Thursday, 9 October 2014
Frustuated!
Salam sejahtera..
Bila berhajat nak terus update blog, ada je sesuatu yang buat hilang mood tu.
Erm, update pun bukan cheritera sensasi apa.
Cuma hal family & anak- anak.
Cerita frust ni bukan hari ni punya cerita.
Dah lama, dah 2 minggu kot.
Tapi bila ungkit, masih lagi terasa pedih + kecewa.
Early Sept, Sarah ada buat permohonan untuk berpindah ke UiTM Pasir Gudang.
Erm, berat hati nak buat decision pindah sana.
Sebab kat P.Pinang ni dah rasa selesa.
Rumah dekat dengan office, dekat dengan hospital.Tak jammed.
Kos hidup pun takde la tinggi sangat,
Tapi, harus berjauhan dengan sang suami.
That's why kami sepakat, untuk pindah Johor.
Husband dah dapat kerja kat JB.
Disebabkan UiTM Pasir Gudang still lagi belum betul- betul cukup staf, so macam berharap sangat mudah dapat kat sana.
P.Pinang dah dapat pelepasan.
Tunggu apa kata Shah Alam.
Tunggu punya tunggu, tup-tup selepas 3/4 minggu apply, kata TAK DILULUSKAN.
Hancur hati, patah semangat.
Satu hari berendam air mata.
Bukan saja-saja apply nak duduk dengan husband, tapi reason Zharif.
Dia perlukan perhatian both parents dia.
Kadang- kadang rasa nak jadi fulltime housewife.
Tapi, siapa mau bayar contract rm100000 tu.
Pastu, no shopping, no jalan- jalan macam sekarang.
So now, buat rayuan lagi.
Still kena tunggu Mac nanti baru tahu macam mana.
Harap- harap dipermudahkan la.
Erm, dilema ni bukan saje pada kami.
Tapi staf gov yang lain pun sama perlu sacrifice. PJJ dengan suami.
Cuma, ada bernasib baik, dapat la rezeki dapat duduk sekali.
Tu pun, sabar menunggu.
Tuesday, 2 September 2014
2 Years Is Still Young
Salam sejahtera..
Alhamdulillah summa Alhamdulillah.
31 Ogos 2014, genap 2 tahun usia perkahwinan.
2 years is still young and may more to come.
Kalau ditanya pada husband, apa pencapaian 2 tahun?,
mesti dia nak kata "2 tahun 2 anak"
Kalau macam tu, 3 tahun??
2 tahun, bersama dengan yang tersayang.
Pesan si dia, "bila dah kahwin, sangat mudah nak buat pahala kan, jadi buatla dengan ikhlas"
InsyaAllah!
Tahun ni, awal- awal lagi dah request nak jalan- jalan cameron.
Last pergi pun tahun lepas.
Kali ni konon nak bawak Zharif la.
Tapi kata orang cameron jammed.
So cancel.
Husband drive tanpa hala tuju mulanya, then decide pergi Lumut aje la.
Sampai sana, member suggest pergi la Pangkor!
Tapi pergi tanpa plan dengan barang yang macam- macam, stay kat Lumut aje la.
Hotel dah banyak yang full,
round pekan Lumut tu jumpa hotel budget tapi macam cantik je.
Check in Brezza Hotel, RM 78 je cukup untuk tidur & rehat.
Asalkan bilik & toilet bersih.
Petang bawak anak teruna jalan- jalan kat Lumut waterfront.
Punya la happy, siap jumpa awek main kejar- kejar.
Malam sambung jalan lagi.
Yang best nya stay kat sini, boleh park je kereta depan hotel. pastu jalan je.
Takyah fikir nak drive ape dah.
Esoknya, beli souvenir produk laut sikit, and balik.
Short & simple vacation.
Tapi puas hati.
Dan, siapa kata nak berholiday perlu spent duit banyak- banyak.
Tengok pada keadaan & tempat. Percutian budget pun berbaloi.
Monday, 18 August 2014
Akhirnya, Keluar Juga Dari Mulut Dia
Salam sejahtera..
Kami ni seolah- olah tertakdir untuk jadi pasangan jarak jauh.
Dari masa berkawan (UiTM - UMS), bertunang (Shah Alam - Kuala Terengganu),
berkahwin (Skudai- KL) sampai lah anak satu ni (Penang- KL).
Kalau ikut dah biasa, memang dah terbiasa macam tu.
Zaman- zaman belum kahwin boleh dah abaikan.
Zaman sekarang dan akan datang ni, apa- apa hal uruskan sendiri je.
Malam Jumaat gerak balik Penang, Sabtu pagi baru sampai.
Ahad malam balik KL semula.
Alhamdulillah, terima kasih suami.
Without miss, walaupun penat badan.
Malam tadi, masa hantar kat bus station, keluar dari mulut dia,
"bila la dapat duduk sekali"......
Soalan macam takde jawapan.
Yang cuma Sarah tahu, before deliver atau sebaik habis cuti bersalin nanti nak duduk sekali.
InsyaAllah..amin.
Before deliver?Hmm, ada lebih kurang 2 bulan setengah lagi perjalanan.
Harap segala urusan dipermudahkan.
Bukan apa, uruskan Zharif sorang- sorang takde masalah.
Cuma risau nanti Zharif buli adik macam mana?
Kurang- kurang ada ayah boleh pantau sikit.
Harap la..
Monday, 4 August 2014
Balasan Bila Asyik Nak Komplen.
Salam sejahtera..
Macam sambungan cerita Zharif admitted.
Tapi part lain.
Raya ketiga hari tu dah balik Kajang.
Sebab husband dah start keje raya keempat.
Siang husband keje, malam baru dia bawak jalan- jalan.
Punya la boring kami 2 beranak kat rumah.
Takde TV, takde laptop untuk ibu.
Zharif pun takde toys, atau buku nak baca- baca.
Sampai, dia ngan ibu dah asyik nak merengek.
Cakap pun sikit je.
Bila ayah dah balik keje, baru dia syok.
Baru cakap banyak.
Boring r tu ngadap muka ibu satu hari.
Kat rumah Kajang ibarat macam takde pape.
Nak masak boleh je. Tapi tak syok.
Kalau tido atas lantai alas toto aje.
Malam first, okay lagi.
Tapi the next malam ibu dah cakap- cakap sakit badan lah, banyak komplen je.
Hati dah meronta nak balik penang, sebab nak tidur atas tilam.
Huk, melampau...
Jadinya, bila dah balik Ipoh, Allah dah makbulkan wish tu.
Terus dapat tidur atas katil.
Katil hospital!!
Husband paling gelak besar.
Siap perli, 'breakfast siap serve sampai katil'
Hampeh.
Monday, 21 July 2014
Hampir Kebakaran
Salam sejahtera..
Husband memang sangat particular bab- bab safety ni.
Since kami pun PJJ jumpa weekend je.
Anything happen, mestilah dia risau.
Paling dia ingatkan part masak- masak.
Kalau tiba- tiba tengah masak api naik, nak buat macam mana.
Mana boleh air lawan minyak macam tu.
Nak jadi cerita, last week electric kettle kitorang dah rosak.
Yang tinggal whistle kettle, manfaat hadiah kawen 2 tahun lepas.
Dari bazir duit beli yang lain, elektrik pun jimat. Masak air guna dapur gas je.
Biasanya lepas masak air, letak kettle atas meja,lapik dengan coaster.
Malam tadi, nak masak air balik, ntah macam mana tak perasan coaster still melekat kat vontot kettle tu.
Mujur la masa masak air tu still buat kerja kat dapur.
Pelik dah, apesal bunyi api ni lain macam.
Besar pulak tu, warna kuning-kuning.
Check, mak aii. dah hitam legam coaster kena bakar.
Aduh, debar jugak la.
Alhamdulillah cepat perasan.
Terus campak coaster dalam sink.
Berbau asap rumah.
Kadang, benda dah nak terjadi menyesal pun tak guna.
Sebab tu husband sanggup berbelanja sikit untuk safety.
Dekat rumah kitorang dia dah sediakan fire extinguisher, smoke detector & topeng khas untuk asap.
Rumah kitorang apartment, fully grill pulak tu.
Kalau jadi apa- apa tak cukup masa nak lari keluar.
Harap dijauhkan dari segala musibah lah.
Thursday, 10 July 2014
Bazar Mana Pilihan Hati?
Salam sejahtera..
Kalau ikutkan malas sebenarnya nak beli- beli kat bazar.
Masak sendiri dah puas hati.
Tapi sejak berpuasa sorang- sorang, nak masak pun takde mood.
Mudah, beli lauk masak nasi kat rumah.
1st week Ramadhan, sekali pernah beli kat bazar.
Saje test pergi bazar besar kat Seberang Jaya.
Fuhhh, nafsu. Macam semua nak.
Macam senang je tarik duit keluar.
Tapi keciwa dengan hasilnya.
Sambal udang petai dah jadi sambal petai udang.
RM4.50 hanya udang 3 ketul. yang lain fulamak petai sahaja.
Ayam standard seketul RM3, dapat lemak lebih.
Kuih- muih seketul 50sen.
Sadis woo..
Minggu ni, pergi bazar kecik je.
Daging seketul besar + sayur = RM2.30
Lauk- lauk lain boleh minta paling kurang RM2.
Tu pun lebih sampai boleh makan sahur.
Kuih seketul 40sen.
Siap kadang dapat air free.
Bukan pergi pukul 7 ye. Pukul 5 tu.
Lagi puas hati.
Tak bersesak orang ramai.
Jadi, bazar kecik lebih berbaloi- baloi.
Monday, 7 July 2014
PH- Cuti Untuk Bergolek Dengan Si Cinta
Assalamualaikum
Salam sejahtera..
Cepat pulak hari ni berjalan.
Tup- tup dah petang.
Hari ni Georgetown Heritage Day.
Maka nya hari ni bercuti- cuti la kami.
Takde keje lain dah nak buat.
Bergolek dengan anakanda kesayangan aje la.
Berdua je kan.
Kalau ayah ada ni sure dah ajak jalan-jalan.
Jarang sangat nak duk diam dalam rumah.
Zharif pun sejak hari ni asyik sebut aaaa--yaah.
Adoi, dah pandai tahu ke ayah takde.
Mana tak, kalau weekend nampak ayah terus nak peluk-peluk.
Tahu rindu kot.
Harap-harap by end of this year, ayah dapat kerja kat penang.
Amin.
Zharif rindu,ibu lagi laa ;-)
Monday, 11 November 2013
Mommy's Job Never Done!
Salam sejahtera..
Thursday, 7 November 2013
Bila Mama Stalk FB
Salam sejahtera..
Dah few days tak ke udara. Rindu pulak nak bersuara kat blog ni.
Mood bercuti still ada lagi ni.
4 hari yang sangat digunakan untuk enjoy- enjoy dengan family.
Family bonding katanya..
Pagi ni perasan macam banyak pulak noti FB.
Eh, kalau takde post yang macam konon menarik takdenye orang nak jengah FB tu.
Ni sampai 6 noti ni.
Sekali check, ouh mama yang like banyak- banyak kat older post FB tu.
Hee, segan pulak.
Mama (MIL) penuh dengan kasih sayang.
Setiap kali salam bila nak balik, wish yang tak pernah tinggal--mama sayang....
Sangat komited dengan kerjanya.
Agak-agak berapa ramai foreman TNB perempuan satu Malaysia ni?
Mama adalah salah seorangnya.
So, boleh tahu lasaknya kerja dia & betapa busy esp bila minggu standby.
Anak- anak dia, sangat respect mama.
Kononnya, weekend mama ada kerja kat luar, mama dah siap masak dah & balik lewat sikit, anak- anak still tunggu mama makan sekali.
& etc..
Semoga mama terus sihat & sentiasa dalam kasih sayang Allah.
Saturday, 19 October 2013
Jual Anak untuk IPhone?
Assalamualaikum
Salam sejahtera..
Petikan kosmo online 19 oktober 13
" SHANGHAI - Satu pasangan muda di China berdepan hukuman jenayah kerana menjual seorang bayi perempuan mereka dan menggunakan wang tersebut untuk membeli sebuah telefon pintar iPhone, lapor media tempatan semalam."
Alahai macam- macam dunia.
Ada yang bertahun menunggu nak anak.
Berlabur beribu ikhtiar nak dapatkan anak.
Ada pulak dah ada anak tapi sanggup jual.
Untuk sebijik IPhone je tu.
Cuba ko bela anak tu elok-elok.
Nanti dah besar bukan sebijik, puluh-puluh bijik boleh dapat.
Semoga kita diberi kesabaran dalam menjaga anak.insya Allah amin.
Monday, 7 October 2013
1...1...dan 1 lagi
Salam sejahtera..
Teringat hari tu Imah buat entry unique number.
Tak sedar pulak, hari ni Sarah pun dapat unique number tu.
Kisah Aku & Kereta
Salam sejahtera..
Tajuk dah macam karangan la pulak kan.
Entry ni kira rentetan dari peristiwa pagi tadi- peristiwa TEReksiden tu..
Sarah kira dalam golongan lambat ambil lesen.
Kalau tak silap ambil lesen May 2008.
Ambil lesen kereta + plus motor. Taktau la apa motif ambil lesen motor.
Padahal tak pandai bawak motor pun. Belajar bawak sebab nak ambil lesen ja.
Masa tu dah 21tahun kottt.
Setahun lepas tu, baru cuba-cuba drive.
Sebabnya, kena buat internship dekat TNB Jerantut.
Habis internship, bukak sem dah bawak g Shah Alam.
Sebab jadi NR- Non Resident UiTM so boleh la bawak kereta.
Firssstt day bawak ke Shah Alam, baru bukak sem kan, banyak r barang angkut + nak kena kemas.
Ntah macam mana, dalam sibuk-sibuk tu misplace kunci kereta!
Puas cari---sampai la abis sem tak jumpa-jumpa kunci tu.
Sadis betul.
Bila start keje still drive kereta tu.
Tapi bila further study kat UTM dah konon taknak drive dah.
Ala, UTM kan semua duk kolej. Jalan kaki dah boleh sampai kelas.
Masa tu adik yang pakai kereta.
Bila dah kahwin, husband bagi pakai kereta dia bawak g UTM.
Senang, kalau dia datang boleh r jenjalan kat sana.
Senang jugak, kalau bosan bila-bila boleh cabut lari balik KL.
Rasanya tiap minggu kot balik.
Cuma bila dah pregnant, husband plak tiap minggu datang.
Stay kat hotel murahan ja.RM68 satu malam.
Sekarang dah kerja, bawak g Penang pulak.
Errr, baru bawak sini, case untuk alarm tu ntah macam mana pecah.
So, ikat r dengan getah gelang tu.
Tapi tak tahan lama. Asyik nak tercabut ja getah tu.
Last-last biarkan je.
Tu yang tak pasal ari tu, 2 minggu lepas g cuci kereta, alarm TERhilang tu.
Dah sekarang pakai kunci biasa ja.
Last week, ada la satu mangkuk ni boleh dia ambik port parking depan parking lot rumah kitorang.
--parking haram tu.
--tau r kete ko kete baru!
Tempat parking kitorang ni sebelah tiang. Sebab nak ambik lajak tak langgar kereta tu, dah salah ambil lajak terus.
Grrrrrr, tak memasal bergarik pintu belakang ngan tiang tu.
Dan, hari ni berlaku plak kejadian pagi tadi.
French kiss dengan saga BLM.
Tiap minggu kot ada hal nya.
Tolong la minggu depan jangan ada pape.
Tapi semua silap-silap tu, yang highlight tu macam salah sendiri kan.
TEReksiden Pagi Ni
Salam sejahtera..
Rutin pagi ni macam biasa.
Tangan kiri dukung Zharif, tangan kanan pegang beg diapers Zharif + beg pump susu.
Belakang plak bag laptop.
Pastu terkedek-kedek dua beranak ni jalan g kereta.
Letakkan Zharif dalam car seat, start enjin kereta & jalan...
Sampai satu simpang- nak keluar ke main road, kawasan tu memang sesak sikit.
Dengan motor yang non-stop, tapi takat ni Alhamdulillah ada je yang bagi laluan.
Pagi tadi dengan mudah dapat keluar ke main road.
Dah keluar, still tak boleh laju lagi.
Zharif plak rancak bebel-bebel.
Pastu layan Zharif sambil concentrate drive.
Sekali....'aaaaa, kete depan stop. tak sempat brek! Dang!'
ayoyo...dah buat french kiss la plak pagi ni.
double signal, ke tepi..
Keluar uncle chinese..
'sori-sori a, i tak sempat brek. u pun stop tiba-tiba'
dia telek kereta dia, dia telek kereta sarah.
'aiya, macam mana mau kira ni?'
'u cakap la berapa. i bayar ja'
'tapi i takda cash ni. 40ringgit ja dalam purse'
'ala, sikit ja ni.taktau r nak kira macam mana'
tak lama tu ada satu brader bawak van kilang lalu kat sebelah
'jaga-jaga handbag, wallet semua dalam kereta tu!'
terus cakap kat uncle & gerak g kereta
'i ada baby kat dalam kereta ni'
'ni berapa u mau charge i'
'aiyaa,tak pa la tak pa la'
'okay-okay ja.sikit ja ni'
'ya, betul ke ni?'
'sori a, tq a'
Alhamdulillah, uncle tu tak ambik kesempatan nak charge mahal-mahal.
Plus, dia tak kira pun kereta dia dah calar sikit.
Alhamdulillah, kalau dia bukan muslim sama-sama doakan Allah bagi hidayah pada dia. Amin.
Pengajaran: Tumpuan masa memandu lagi penting dari layan Zhari!
errrr, sori anak ibu, kamu plak yang dipersalahkan. padahal sendiri cuai.
Friday, 4 October 2013
Kajian Penyelarasan Gaji Kakitangan Awam- Berita Harian 2 Oktober
Salam sejahtera..
Semoga ada rezeki. InsyaAllah, amin.
Thursday, 26 September 2013
Baby Pun Tahu Erti Rindu.
Assalamualaikum
Salam sejahtera..
Hari ni hari ketiga Sarah berkursus.
Kursus Asas Pengajaran, senang cakap kursus untuk kita confirm lah. Keje gomen banyak step rupanya nak confirm. Bukan macam private, cukup 6 bln performance period, manager puas hati terus dapat confirm. Tak yah attend kursus macam-macam.
Dah start dari hari Selasa, pukul 8pg sampai 7.30 malam.
Pagi je semangat nak dengar talk, dah petang badan kat hall, hati kat Zharif dah.
Hailaa, namanya pun anak kan. Dah tu tinggal berdua je, memang tu je la yang ditumpu pun.
Habis je kursus petang,terus cepat-cepat ambik Zharif.
Sampai rumah terus letakkan dia. Nampak macam dia tengah main-main,cepat terus solat maghrib.
Elok je habis solat, terus dia ek ek..
Angkat-senyap. Letak-ek ek semula.
Agah-gelak la sikit.
Tu hari first.
Second day, tak sampai rumah dah nangis-nangis. Bukan tahap ek ek je.
Pegang senyap. Letak balik nangis semula.
