Salam sejahtera..
Sambung dari part 1.
Masuk ke LR masa tu jam dah pukul 3.30ptg.
Masa masuk ni bukaan baru je 2cm.
Awal lagi masa tu dah kena masuk LR.
Masuk je diorang terus check CTG.
Then, tak lama tu doc datang untuk pecahkan air ketuban.
Masa ni baru la start rasa sakit-sakit.
Tapi still boleh tahan.
Siap doc tanya perlukan pain killer ke.Sarah jual mahal.tak nak lagi..
Petang sikit,rasanya masa azan Asar, start induce ubat air.
Fuhhh,lepas tu baru rasa real contraction.
Sakit mula kerap datang. Makin lama makin sakit.
Puas dah mengiring kiri, mengiring kanan, tarik cadar,tarik bantal.
Semuanya nak tahan sakit.
Yang tak best bersalin kat sini suami tak boleh masuk.
Takdela mangsa nak lepaskan kesakitan tu.muahaa
Tapi yang best,ada sorang makcik husband nurse wad bersalin ni.
And,hari tu dia tengah bercuti.
Jadinya,boleh la dia melayan anak sedara dia ni.
Ada la orang yang boleh urut-urut belakang ni.
Lega sikit rasanya.
Tapi betulla,rasanya orang lelaki mesti tak mampu nak tanggung sakit contraction ni.
Sarah sampai minta 2x pain killer + gas.
Sebab sakit yang teramat.
Pukul 7.30ptg doc datang review.
Baru 4cm buka.
Then,sepatutnya pukul 11.30mlm doc review bukaan semula.
Tapi pukul 10.30mlm tu dah rasa sakit yang amat.
Dah jerit-jerit,doc check masa tu dah 7cm buka.
Ya Allah,tak tertanggung rasanya sakit tu.
Bila dah banyak kali jerit tu nurse pun dah tak nak layan.
Sampai pukul 11 macam tu,dah tertahan macam nak ter"beri" sangat dah.
Nak jerit panggil nurse tapi suara dah tak boleh keluar.
Main lambai-lambai je. Mujur ada nurse yang nampak.
"nurse,saya dah nak ter.... sangat dah ni"
Nurse tu selak kain, "hah,dah nak terkeluar dah ni".
Cepat-cepat diorang prepare.
Few nurses dah keliling masa tu + makcik sarah tu.
Semua duk nak bagi semangat.
"angkat kepala,pandang perut,pegang kaki...pushhhh".
Banyak kali gak kot. Sebab macam tak kuat push.
Siap nurse yang conduct tu suh cepat-cepat push.
"dah tak sabar ni nak menggunting"
Tapi sebenarnya waktu tu jantung baby dah makin lemah.
Yang last sekali tu, makin ramai nurse datang keliling katil.
Semua jerit bagi semangat.
Sarah kumpul-kumpul energy & pusshhhhhh..
Paling kuat teran.
Pastu dengar diorang semua bunyik lega.
Nurse pun bagitahu, "dah,awak takyah buat pape.biar nurse yg buat kerja"
Settle je nurse letak baby atas badan.
Perasaan waktu tu, macam-macam. Bercampur-campur.
Dalam hati, "oh,anak lelaki ku"
Syukurrrr.Allah rezeki kan kami dengan anak lelaki yang sihat sempurna pada jam 2324 5 Julai 2013 dengan berat 2.49kg.
Alhamdulillah.
Dah lega satu part.
Tapi, masa nurse nak keluarkan uri,tibe dia terdengar macam bunyi putus.
So suspect uri terputus kot.
Doc scan rupanya membran uri tertinggal kat dalam.
Nak tau macam mana doc keluarkan membran uri tu?
Masa tu Sarah bayangkan macam kalau ada seekor ayam.
Pastu keluarkan organ dalam tu dengan cara korek vontot ayam tu.
Fuhhh, ni part paling ngeri.
Sampai sekarang tak boleh lupa lagi macam mana doc tu korek nak keluarkan membran uri tu.
