Wednesday, 27 February 2013

Oh Bayiku : Minggu 19 & Tendangan Pertama

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Isnin minggu lepas ( 18/2/2013), Sarah buat monthly check up macam biasa kat Klinik Desa Pulau Meranti.
Huu, even dah duk kat Kajang tapi still pergi check kat sini.
Sebab address kat buku merah tu address rumah makcik kat Puchong tu.
Boleh je nak tukar kat Kajang. Tapi tahu next month maybe tukar KK lagi.
So, malas nak cerita panjang- panjang kat nurse, jadi buat- buat macam tinggal kat Puchong je.

Buat regular check up macam biasa.
Check air kencing, check darah, check tekanan darah & berat.
Naik 2kg dari last month. Yang lain semua normal.
(Tapi kalau tengok kat buku merah untuk 5 bulan pertama std naik 0.5kg sebulan.huu)

Leceh kalau check up kat sini sebabnya takde doktor.
Kalau nak jumpa doktor, kena ke KK Dengkil.
Oh, betapa jauh rasa nya.

Jadi, Isnin ari tu (25/2/2013) jumpa doktor & scan baby.
Alhamdulillah, walau pun scan ibu macam susah sikit nak recognize baby, tapi doktor cakap baby sihat.
Dapat tengok degupan jantung baby pun ibu dah syukur Alhamdulilllah.
Tulang paha baby pun dah nampak jelas.
Anak ibu membesar dengan sihat ye sayang.

Malam tadi tengah syok baring- baring tengok tv, sambil tu tangan mesti asyik nak letak kat perut aje.
Anak kat dalam perut tu kan.
Mana tak asyik nak belai je rasa nya.

Tiba- tiba,
tup!..
Wahhhh, ibu excited nye!
Walaupun tak berapa sure tapi mungkinkah gerakan pertama ibu dapat rasa dari baby.
Oh, bahagianya.

Bagitau kat ayah, dia pegang lama. Tapi dah tak rasa.
Itu aje la sekali rasa.
Takpe, ibu ngan ayah tahu baby tengah grown up dalam perut ibu.
Nanti- nanti lagi banyak gerakan ibu boleh rasa.
Sayang anak ibu & ayah.

Thursday, 21 February 2013

QQ Kids City

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Ahad last week, kitorang sambung survey barang baby lagi.
Kali ni survey kat QQ Kids City.
Kedai ni ada 12 cawangan sekitar Johor, KL & Selangor.
Jadi, kitorang g yang paling dekat.
Branch yang kat Puchong Jaya.

Macam Sarah bagitau kat entry lepas, sekarang ni kitorang tengah paling mencari stroller.
Sebab nak cari stroller yang konon macam efficient, sebab tu pergi banyak tempat.
Lagi banyak tempat, lagi banyak info yang boleh dapat kan.

Tapi agak kecewa gak bila sampai kat sini.
Tak banyak pilihan :(
Gambar kat iklan dalam magazine punya la berderet stroller.
Siap ada sales lagi tu.
Tapi kat kedai sikit je yang ada.

Promoter tu kate, branch yang kat Puchong Jaya ni kecik aje.
Sebab tu barang tak banyak pilihan.
Kalau ada pun, banyak customer dah beli. Stock baru tak masuk lagi masa kitorang datang hari tu.
Tapi kat branch lain, memang banyak pilihan.

Cuma yang best pasal QQ Kids City ni, promoter memang very helpful.
Kalau nak ikutkan, promoter follow je kitorang pusing- pusing kedai.
Tapi tak rasa rimas sebab nya banyak yang dia explain.
Kalau yang duk diam tapi nak ngekor jugak, tu yang rimas tu.

Tahu je ni first baby, dia bagi satu check list barang- barang apa yang perlu ada untuk newborn baby.
So, ada la guide apa barang yang perlu ada kan.
Tapi tak semuanya perlu follow, beli yang mana perlu aje.

Nanti Sarah share kan list untuk newborn baby ya :)

Entry ni takde pict sebab segan nak snap-snap bila promoter asyik follow.
Nak info lebih, visit FB QQ Kids City.

Menangkap dan Memancing

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Cerita ni patutnya share dari ari sabtu lagi.
Tapi asyik takde masa, badan pun tak best je awal- awal minggu ni.
Jadi mood nak stori- mori kat blog pun dah ke laut.

Apa yang di tangkap tu eh?
Bukan la ayam ke ikan ke apa ke.
Cuma yang ni..

Set tilam baby!

Alkisah nya khamis minggu lepas,
masa tu seriously rasa boring je duk rumah.
Pastu terfikir, kalau dah beli tilam and bantal untuk baby boleh la buat kerja jahit- jahit ke.

Tup- tup malam tu before tido, terbaca entry kak Aty nak jual tilam kekabu baby.
Telek gambar, diskus dengan husband, terus email kak Aty nak cop tilam tu.
Ari sabtu jumpa kak Aty kat R&R jejantas sg buloh, bayar. 
Phuuh, satu benda dah boleh tick.

Dari ari sabtu sampai ari ni baru sempat nak bukak.
Tilam, bantal, sarung- sarung nya semua okay.
Nampak baru lagi.
Ibu dah siap baring- baring atas tilam. Nak test try la konon nye.
Enak empuk je tilam tu. Ibu yang rasa nak pejam mata pulak.Hehe



Satu tilam empuk, 2 bantal kepala, 3 bantal peluk dan sarung- sarungnya.Banyak tu.
Thanks kak Aty. Dapat jugak jumpa Qaleef yang chomel tu.

Lepas jumpa kak Aty, kitorang lunch kat Burger King kat R&R tu.
Sebab dah teringin nak makan whooper tu.
2- 3 hari lepas tu, husband bagi tau dah tak boleh makan burger king.
Penyumbang Israel jugak tu. Oh ye?

Lepas makan, semangat nak cari barang untuk baby meluap- luap.
Alang- alang dah kat Sg. Buloh, so kitorang jalan- jalan nak survey barang baby kat OU.
Pergi kat satu level tu, banyak pulak kedai baby macam Mamours, Mothercare.
Rambang mata ibu!
Survey je dulu. 
Sekarang tengah cari stroller yang best.

Dapat pancing dua barang je dulu.
Baby cot & towel kecik.
Tu pun cari kat Jusco OU.
Next month nak pancing- pancing lagi.



Storage box ni, kira barang baby yang first kitorang baby.
Sebabnye, senang nak simpan barang- barang kecik lain bakal dibeli nanti.


Oh ye, start 18 feb ni sampai 3 minggu jusco OU ada baby fair.
So ibu- ibu,  ni la masa nak grab barang- barang baby murah la sikit.



Wednesday, 20 February 2013

Tips: Elak Stretch Marks Pada Kulit Perut

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Tips ni dari experince sorang kawan.
Prof. Dr. Abd. Hamid Arshat juga ada menulis mengenai ni dalam buku beliau "Baka & Zuriat".

Semestinya bila baby dalam perut makin membesar, perut kita pun jadi makin besar,
Lama- lama kulit perut jadi tegang, dan akibatnya pecah- pecah berjalur (stretch marks).

Dalam buku Prof. Dr. Abd. Hamid dinyatakan dua faktor yang menyebabkan kulit perut pecah- pecah:

1) kandungan hormon kehamilan menyebabkan tisu bawah kulit menjadi lemah,
2) pertumbuhan dan pembesaran rahim merenggangkan tisu di bawah kulit , menyebabkan kulit perut pecah- pecah.

Kesannya, stretch marks akan berkekalan selepas bersalin walaupun berkurang sedikit.
Jadi, untuk mengelakkan stretch marks ni perut  si ibu sepatutnya di sapu dengan minyak DARI AWAL KEHAMILAN sehingga saat bersalin.
Perkongsian dari kawan, minyak yang paling baik adalah minyak zaitun.
Katanya yang lagi bagus Extra Virgin Olive Oil.
Bila perut disapu dengan minyak zaitun perut jadi licin, cantik sampai lepas bersalin.

Sekarang guna yang ni je. Kot-kot menjadi, takde stretch marks guna minyak ni,
Sarah buat review lepas bersalin nanti ya :)



Saturday, 16 February 2013

Si Penyebar Virus Masak untuk Yang Terkena Virus

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Suka- suki je panggil husband sendiri penyebar virus.
Tapi memang pun.
Dia yang hachum hachum dulu,
Lepas tu takde pape.
Sihat walafiat je.

Isterinya ni pulak lemah imunisasi.
Senang aje la berjangkit.
Semalam pagi terbaring aje.
Ari ni dah sihat sikit.
Tekak dengan hidung je belum sembuh lagi.

Takpe la, malam ni dia rajin nak buat bubur nasi.
Senang je pun buat bubur ni.
Lauk masak sama- sama.
Baru la ro-man-tik kan.
Bhaahaahaa.

Paling harus ada, tempe! (walau sikit pun takde darah jawa)



Friday, 15 February 2013

Doa untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

kredit : baby center

Antara doa yang bagus untuk diamalkan buat anak di dalam kandungan.

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia,
Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar- Mu, 
sembuhkan yang tidak meninggalkan kesan buruk.
Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera.
Ya Allah, elokkan perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk mebaca hadis dan al- quran dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W"

Thursday, 14 February 2013

Tukar Wajah

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Blog tukar wajah dah. Guna template dari blogspot je buat masa ni.
Hajat hati nak jugak dapatkan khidmat blog designer.
Tengah mencari lagi ni.

Header pun dah tukar.
Kalau sebelum ni Sarah guna kan header hasil kreatif MIJ,
sekarang guna gambar kahwin hari tu aje.
Ni gambar masa event ke-4, kat Ipoh.
Jam 12 tengah malam masa ambil gambar ni.
Phuhhh..

Header sebelum

Header sekarang sebelum B&W.

Wednesday, 13 February 2013

Kejayaan Lelaki

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Dari FB Inteam

Antara kejayaan lelaki apabila sudah berkahwin:

1) Perut semakin ke depan
Oh, semakin sangat. Sekarang tengah berdiet sikit. Agar tidak lebih maju ke depan

2) Misai/ janggut semakin menebal
Misai?Tak minat tengok suami kalau dia bermisai. Jadi, takde misai.
Janggut, ye. Tapi takde la tebal pun.

3) Pemakaian semakin kemas.
Sebab ada tukang komen. Tapi kadang- kadang buat tak tau jugak.
Baju kerja pulak, dah ada yang 'iron'kan. Kalau tak, selamba je pakai baju tak yah 'iron'.

4) Rezeki semakin murah.
Alhamdulillah. Syukur dengan rezeki Allah kurnia kan.

5) Bertambah romantik.
Err, tak tau la nak cakap bertambah ke tak.
Birthday hari tu tak dapat hadiah pun :(
Tapi bila cuti, dia la yang masak, dia la yang basuh kain, dia la yang sidai kain.
Hmm, romantik dalam cara dia la kot.

Oh Bayiku : Perkembangan 17 minggu

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Pagi tadi sempat ber'sms' dengan member sekolah.
Dah lama tak contact pun.
Bila bagitau pada dia yang dah pregnant, memang hampeh punya dapat reply msg,
"Subur jugak ko ni"
Haa, tau la masa sekolah dulu kerempeng kan.Jalan pun angin boleh tolak.
Tapi bukan bermakna tak mampu.Hee. *Syukur, alhamdulillah.

2 minggu lepas, masa tengah scan baby, mula- mula baby pandang tepi je.
Jadi, boleh nampak jelas tulang belakang baby,
Baby pun tak duduk diam dah.
Asyik bergerak je.
Aktif betul. Takpe, anak ibu sedang membesar.

Dalam pada tengah baby bergerak, tiba baby pandang depan.
Macam tahu ibu ayah tengah tengok dia,
Apalagi si ayah, memang excited sungguh.

Minggu ni baby dah 17 minggu.

Kredit: baby center

Perkongsian dari baby center

"Panjang bayi anda sekarang hampir 5.5 inci / 13 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 5 auns / 140 gram. Hampir semua rangka tulangnya berunsurkan rawan liat, yang akan mengeras kemudian. Satu bahan pelindung bergelar myelin mula membalut korda spina dengan perlahan-lahan. 

Dengan bantuan stetoskop khas, anda sekarang sudah boleh mendengar denyutan jantung bayi anda. Tiada yang lebih menyenangkan atau menguja daripada bunyi denyutan jantung bayi yang sedang menderap-derap. Pada hari-hari anda terasa bimbang tentang apakah kemajuan kehamilan anda, mendengar denyutan jantung bayi memberitahu anda yang dia sedang berkembang dan membesar.

Uterus anda yang kian membesar telah mengalihkan pusat graviti anda dan anda mungkin merasa agak kurang seimbang. Berhati-hatilah dan pakailah kasut tumit rendah"

-baby center-


Oh, ibu dah rasa baby makin membesar sebabnya:

- semua seluar lama dah tak boleh nak butangkan.kalau boleh tak nak zip baru selesa.
- berat dah naik 4kg dalam masa kurang dari sebulan
- pinggang mula tak selesa. macam kena tarik- tarik.
- tak boleh duduk lama. kalau dalam kereta paling lama 1 jam dah buat sakit punggung.

Apa pun, semoga membesar dengan sihat sempurna, baby. Amin.






Thursday, 7 February 2013

Resipi Masak Lemak Cili Ikan Selar

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Minggu ni dari hari Isnin sampai Khamis, mak mertua stay ngan kitorang kat Kajang ni.
Sebab ada kursus kat ILSAS, jadi tak jauh la nak ulang- alik pun.

Bila petang kitorang akan masak sama- sama.
Sejak mama ada memang makan sedap je la, even simple.
Yela, air tangan mak kan.Mesti la sedap.

Ni semalam punya makan malam. Masak Lemak Cili Api Ikan Selar.
Resipi untuk makan tiga orang je.

Bahan- bahanya:

3 ekor ikan selar
11 biji cili kampung
    *Mula- mula Sarah letak 10, tapi mama suh bagi ganjil.Tak tau kenapa.Katanya petua orang- orang tua.
1 biji bawang besar
Santan
    *Kitorang takde santan segar. Jadi pakai santai kotak 100ml
    *Sikit je guna santan sebab tak nak terlalu berlemak
2 biji tomato
Daun kunyit
Air
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
    *Lagi bagus guna kunyit hidup

Cara- caranya:

- Kisar bawang bersama cili.
- Panaskan periuk. Masukkan kisaran bawang dan cili tadi.
- Masukkan santan dan air. Gaulkan bersama bawang dan cili.
- Masukkan sedikit serbuk kunyit.
- Masukkan ikan. Gaul berhati- hati nanti ikan hancur
- Ambil sebiji tomato. Belah kecil- kecil dan masukkan dalam periuk.
*Kalau tak nak gunakan tomato, boleh gunakan samada nenas atau asam gelugor.
- Masukkan daun kunyit.
- Sambil tu hancurkan tomato di dalam periuk untuk mendapatkan rasa nya.
- Pastikan masak lemak sentiasa digaul supaya tidak pecah minyak.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Bila dah masak (tomato yang dimasukkan di awal tadi dah lembut), masukkan hirisan tomato.
*Tomato ni dimasukkan lambat supaya lebih segar.
- Tutup api,

Dan hasilnya,


Masak Lemak Cili Api Makmertua. Phuhh, terangkat habis.


Monday, 4 February 2013

Puding Triffle

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Alkisah hari petang Khamis lepas,
Masa tengah merilexkan diri, maksu husband call,
jemput datang rumah hari Ahad (semalam), ada makan- makan sempena birthday anak bongsu dia.
"Maksu buat potluck. Potluck tu maksudnya BUAT SENDIRI ya, bukan dari kedai"

Siap ada syarat nak kena buat sendiri tu.
Si tangan keras ni puas memikir apa yang paling senang, mudah, sekali buat dah boleh jadi.
Mula- mula nak buat puding caramel.
Sekali fikir lagi, rumah serba kekurangan.
Member pulak bagi idea.
"Buat la Triffle"
Ada peti ais dah boleh jadi dah!.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ye, tahu. dah ramai buat triffle ni.
Dah menjadi sedap enak.
Tapi Sarah mau share juga resipi triffle dari dapurku.

Resipi Triffle Enak, Sedap, Simple.

Bahan- bahan
1 biji Swiss roll. Sarah tak jumpa Swiss roll, jadi guna Tiger roll (harimau gulung-gulung gitu).
*Kalau kek chiffon pun boleh guna juga.
*Sarah gunakan term Swiss roll.Senang.
1 tin buahan koktel
1 tin susu cair.
200 ml air
Esen vanilla (beberapa titik)
2 sudu tepung custard (membukit)
3- 4 sudu gula
Serbuk jelly (Sarah gunakan serbuk jelly nona perisa strawberi)

Cara membuat
Nama je Triffle, tapi yang Sarah buat ada empat lapisan.

Lapisan pertama: Swiss roll

Potong Swiss roll. Ikut kesusaian bekas yang akan digunakan.
Gunakan air dari buahan koktel untuk basahkan Swiss roll. Jangan sampai lembik pula.

Sarah ikut advise member, sebab nak buat potluck, better guna bekas kecil- kecil.
Jadi, Sarah guna bekas macam pict bawah.




RM15.50 untuk 10pcs. Quite pricey tapi bekas cantik & boleh guna banyak kali.
Cari dekat Bagus Outlet, Seksyen 13.Shah Alam.
Boleh klik Bagus untuk lebih info.
First time beli barang baking kat sini.
Tapi syok juga sebab ada banyak pilihan. Kedai pun luas dan tersusun. Nak pilih barang pun senang.

Okay, hasil lapisan pertama.
FYI, untuk satu Swiss roll, dengan potongan tebal 1-1.3 cm, boleh dapat dalam 19 cups.



Lapisan kedua : Puding custard

Bancuhkan 2 sudu tepung custard (bukit), 3 sudu gula, 200ml air, 1 tin susu cair & beberapa titik esen vanilla.
Bila tepung dah larut, masakkan bahan tadi di atas api sehingga likat. 
Custard akan nampak berkilat bila dah masak.
Tuang atas lapisan pertama.
Biarkan sejuk.

Lapisan ketiga : buahan koktel

Masukkan sikit- sikit buahan koktel (tanpa air) ke atas lapisan kedua.

Lapisan keempat : Jelly

Masak serbuk jelly mengikut arahan belakang kotak.
Bila dah masak (menggelegak), sejukkan sekejap. (sekejap je tau, jangan sampai dah jadi jelly)
Masukkan ke dalam bekas diatas lapisan ketiga.
Sejukkan triffle di dalam peti ais.

Dah boleh dimakan.
Dan, selamat mencuba.




To birthday girl yang cantik, ayu, anggun, bijak. Nur Hanis Sofia,
Selamat hari lahir ketiga.
Pia yang chomel dengan kek barbie yang kiut.


sumber resipi : kawan, my resipi.








Friday, 1 February 2013

Oh Bayiku

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Hari ni nak share pasal baby since Sarah belum share anything about my baby.


17 November 2012.
Period dah delay 3 hari. Lepas kahwin, period tak pernah delay lagi.
Masa ni tengah berteka- teki jugak ngan husband. Tapi still tak nak letak harapan.
Masa ni jugak, kitorang satu family tengah holiday kat Melaka.
Malam tu bila balik hotel, tiba rasa loya dan termuntah.
Senyap. Tak bagitau husband atau sesiapa pun.
Seriously takut nak bagi harapan pada yang lain.

22 November 2012.
Setiap petang mesti rasa pening dan loya.
Husband kata tunggu 14 hari tak period baru check UPT.
Makcik pun kata badan dah makin berisi. Muka dah makin tembam.
*Maksu sangat memberi harapan.

23 November 2012.
Masa tengah buat kerja, tiba- tiba teringat durian crepe.
Search kat google image, tengok gambar, rasa terliur yang amat sangat.
Rasa time tu jugak nak makan durian crepe.
*Siapa yang pernah mengidam tau la kot macam mana perasaan ni.
Ajak husband cari durian crepe malam nanti lepas dia balik kerja.

Badan rasa tak sedap dan dah 10 hari period delay!
Buat- buat degil, senyap- senyap beli UPT test kit.
Beli yang paling murah kat guardian.
Still, takut kalau beli yang mahal tak berbaloi.
Mana tahu negatif.

Balik rumah, check.
Control line sangat clear, test line samar- samar. Almost tak nampak pun.
Tapi, tunggu sikit masa.
Both lines clear!
*Sorry, kalau salah pasal line tu. Dah lupa.Tapi kat kotak test kit memang akan ada info maksud line tu macam mana.

Seriously, masa ni tak tau nak describe macam mana perasaan.
Terus terduduk kat dalam toilet tu.
Nangis, dalam hati syukur sangat- sangat.

Hajat tak nak bagitau husband lagi.
Konon nak beli lagi test kit tu, nak check sama- sama.

Tapi bila dia balik kerja, time tengah borak- borak, rasa tak sabar nak bagitau pulak.
Ambil tangan dia, salam.minta maaf.
Tak sempat nak bagitau, dah berjujuran air mata.
Sebak + gembira sangat.
Husband dapat tangkap apa yang nak bagitau dia.
Bila tengok respon dia yang antara tak percaya+gembira+bersyukur, hati makin sebak.
Tak berhenti nangis.
Dia sangat excited.
Rasa malam tu malam paling bahagia.

Dan, malam tu jugak jumpa doktor.
Doktor sahkan, positif!
6 minggu.

Syukur Alhamdulillah.Rezeki dari Allah.

Tak sempat cari durian crepe :(
Kecewa dalam gembira.

24 November 2012.
Dapat cari durian crepe.
Makan dengan puas nya.

25 November 2012.
Balik UTM, hati rasa sayu sangat sebab berjauhan dengan suami.
Sebelum tu, takde la macam tu teruk sangat perasaan.

Tapi lepas tu, okay dah.
Kadang tak rasa macam pregnant pun.
Muntah- muntah tak teruk sangat.
Cuma letih sikit.

30 November 2012.
Sekali lagi mengidam.
Nak makan mangga yang jual kat Batu 8, Ipoh!
Tak nak tempat lain.

Dapat jugak makan walaupun lewat sikit.
Husband bawak balik.

18 Disember 2012.
First time nak scan baby.
Dalam pengiraan baby dah 9 minggu.
Bila scan, saiz baby indicate baru 8 minggu. Sebab baru 16mm.

Just nampak dot warna putih tapi tengah berdegup.
Baby dah ada jantung!
Kedudukan baby masa ni kat bahagian kiri rahim.

Tapi masa ni scan sorang- sorang.
Husband kat KL.
Walaupun seronok dapat tengok baby tapi kalau ada husband lagi seronok.
Sayu.

Buat scan kat Klinik Fatimah, Taman U, Skudai.
Klinik ni sangat recommended.
Pergi pagi, doktor perempuan.
Doktor sangat baik.
Bagi explanation sampai rasa puas hati.

Doktor advise, tak boleh angkat barang berat lebih 2kg.
Pun tak boleh bersama suami sampai masuk second trimester.
Takut bleeding.
'Puasa' sebulan.bhahaha

Baby pada 9minggu.

Dot putih tu la baby.
Yang macam buah pear tu rahim ibu.
Keajaiban ciptaan Allah.
Dari setitis air mani, akan membesar menjadi seorang khalifah di Bumi ini.

Semoga membesar menjadi anak yang soleh/ solehah.
Hamba yang taat.
Semoga diberi kesihatan, sihat sempurna.
Amin, Ya Rabb.