Friday, 6 September 2013

1st Anniversary

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Alhamdulillah, 31 Ogos 2013 genap usia perkahwinan kami yang pertama.
Satu tahun yang sangat mencukupi.
Satu tahun yang penuh dengan usaha saling mengenali, memahami satu sama lain.

Malam tu, konon-konon nak la wish tepat pukul 12 kat suami.
Tapi tup-tup hanyut dalam khayalan je.
Haaa.

Teringin nak buat something yang speacial. Masak-masak ke. Tapi sebab kan diri sendiri pun bukan boleh makan macam-macam, takde la..
Dulu masa pregnant Sarah nak sangat pergi beach. Stay dekat hotel yang ada beach.
Tapi tak sempat nak pergi.
Jadi kali ni, husband tunai kan.

Tempat pilihan-- Port Dickson.
Sebabnya, tak jauh dengan rumah & otw nak balik kampung Sarah.
Kitorang Stay dekat hotel Selesa.
Ambik bilik yang tak hadap beach pun. RM380 satu malam.
Biliknya memang selesa.
Luas.
Nak pergi beach just turun bawah, jalan sikit dah sampai.






mak cakap dah macam anak patung je baring atas katil besar

hotel dari pantai.gelap sebab lighting tak betul.


Petang sampai, check in & rilex kan diri pastu jalan-jalan kat beach.
Zharif sangat lah baiknya.
Agaknya bunyi ombak tu mengasyikkan dia.
Last tengok tertidur rupanya.

Puas jalan pantai, kitorang konon nak jalan PD cari tempat makan best.
Pusing-pusing dah maghrib & baca review tempat makan yang macam sedap tu macam mahal, decide makan kedai biasa je.
Dan, nak turun kereta Zharif cranky. Ayoyo tahap yang tak boleh pujuk langsung.
Maghrib dah pun masa tu.
Agaknya dia tahu masa tu tak sesuai nak jalan.
Tu yang menangis tak berhenti.
Last, husband tapau food dari pasar malam, makan kat hotel.
Sampai hotel elok je senyap.
Mandikan, pastu terus tidur..
Emm, maghrib waktu benda-benda tak elok tengah aktif kot tu yang Zharif tak diam langsung.
Pastu makpaknye berani nak bawak anak jalan. Mujur takde pape.

Esok bawak Zharif jalan-jalan pantai lagi.
Sekali lagi, tenang je dia. Memang suka bunyi alam anak ibu ni.
percutian ni pendek je & banyak masa habis dekat hotel tapi sangatlah best.
Sebab ada Zharif + ayah!!


nyaman ye anak. tahun depan dah besar sikit boleh la main ombak ye sayang.

Pada suami ku,
walau kita hidup di lain atap,
namun kita diikat dengan satu akad.
Dengan satu anak.

11 comments:

  1. Happy 1st anniversary!
    May Allah bless sarah n ur family :)

    ReplyDelete
  2. a'ah la..ya allah,saila btl2 ingatkan anak patung td..hehehehe..saila pun dh nk sampai setahun kawen..hehe..tahniah sarah :D

    ReplyDelete
  3. Tahniah sarah....bestnyer...ulang tahun ngan bby....

    ReplyDelete
  4. Alhamdulilah.. :)

    Semoga berbahagia Sarah dan Syafiq.
    Dah ada baby dah :)
    Cepatnya masa berlalukan?
    mcm lama je bie tak ikut perkembangan
    sarah n family
    huhuhu..

    Congratulation :)

    ReplyDelete
  5. perenggan last sekali tu sweet!hehe

    happy anniversary ye.. :)

    ReplyDelete
  6. sweet pula tiba2 baca entry ni.. hehehee

    ReplyDelete
  7. happy anniversary sarah & husband..
    Semoga ikatan itu kekal hingga ke syurga di samping anak2 :)

    ReplyDelete
  8. waaa..happy anniversary!bestkn celebrate ngn org baru.x lama lagi anniversary ktorg lak..tp x plan pape pn lg..

    ReplyDelete
  9. happy anniversary sarah & hubby.. untungnya 1st anniversary dah ada baby..hee

    ReplyDelete
  10. tahniah.... happy anniversary. zura 25 ogos 2013 genap setahun. suami bagi hadiah dompet. sweet sgt. cakap ngan suami hadiah plak tunda bln depan baru bagi. hehehe

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas