan 'penggerai' kat situ, dapat la best value untuk kain itu.
Haa,daku memang menggunakan bakat semulajadi tawar menawar ni.
Tak boleh reveal price.
Sebab kain yang di beli tu kain untuk baju pengapit.
Kang dia baca blog kantoi la.
Hehe..
Cantik tak baju bawah ni?
Cakap cantik tau..

Baju untuk cik Kyna warna merah

Yang lain2 sempat borong tudung bawal yang banyak tone nie.
Satu sepuluh ringgit.
Macam ringan je nak bagi duit merah kat orang jual tu kan.


Dah, janji pasni dah tak nak shopping dah!
Selagi boleh tahan nafsu:P


Friday, 4 May 2012

Kasut Kahwin Hilang??

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Sangat2 lama tak update blog.
Sebab lately sangat2 la busy.
Peak time bila dah hujung sem.
Faham je la kan macam mana.

Actually, nak cerita satu hal.
Hari ni ada kesempatan nak balik rumah
dan baru ada kesempatan check barang2 yang beli dulu.
Check punya check, then
"Mana kasut kawen orang?"

Ayoo.dah puas cari satu rumah.
Sekarang tak jumpa lagi.
Ingat sebelum balik last month, dah simpan elok2 kat dalam bilik.
Tapi dah tak jumpa.
Dah tak tahu nak cari celah mana ni.

Sempat text en tunang
"Will Aldo b mine if i cant find it?"
--but, no respon.
Hampeh

Tersuka pada kasut ni dah



Wednesday, 25 April 2012

Wedding Diary

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Hari ini sarah mahu share dengan kamu-kamu tercinta diary kesayangan ku.


Our wedding diary.

Semua perjalanan perkahwinan kami Sarah akan keep dalam ni.
Dari sekecil resit barang yang pernah beli,
sampai ke senarai- senarai vendor, spa, homestay yang dah survey.
Dan yang paling penting untuk record setiap harga yang dah final discuss dengan vendor.
Kalau pape terjadi senang,tunjuk bukti je.
Siap ada tarikh dan masa lagi.

Harus simpan semua nya untuk rujukan masa depan.
Nanti adik- adik dah tak perlu susah payah buat survey.
Macam kakak yang bagus pulak kan.
Hehe.

Actually, Sarah ada satu diary yang comel and kiut miut ni,(jangan muntah ye)
dan satu log book yang panjang.




Diary yang comel ni senang nak bawa mana-mana.
Dalam handbag pun muat.
Semua list, design keep disini.
Kadang, luahan perasaan pun tertulis jugak.hehe

Yang log book pula untuk keep resit barang yang dah beli.
Susun ikut bulan.
Senang nak kira budget.



Bukan apa, kerja kahwin bukan suatu yang mudah kan.
Kalau tak keep record semua boleh hilang.

Wednesday, 11 April 2012

Shopping dengan Parents

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Hye semua. Macam mana dengan cuti semalaya korang?
Sure gunakan sepenuh masa dengan xtvt yang best kan.
Esp pada B2B mesti bershopping sakan.
Me too.

Ari ni agak nya abis satu bandar Segamat Sarah and parents terjah.
Bershopping baju- baju untuk wedding.
Duit pun melayang- layang la jawab nya.

Kitorang keluar rumah awal pagi lagi.
Dalam pukul 8.50 am dah gerak, sampai sedang-sedang la kedai bukak.
Jarak rumah dengan Bandar Segamat dalam 1jam setengah.
Balik rumah dah petang. Flat abis.

First tempat kitorang datang Kedai Kain dan Langsir Seng Hong.
Mana- mana kawan Sarah yang tinggal kat Segamat mesti suggest kedai ni.
Yup, memang murah kedai ni. Kain pun boleh tahan cantik.
Cuma tak jumpa yang berkenan di hati ku.
Grab kain baju melayu untuk my Abah dan adik lelaki yang akan di pakai masa wedding sahaja.

Kain baju melayu(tak sure jenis apa) buy 3meter free 1 meter @Seng Hong.

Lepas tu, kitorang sambung shopping di Nagoya Textiles.
Dapat grab kain untuk majlis bertandang nanti.
My FFIL dah decide theme kat Ipoh Turquoise Blue.
And Sarah mahu kan simple dress macam Cik Puan Lijah seperti disini.
Sempat jugak tnya pada Cik Lijah untuk buat dress tu,
tapi sikit kuciwa sebab tak sempat baca reply email, dah beli kain.
Akibat nya daku beli chiffon plain 4meter walhal untuk buat dress tu perlu 6meter.
Tak tahu masih ada chance lagi tak untuk dapat dress seperti itu.

RM7/ meter satin for the lining dan RM3.8/meter for the chiffon plain.





Then, UtamaTextiles. Berhadapan Nagoya Textiles
Kat sini dapat grab kain for my mum and FPIL.
Memang dah niat dari awal lagi, Sarah mahu hadiah kan something pada insan-insan yang terpenting dan teristimewa bagi kami.
So, Sarah hadiahkan kain pasang.
And Sarah mahu mereka pakai semasa majlis nikah nanti.
Cuma untuk baju melayu Abah tak jumpa kat sini.

Last sekali, Jakel Trading.
Memang dah cakap kat Abah tempat mahal pergi last.
First grab kain baju melayu for my prince.
Untuk matching kan dengan kain yang Sarah beli untuk majlis bertandang.
Jenis kain Valentino xxxx. RM13/meter. Okay la kan.
Dapat jugak baju melayu Abah dekat sini and Sarah jugak dapat grab baju raya.
Hehe, sempat lagi kan.

Keseluruhan hasil shopping di Bandar Segamat.

Abah dah penat. So, balik....
Overall, nak shopping kain kat Segamat pun best jugak sebab banyak kedai kain.
Boleh la compare harga and kualiti.


Tuesday, 10 April 2012

Wedding Update

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Wedding update.................

Last weekend penuh dengan aktiviti wedding preps. Penat tapi puas hati.


KAD KAHWIN


First discussion dengan vendor kad kahwin done. Syukur at last dapat finalize design kad kahwin dengan en tunang. Sukar sikit sebenarnya nak finalize. Sebab en tunang sangat la busy. Kesempatan cuti ni memang digunakan sepenuh nya settle kan kad kahwin. Template dan design dah dapat. Just tunggu first draft dari vendor:)

BARANG HANTARAN

Alhamdulillah barang hantaran just tinggal gadget dan makanan sahaja yang belum settle. Serta barang- barang yang akan di sponsor oleh sahabat- sahabat ku. Awal kan settle kan barang hantaran. Tapi atleast lepas ni tak perlu tak fikir untuk barang ni dah. Dah boleh proceed dengan hal yang lain.

For Her

For Him
Hasil tangkapan for Day 2 @KL Sogo



BAJU NIKAH

Syukur, baju nikah Sarah mungkin akan siap in this April jugak. Dah jumpa designer and dia pun dah janji akan cuba dalam masa beberapa minggu nie. FYI, ari tu dah almost kuciwa sebab dia masih tak sentuh kain tu even kita dah send last February.

Baju nikah en tunang pun dah send pada tailor. Kami hantar dekat area Puchong Prima sahaja. Mungkin akan siap dalam Mei.InsyaAllah.

BEDSHEET

Perlu jugak kena letak disini. Sebab dah lama cari bedsheet ni. Nak cari coral peach/light coral dan putih. Sangat susah sebenar nya. Sampai Sarah dah almost give up. Kalau jumpa ala- ala pink+peach pun boleh la terima. Last Jumaat masa tengah cari bedsheet kat Sogo, pekerja situ kata ada bedsheet fair kat Festival City, Setapak. So, cuba cari kat sana tapi jumpa lain kedai. BARAKAT HOME. Menjual barang dari China if tak silap. Tapi cantik- cantik. Price pun boleh di terima. Yang penting dapat exactly as what I want. Suka sangat.

Barakat Home@Festival City, Setapak



~Hope dapat update wedding progress banyak-banyak dalam seminggu ni.

Monday, 26 March 2012

Inspirasi:Kipas Kertas

Assalamualaikum
Salam sejahtera..


Kerdit Foto: FB Filmshortartifact

Kenal kan pelamin yang sangat comel macam gulagula ni hasil artwork sapa.
Sarah memang dah jatuh hati sangat pada FILMSHORTARTIFACT ni.
Memang best and awesome!
Mixture of pastel color yang digunakan dah mencairkan hati ku.

Dan lagi yang mencairkan hati daku.
REN-DA BELLEZZA
Memang kena pandai main dengan warna ni,
baru dapat buat yang super gorgeous.


Kredit foto: Ren-da Bellezza


And hasil kerja mereka ni dah menginspire kan Sarah untuk menDIY something for my wedding.
Tak sabar nak balik rumah.
Nak propose pada parents.
Hope tiada bantahan dari mak.



~TakPandaiMainDenganWarnaTapiDalamSedangMengkaji






Sunday, 18 March 2012

Bilik Pengantinku Putih Sesuci Kalbu =)

Assalamualaikum
Salam sejahtera..


Bilik pengantin Sarah dah siap cat.
Hehe, walau pun majlis lama lagi tapi semangat betul perempuan ini nak cat bilik.
Dulu masa tengah cuti sem sebenarnya dah start cat.
Tapi terbantut.
Cat dah habis =(.

Tup tup bila balik rumah,
tengok abah dah siapkan cat bilik.
TQ abah.Love u so much..

Bilik Sarah nie tak besar pun.
And limited space.

So, Tips #1: Cat seluruh nya warna putih.
Yup, warna putih bagi impak bilik nampak lebih luas.

Tips #2: Pasangkan tabir warna putih jugak/ warna yang lembut.
Supaya bilik nampak lebih kemas.
Terutamanya bagi rumah kayu seperti rumah saya.

Tips #3: Limit kan barangbarang dalam bilik.
Hanya barang yang perlu sahaja letak dalam bilik.
Maybe cukup la ada katil, almari baju, almari make up.
Side table pun okay jugak.

Tips #4: Letakkan carpet warna putih juga.
Untuk memberi impak kemewahan.

Tips #5: Boleh la letakkan sikit bungabunga berwarna sikit.
Supaya takde la nampak putih aje.
Macam suci murni pulak nanti.

Tips #6: Letak wangi wangian; potpuri atau bunga rampai.
Bilik dah wangi boleh create suasana romantik.
Ngeh ngeh ngeh..

Tips #7: Bagi rumah kampung, yang mungkin tak pasang syiling boleh la letakkan kain merentang dekat dengan bumbung.
Supaya bila bergambar nanti takde la nampak kayukayu dekat bumbung rumah tu.
Nampak la kemas sikit.

Tips #8: Jangan lupe bab pengudaraan.
Yela, bersiap sebelum bersanding dah la awal.
Pastu tengah hari buta pulak tu.
Make up pun dah tebal dengan foundation.
Nanti tak selesa pulak bila bilik rasa panas aje.

Tips #9: Penggunaan cermin besar di dinding sangat praktikal bagi memberi impak keluasan bilik.
Ruang yang kecil akan nampak lebih luas.
Tapi ini tak akan mungkin Sarah buat. Sebab saya pe na kut.

Tips #10: Hias bilik penganti sendiri je kalau nak berjimat.
Hehehe..

Ni tips yg Sarah dah imagine unuk hias bilik nanti =)
Sapesape ada idea yang lagi best sangat dialu kan.
Kredit foto: FB Norhayu Mohd Yusop
Ayu, friend to my bestfriend. Her wedding inspired me alot.Love her wedding outfit,bedroom deco, dais, and goodies.



P/S:My dearest, pls click this link. and LIKE the picture.
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=395052283856505&set=a.390571360971264.102196.196404850387917&type=3&theater
I appreciate it alot.

Tuesday, 6 March 2012

Idea Outdoor Photoshoot:Tanah Aina Eco Tourism Resort

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Sarah memang suka bendabenda semulajadi ni.
Memang dah impiimpi kan pun untuk outdoor photoshoot nanti nak buat kat tempattempat yang macam nie.
Still fresh, keliling alam semulajadi.
Macam dalam hutan ke,
tepi sungai ke.
So, ada satu tempat yg dah di suggest kat kitorang nie.
Kat mana?
Kat RAUB, PAHANG.
Kat Tanah Aina Eco Tourism Resort.
Jom layan picts kat bawah nie.

Nice view. Hijau keliling. Baik untuk mata.

Boleh rasa juadah kampung.=)

Serius, rasa nak terjun je.

Semua picts kat atas Sarah pinjampinjam dari FB Pakteh Syafiq. Uncle jangan marah tau. Ambik tanpa permission nie..hehe.
Layan kan plak picts ambik dari http://www.tanah-aina.com.
Chalet untuk honeymoon pun ada =)

Tengok la. Kabus masih tebal di pagi hari.


Best kan =)