Sampai la kat rumah pun macam tu.
Rindu kat ibu la tu kotnya.
Selalu pukul 5.30 ptg dah ambik. Ni drag sampai 7lebih. Merajuk r kot letak rumah orang lama-lama.
Baby pun tahu erti rindu.
Teringat pagi second day kursus.
Sebab hari tu kursus start 8.30pg, so budget-budget sempat la mandikan dia pagi ni.
Time tengah susu kan dia cakap la, " hari ni ibu mandi kan zharif ye"
Tengah susu tu boleh dia senyum selebar-lebarnya.
Macam gembira sangat dapat mandi dengan ibu dia.
Mana tak nya kalau time tengah kursus asyik-asyik teringat kat anak.
Hope hari ni baik-baik saja.
Cepatla sabtu habis kursus.
Monday, 23 September 2013
Cerita Hari Sabtu: Panjat Bukit Bendera!
Salam sejahtera..
Sabtu ari tu tiba husband hint ' first tren bukit bendera 6.30pg'.
Tettt..maksudnya nak bawak jalan r tu.
Sarah kalau bab g jalan-jalan memang always on saje.
Awal pagi tak sanggup nak mandi kan Zharif, lap-lap je tukar diapers, tukar baju terus g pulau.
Sampai je macam sunyi lagi. Sampai curious betul ke ada tren pagi tu.
Tapi syok sebab tak ramai orang. Boleh snap pict dengan bebas.takde orang lalu belakang.
Tiket tren dengan mykad rm8 dewasa, rm4 kanak-kanak. Takde mykad rm30.
Dah lamaaa sangat tak naik bukit bendera.
Tren pun dah maju. Laju je naik atas.
Sekali je stop untuk pekerja& penduduk tempatan turun.
Tak sampai atas lagi Zharif dah ek ek ek.
Bagi susu,diam..lapar la tu.
Dari atas boleh nampak seluruh pulau (yeke?ntah la). Pastu berkabus.angin sejukk je.
Zharif pun mula dah ceria.gelak-gelak dah.
Dah jalan kat atas, lapar. Before naik mana sempat sarapan.
Mujur kat atas ada tempat makan. Kitorang makan dekat dengan muzium burung hantu.
Sadis nya ada beberapa je kedai melayu. yang lain cha ya nun alif
Price okay la. RM5 satu untuk bihun goreng s'pura & char kew teow.
9.30 pagi kitorang dah siap jalan.
Waktu turun tren dah tak selengang waktu naik.
Penuh. Pastu plak masa turun dah macam naik roller coster.
Dengan tren turun laju, pastu orang jerit-jerit.
Sebenarnya nak cakap, jeles ayah conquer bergambar dengan Zharif!
Sunday, 22 September 2013
Ahad Dah
Assalamualaikum
Salam sejahtera..
Kejap nya weekend dah nak abis.
Petang ni husband dah balik. Next week baru dapat jumpa.
Tiap petang ahad mesti feel tak best.
Huwaa, kadang nak je rasa jadi surirumah. Boleh ikut husband pindah randah.
Tapi pastu pening.
Bukan tiap bulan tak cukup duit.
Nafsu ni. Asal bukak online butik je mesti dah teringin nak itu ini.
Belum masuk lagi kalau g kedai barang baby.
Sume nak grab je rasanya.
Kadang tengok je pun, tak beli pun.tapi tak syok bila tgk tanpa sen.hehe
Dah ada duit sendiri baru ok.
Macam tadi, g jusco. Masuk kedai kasut.
Teringin. Pastu cuba-cuba. Pastu cakap kat husband nak la kasut ni.
Dia okay.
Tapi bila jalan-jalan balik ngan kasut tu, takpe la.nanti-nanti la.
Next week gaji.hehe
Pape pun, alhamdulillah dengan rezeki sekarang.
Doa satu hari nanti dalam masa terdekat ada rezeki tinggal sama dengan suami.
