Tuesday, 18 September 2012

Entry Penghargaan

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Alhamdulillah, segala nya apa yang diimpikan, apa yang dirancang dah selesai.
Segala nya berjalan dengan lancar.

First of all, rasa bersyukur dan berterima kasih pada Allah yang memudahkan perjalanan majlis kami.
Bersyukur sangat dengan limpahan rahmat dan kasih sayang Allah kami akhirnya dapat disatukan.
Semoga berkekalan hingga ke syurga. Amin.

Kepada family both side yang paling banyak membantu.
Kira orang kuat untuk majlis kami.
Kalau bukan kerana mereka semestinya majlis ni tak akan berjalan seperti dirancang.

Mak, abah. Terima kasih segalanya. Banyak sangat tak termampu nak balas atas segala bantuan, support fizikal mental dan kewangan sepanjang berbulan-bulan persediaan untuk majlis along.
Pada adik- adik yang sudi teman dari survey butik pengantin sampai la bertungkus lumus sebelum, semasa n selepas majlis berlangsung.
Jasamu ku kenang.Ceewahhh.

Mama, ayah. Terima kasih meraikan kami dengan majlis yang cukup- cukup meriah.
Bersanding siang dan malam memang sangat- sangat menjadi kenangan yang cukup terindah.
Pada adik- adik ipar terima kasih sudi membantu sepanjang majlis berlangsung.
Esp pada Syamim jadi bestman pada abang nya, layan kami dah rasa macam raja pun ada.

Pada sedara- mara yang banyak membantu jutaan terima kasih kami ucapkan.
Pada nenek yang buat bunga pahar, pada makcik yang sediakan makanan untuk jamuan makan beradab, sediakan goodies, sediakan kek untuk pengantin lagi, n macam-macam la.Terima kasih.
Pada mak sedara, pak sedara, sepupu yang tq sudi datang memeriahkan majlis.

Pada family side suami, terima kasih pada Makteh n Pakteh yang tak terhingga yang banyak tolong untuk majlis ni.
Dari urusan kad kahwin, photographer, sediakan bilik pengantin (Ipoh), sangat banyak lagi la nak disebut.
Pada Maksu terima kasih untuk kek pengantin yang sangat cantik n sedap  n macam- macam lagi.
Pada family yang lain n cousins terima kasih banyak-banyak.(nak ucap rasa tak mampu sebab banyak sangat dah dilakukan untuk menjayakan majlis)

Special thanks pada my bestfren yang dari kecik sampai besar, Shue.
Sudi sponsor kek Secret Recipe untuk hantaran.
Pastu sponsor honeymoon kat Cameron Highlands.
Best sangat-sangat.
Really appreciate that. We really enjoy our holiday.

Pada kawan- kawan yang datang memeriahkan majlis pastu bawak hadiah yang best- best.
Terima kasih banyak- banyak.
Special thanks pada Sue, Roha, Pae, Kyna.
Tq datang n tolong-tolong basuh pinggan, pacak bunga manggar, pakai kan inai n macam- macam lagi.
Tq Kyna sudi jadi bridesmate n buat action macam- macam.Hehe.
Pastu sponsor choc Ferero Roche untuk hantaran jugak.XOXO
Ex Smkapian, tolong bungkus kan goodies lagi tu.Tq2.
Pada Farah n Zatie tq sponsor untuk a bouquet of cookies. Cantik.
Pada Nad, yang buat kan veil nikah yang sangat cantik. Bila buat w/o charge kira sponsor la jugakkan.
Tq nad untuk veil purple yang sangat manis.

Haa, pada kawan- kawan blogger jugak harus ucap terima kasih.
Tq bie buat kan tag yang super cantik, Qaseh untuk guestbook, Nuie untuk HB. Siap dapat pujian dari mr. Photographer lagi tu.

Pada pakcik, makcik orang kampung yang masak- masak untuk both majlis tq2.
Kalau takde mereka semua ni agaknya orang datang pun balik dengan kelaparan kan.

Pada mereka yang tak dapat datang tapi send email la, sms la, pm la. Semua wish yang baik- baik buat Sarah n husband.
Tq untuk doa. Kami sangat hargai.

Sangat-sangat ramai nak ucapkan terima kasih.
Maybe ada yang terlepas agak nya.
Pape pun terima kasih banyak- banyak pada pihak yang terlibat dalam majlis kami direct or indirect.
Jasa mu kami sangat hargai. Kenangan manis buat kami selamanya.

19 comments:

  1. tahniah2. tq utk yg baca blog sarah juga. saya gembira tgk awk gembira. =)

    ReplyDelete
  2. yup, should tambah. tq pada yang membaca yang baca sambil mendoakan.
    tq semua, XOXO.
    tq Nn :)

    ReplyDelete
  3. tahniah Sarah :) semoga kekal hingga ke syurga :)) sorg lagi blogger dh kawen..happy nyaaa :D

    ReplyDelete
  4. selamat pengantin baru..... semoga perkahwinan yang terbina kekal bahagia hingga ke syurga.... amin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. zura pun masih lagi pengantin baru kan.hehe,semoga berbahagia hingga ke syurga.

      Delete
  5. sama2 sarah...doakan semoga jodoh korang berpanjangan. InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq Qaseh.Qaseh pun semoga berkekalan hingga ke syurga.amin.

      Delete
  6. alhamdulillah dah selamat..congrats sarah! moga bahagia hingga ke syurga..aamiin...doakan ayong pulak ye..baru nak mula misi gerak gempur..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq ayong doakan yang terbaik.
      semoga semuanya berjalan lancar dan di permudahkan segalanya.

      Delete
  7. tahniah sarah...semoha hepy2 selalu ye....

    ReplyDelete
  8. tahniah sarah...happy 4 u...nti doakn kami2 ni ya..
    cpt2 review gmbr wed...nk tgk!teaser2 ritu pn dh cntik

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, semoga semua yang dirancang dipermudahkan.
      tq hb ari tu.hehe.best2

      Delete
    2. hehe.nti upload la gmbr dgn hb
      blh sy letak kt page n wat review.h
      ehehe

      Delete
    3. insyaAllah.tgh tggu pict dari photographer ni:)

      Delete
  9. bestnya honeymooon.. cemburu ase hati.. :D
    hehehe..

    ReplyDelete
  10. gulp.. cik bie terbalik komen entri.. hahaha.. apa2 pun selamat pengantin baru buat saran n syafiq, moga berbahagia buat selamanya dan cepat2 timang baby tau.. baby yang ramaaaaaiiii sangat.. hehehe..

    happy for you syg

    ReplyDelete
  11. yuhuuuu...ttba lak ak leh terbuka blog ko,rupanya ader tulis psal ak yeaa...huhuhu..terharu dpt penghargaan camtue..tqqqq...huhuhu...tak seberapa pon hadiah ak tue,itu jer yg mampu buat bextfrenz ak sorg nie.harap both of u enjoy.huhu..happy have bestfrenz like u,wish u happy always..smga persahabatan kita kekal smpi akhir nyawa..:-)

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas