Salam sejahtera..
Masa mula-mula plan nak balik KL agak pening gak kitorang fikir macam mana nak balik.
Kalau drive tak mungkin la Sarah drive sorang. 4 jam perjalanan dengan Zharif sangat la mustahil.
Then, kalau naik bas or train pun lebih kurang sama.
Buatnya dia cranky macam mana la nak pujuk.
Check tiket flight & buat comparison, decide balik naik flight aje la.
Atleast kalau cranky dalam 1 jam ja.
Beli one way ticket- malindo air (penang- subang)
Rm 129.
Petang Jumaat gerak dari rumah pukul 5.30 sampai airport 6.30.
Zharif elok ja tidur dalam stoller.
Tunggu kejap, 6.50ptg baru check in. Tiket flight pukul 8.50mlm.
Awalnya taknak bawak stoller. Just sangkut carrier ja.
Tapi sebab fikir balik bawak stoller lagi mudah nanti.
Bagpack Zharif sangkut kat stroller, sebelah tangan tarik luggage.
Travel dengan baby mula ingat akan susah.
Tapi Alhamdulillah, semua dapat control.
Sarah prepare kan susu untuk dia dari rumah lagi.
Pukul 5 prepare, before 9pm dah kena habiskan. Jadi nya Sarah just bagi susu botol kat airport.
Susu yang ais lagi tak boleh bawak pula hand carry.
Sampai airport Zharif dah tido. Senang ibu ke hulu hilir nak cari kaunter check in & etc.
Tak peduli orang keliling. yang penting gambar dengan Zharif mesti diabadikan.
Risau juga kalau dapat seat sebelah lelaki.
tapi mujur dapat sebelah sorang auntie.
Duduk je terus dia tegur 'kids sekarang so lucky. Can travel by plane'
'kita dulu...hmm, mak pun banyak anak'
Rasa kelakar bila teringat auntie tu buat action 'banyak anak'.
Sambil tu Sarah terus susukan Zharif. Nak bagi dia tenang waktu plane baru nak naik.
Before masuk dia pun dah ngantuk tapi Sarah main-main lagi dengan dia. Bagi betul- betul penat.
Dalam flight senang je dia lelap. Time bising tu dia pun dah lena.
Tapi jap ja. Bila lampu dah on semula, Zharif dah bangun.
Pastu dia boleh borak -borak dengan auntie sebelah.
Bila dah nak mendarat baru dia cranky.
Wahh.dah macam gaya nak pujuk. Tak diam gak anak tu.
Bagi susu pun dia tolak. Tapi mana tak nya, tak sampai satu jam dah nak kena minum semula.
'Zharif kenyang lagi la bu' - agaknye macam tu la kalau dia boleh cakap.
Bila Sarah cakap 'ayah tunggu kat bawah tu'
'ayah rindu zharif'
Macam-macam lagi, semua kait dengan ayah dia, baru senyap sikit.
Mihmih..baru dia tahu kot ni balik nak jumpa ayah.
Dah sampai! Excited nak jumpa ayah.
Travel dengan malindo air, kira okay la servis nya.
Apa yang Sarah tahu kalau turun dekat subang akan naik etr.
Macam Sarah hari tu r. So feeling macam naik bas aje. Kiri 2 seat kanan 2 seat.
Yang turun kat klia baru boeing.
Bak kata husband, ni testing dulu.
Tapi sebab tengok Zharif pun okay, servis malindo air pun okay, maybe next time boleh la naik lagi.
Before travel Sarah banyak refer blog- blog lain yang pernah bawa baby naik flight.
Bila travel berdua kena betul- betul prepare. Takde la nanti problem lain yang datang.
Few tips travel dengan flight & bawa baby.
1) Tiket
Tiket untuk baby pun kena beli even dia duduk atas riba kita aje.
2) Sampai awal.
Seeloknya plan untuk sampai awal esp first time travel dengan anak. yela, kalau dah lambat bukan boleh berlari kejar kaunter check in tu.
3) Boarding pass.
Baby pun ada boarding pass sendiri. Jadi, mykid dia perlu jugak bawak.
Betapa senang sekarang ada mykid, tak perlu dah bawak surat beranak yang besar punya tu.
4) Bawa seminimal mungkin barang.
Sarah bawa cuma satu bag luggage & bag pack Zharif.
Dalam bagpack Sarah prepare few keping pampers, wet tissue, baju 2 helai, buku baby dia (pergi mana sentiasa bawak), diaper clutch, bantal kecil, lampin, botol susu, hp & purse Sarah.
Nampak macam banyak tapi muat semua dalam beg tu.
5) Stroller
Ikut first experience ni, Sarah rasa stroller sangat membantu.
Mudah untuk Sarah buat macam- macam since baby carrier yang kitorang beli macam agak susah sikit nak pakai kan.
Sarah pun travel berdua dengan baby, jadi cabin crew yang tolong lipatkan stroller & diorang simpankan.
Yang penting kena tahu macam mana nak lipat & bukak balik stroller tu la.
Sebab Sarah pun baru belajar pagi Jumaat tu macam mana nak bukak stoller, attachkan dengan car seat dia. Sebelum ni husband yang uruskan semuanya.
6) Bawa botol susu @ pacifier yang boleh tenangkan baby.
Mula target nak bagi susu botol dalam flight tapi sebab dah nak cukup 4 jam taknak la Zharif minum susu expire pulak. Jadi Sarah bagi masa kat airport. Okay jugak, sebab tak perlu nak cari-cari bilik penyusuan.
Kalau menyusu dalam flight better bawa nursing cover. Mana tahu dapat seat sebelah lelaki segan pulak. Tapi Sarah tak pandai guna cover. Rasa leceh. Cover sikit dengan lampin dia je.
Zharif pun tak dibiasakan guna pacifier. sumbat dengan original je senang.
7) Sumbat telinga anak.
Ada yang suggest kat Sarah bawak kapas tutup telinga anak. Tapi Sarah tak bawak pun.
Zharif pun leka menyusu masa nak naik tu. Jadi Sarah just tutup guna tangan aje. Hehe, senang.
Masa nak turun, takde la berdesing sangat compare masa naik.
8) Bagi susu kerap.
Dengan susu aje baby senang nak tenang kan. Lagi pun, masa turun & naik ada perubahan tekanan udara, jadi bagi susu boleh selesa kan baby. Macam Zharif, dia lagi mudah nak tidur bila dapat susu.
9) Duduk dengan selesa.
Awal- awal duduk Sarah terus pakai seat belt. Make sure kita selesa. Nak riba anak lagi kan. Boleh minta tolong FA kalau rasa sukar nak pakai belt. FA pun diorang tahu kita bawa baby, dia pesan awal- awal pegang baby baik- baik esp masa flight naik & turun.
10) Tenteram kan anak
Ni awal-awal kawan Sarah dah bagitahu nanti baby tak selesa bila dalam flight.
Zharif pun sama. Merengek puas gaya nak pujuk. Bukan boleh jalan- jalan dalam flight tu since 1 jam je terbang. Baru je naik, dah turun semula. Jadi, kat seat tu je la gunakan kepakaran ibu tu pujuk anak.
11) Permainan & Makanan.
Kalau anak dah besar sikit, bawak lah toys & makanan anak. Jadi takde la anak boring & lapar dalam flight tu esp untuk long distance travel.
Husband selalu pesan, everything is your first experience. Bila dah ada experience ni, then next time tahu dah nak buat macam mana bila apa- apa yang jadi.
#p/s bukan Zharif je first time ibu dia pun kali pertama jejak kaki atas plane tu.
amboiiii zharif,kecik2 lg dah naik flight..auntie saila dulu darjah 4 bru naik flight..hehehehe! dia behave sbb airport kan selesa compare naik bus atau train..bgs sarah pilih blk naik flight..environment boleh effect baby kan..huhu
ReplyDeleteTu la.sarah fikir nak cepat sampai.betulla mcm saila ckp kalau naik bas lg environment mcm2.
Deletesarah.. jijah nak balik sabah bulan 11 nnt.so nak tanya la.. sarah bawa stroller tu sampai ke tangga flight ke.. n krew akan lipatkan simpan kt tmpt letak brg tu ke..sbb ada dengar2 org cakap xleh bw stroller.. ada yg boleh tp masuk ke lugage.. plan nak beli stroller kat semenanjung ni..
ReplyDeleteAwal2 lg sarah call malindo.tny pasal mcm2 inc stroller.dgn malindo stroller tak masuk dlm luggage. kire takde extra charge utk stoller.sarah bwk sampai kat luar. a Nnt da crew yg jaga sarah suh diorg lipat n simpankan.nnt bila dah sampai diorg dah keluarkan awal2.
DeleteBby pun ada jugak tp tak banyak la. Okay, nanti sarah share stoller zharif ye yana:-)
ReplyDeleteYa Allah..comel sungguh zharif ni. geram tengok! Alhamdulillah zharif ok time naik flight. bergantung pada baby jugak. ada yang ok ada yang tak. masa time imah naik flight pergi balik Kota bharu hari tu ada jugak beberapa baby yang nangis je sepanjang dalam flight. Tapi mujur dalam sejam je kan dalam flight so xdela lama sangat. kalau dia meregam pun kejap je. hehe..
ReplyDeletetu yang naik flight. the best option rasanya.
Deletemasa 1st time tu zhariff da bpe bulan ya sarah? rad pon tgh survey2 cari ilmu ni.. sbb lepas bersalin nnt nk naik flight ke sabah.. tu yg risau tu.. sebab penah baca baby bawah 1tahun berisiko kalo naik flight.. huhu
ReplyDelete3bulan masa tu.baca kat mas first 7 days tak boleh naik flight.
Delete