Friday, 20 September 2013
Minta Dijauhkan Perkara Buruk
Salam sejahtera..
Petikan metro hari ni.
Menurutnya, bagaimanapun sebaik masuk ke dalam kereta dia terkejut apabila kepala anaknya terkulai sementara muka dan bibir kebiruan.
"Saya kemudian meminta penjelasan pekerja di situ namun jawapan diberikan mengecewakan kerana mereka memberitahu tidak mengetahui apa yang berlaku kepada anak saya.
"Bimbang dengan keadaan Qhaliff saya terus menghantarnya ke sebuah klinik swasta berhampiran sebelum doktor mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia lebih kurang dua jam," katanya ketika ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, malam tadi.
Norman berkata, dia sekali lagi mendapatkan penjelasan daripada pekerja pusat asuhan itu dan memaklumkan kejadian menimpa anaknya.
"Ketika itu baru mereka memberitahu anak saya sebelum itu ada mengalami muntah darah namun mereka menyangka tidak serius dan tidak memaklumkan kejadian itu kepada saya dan isteri.
"Tindakan mereka tidak memaklumkan kejadian itu mengecewakan saya kerana sejak lahir anak saya tidak mempunyai masalah sebaliknya hanya sukar minum susu," katanya.
Beliau berkata, dia menghantar anaknya itu bersama seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun kira-kira jam 11.30 pagi.
"Ketika itu anak saya ceria dan bermain dengan kakaknya seperti biasa. Namun tidak menyangka perkara ini terjadi dan saya juga sudah membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya,” katanya."
Thursday, 19 September 2013
Rindu
Salam sejahtera..
Tetiba datang rasa rindu amat.
Saturday, 14 September 2013
Klinik Gigi Dr. Pinky
Assalamualaikum
Salam Sejatera..
Dah tak ingat rasa nya bila last sekali g klinik gigi dengan intention nak 'proses' gigi.
Yela, kalau setakat check tu last sekali masa pregnant ari tu.
Punya la detailkan,pregnant bawak budak kat perut pun, gigi kena check gak.
Hari tu masa pregnant, ntah kurang kalsium kot.
Tengah duk sidai baju tiba rasa 'eh,ape benda macam keras-keras dalam mulut'
Sekali keluar 'aiya, serpihan gigi'.
Rasa-rasa dengan lidah 'laa, gigi dah pecah!'
Gigi yang sama gak dulu rasanya masa sekolah pernah kena tampal.
Now tampalan tu pun dah crack.
Punya la asyik macam taktau je bila nak tampal balik gigi ni, sampai la bila balik kajang 'wow, ada klinik gigi baru bukak r.depan rumah plak tu.pink gitu!'
Agak was-was gak r mula-mula. Betul ke tak ni.
Semua dinding,singage kaler pink.
Tapi pernah nampak klinik ni ada customer, ada la keyakinan nak pergi.
Masa parents ada kat sini, ambik la kesempatan.
Harus jugak tampal gigi ni. Dah ngilu-ngilu bila makan. Boleh cari gaduh gak kalau gigi dah sakit.
Siap-siap susukan zharif, pastu mak tidurkan dia.
Ajar mak macam mana nak handle susu ebm tu plak, baru g klinik.
Sampai macam semangat. Tapi lepas tu bila kena panggil masuk debar.
Macam nak beranak.hakhak.
Dah lama kot tak 'operasi' gigi.
Yang best, doc perempuan staff 2 orang pun perempuan. So datang sorang pun tak risau.
Mula, doc buang habis tampalan yang lama.
Baru tahu, besar rupanya gigi berlubang tu.
Lepas gerudi-gerudi baru la tampal gigi tu.
Doc baik je explain pasal gigi kita tu.
Apa yang dia buat kat patient dia.
Untuk tampal rm70-rm150 charge ikut macam mana tampal.
Gigi dah takde lubang, tapi sikit-sikit rasa simen still ada lagi!

