Dah korek-korek tekan perut plak.
Sakittt tau.
Masa tu memang doa je cepat la semua keluar.
Tak sanggup dah.
Jadinya,pasni kalau ada siapa yang tanya bila Zharif nak dapat adik, boleh tak nak pang je orang tu.hahaa.
Ngeri lagi tau!
Settle je tu, tiba masa untuk menjahit plak.
Bila dengar nurse tu cakap-cakap dah tahu betapa susah nya nak menjahit.
Deging orang yang kurang makan sayur.
Nurse bagitau macam menjahit tauhu.
Rasanya tauhu jepun yang lembut sangat tu.
Ada 3 lapis jahitan.
Tapi tak rasa pun cuma lapisan luar je yang rasa sikit.
Macam cucuk jarum kat kulit.
Tu pun mujur la sikit je kena gunting.
Last sekali doc datang untuk check jahitan.
Makcik Sarah siap pesan kat doc, "buat elok-elok ye.tu fragile tu"
Haha.sampai sekarang terngiang-ngiang lagi.
Tu yang since baby lahir baru beberapa kali mem"beri"kan diri.
Punya la takut koyak.
Lepas siap-siap baru husband masuk.
Punya la seronok baru dapat jumpa husband.
Husband pun punya la happy dapat main-main dengan orang baru.
Tapi sebenarnya masa baby dah siap-siap mandi,makcik dah bawak baby keluar.
Dapat la semua jumpa baby masa tu.
Benda yang paling tak boleh lupa masa nurse letak baby atas badan,
first terus dia pancut atas ibu dia. Sampai hati betul.huhu
Pastu,dia bagi senyuman paling berharga pada ibu dia.
Pukul 3 lebih kot baru nurse tolak masuk bilik.
Bermula la kehidupan sebagai seorang ibu.
Seronok! Walaupun kehidupan dah turns 180deg.
*effect 2x pain killer lepas je Zharif keluar, perasaan yang mengantuk amat sangat. Banyak kali bangun tidur. Esoknya baby plak satu hari tidur je.
Muhammad Zharif first day
Bila tidur mesti nak surrender.
Pict ni kira sambungan entry 'berpantang di hospital'. Hari ke-5 Zharif admit hosp semula. Jaundice 272.
Penuh kaki tangan kena injection. siapa tahan tengok anak baru beberapa hari dah cucuk sini sana. Hari ke5 juga, Zharif demam 38deg. Jadinya, kena on antibiotik 48 jam.
Anak ayah dah botak!Seminggu sekali je dapat bermanja dengan ayah.
uiiiii....ngeri pulak nak beranak baca cite sarah ni.....huhuhu....
ReplyDeleteHaa.takpe,doa2 dipermudahkan proses nnt.
Deletehaloh haloh halohhhh.... comelnya anak bujang sarah ni. hihi. part yg uri tertinggal dalam tu ngilu je rasa.
ReplyDeleteSarah kalau teringat sekarang still rs ngilu lg.huhu
DeleteComelnya zharif. Seram pulak bila baca cita pasal sarah beesalin, mula la takot ni. Hoho cepat betol yedah mmasuk LR kan.
ReplyDeleteDija,tp rezeki org masing2.tak sama kan.ad yg mudah sgt2.hee
Deletetakutnya kena seluk..huhuhu..kenapa husband xboleh masuk..sedihnya..huhuhu..saila yg bru je bt scan secara manual (haha ikut bawah) sbb bleeding, husband ckp sekali ni jelah pregnant..pastu xyah dah..boleh tak? haha..over kan org lelaki ni :P
ReplyDeleteAtleast husband saila berani nk tgk skali.husbnd sarah bab2 mcm ni tak berani lgsg dia.
Deleteaduh..ngerinya cerita bersalin ni sarah. imah plk yg rasa takut. Tp ni pengalaman berharga seorang ibu kan? syukur semuanya selamat. comelnya baby sarah..kiut miut!
ReplyDelete