Wednesday, 30 January 2013

Pantang- larang Ibu Mengandung: Elakkan Terkena Najis Kucing

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Sebelum ni pernah kawan Sarah pernah bagitahu,
ibu mengandung jangan bau najis kucing.
Nanti baby kepala besar!
Masa dengar, hanya anggap itu mitos semata.(masa tu belum pregnant lagi)

Sekarang baru tahu fakta sebenarnya.

Ibu- ibu mengandung yang menukar kotak najis kucing atau mengembur tanah yang terdapat najis kucing (atau apa aktiviti yang in contact dengan najis kucing) akan ada risiko untuk terdedah  toxoplasmosis.
Toxoplasmosis ialah jangkitan oleh sejenis parasit  yang mana ia disebarkan melalui najis kucing.
Walaupun tidak berbahaya kepada kanak- kanak dan orang dewasa, toxoplasmosis boleh membahayakan kandungan.

Toxoplasmosis sangat berisiko pada bayi dan boleh menyebabkan :
 - keguguran pada trimester pertama
 - kecacatan semasa kelahiran dan sistem saraf yang abnormal spt buta, kecacatan pada kepala samada besar atau  kecil, kecacatan pada otak.


Simtom jangkitan toxoplasmosis : 
 - 80% tiada simtom
 - Demam.
 - Bengkak kelenjar.

Selain dari najis kucing, toxoplasmosis  juga boleh tersebar dengan cara lain, antaranya:
  - Makan daging merah yang mentah atau separuh masak.
  - Menggunakan perkakas yang terkena daging merah dan tidak dibasuh dengan betul.
  - Minum susu kambing mentah
  - Sentuh mulut dengan tangan yang terkena daging merah mentah.

Jadinya, masih selamat untuk memelihara kucing selagi tidak 'in contact' dengan najis kucing. Jika mahu membersihkan kotak najis kucing, pakai la sarung tangan dan tutup hidung dan mulut untuk mengelakkan jangkitan. 


Sumber: majalah mami & baby Jan 13 dan Kelinik Wanita

2 comments:

  1. eii ngeri..najis kucing husband atie yg handle...^_^
    tp still men dgn kucing..aiyooo..x tahan laaaaaa

    http://miszatie.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting kena jaga kebersihan kucing yg kita bela tu,kan.

      Delete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas