Monday, 7 May 2012

Inspirasi:Doorgift Idea

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Pernah dapat yang kat bawah ni tak kat kenduri kahwin?


Seriously, bukan nak memperlekehkan.
Appreciate sangat bila dapat.
Cuma, macam tak tahu nak guna kat mana.
Sudu ni pun agak lembut kan.
Senang bengkok.

Tapi boleh jugak, simpan banyak2 sekarang.
Nanti dah ada anak boleh bagi anak makan guna sudu comel ni :)

Last few weeks, wedding kawan Sarah, kitorang dapat sudu jugak.
Tapi yang lebih better.

Set sudu dari Ikea (member yang bagitahu dari Ikea)

Sudu ni lagi teguh.
Cuma bila dia dari seorang kawan, rasa sayang pulak nak guna.
Macam2 la kau ni atharah
Theme biru oren.Nice!

Plus, kitorang semua dapat keychain yang comel nie.
Simple kan doorgift.



Selamat pengantin baru Afiqah dan Fauzan.
Semoga berbahagia hingga ke syurga:)

Friday, 4 May 2012

Kad Kahwin?Buku Sekolah?

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Hari ni dapat dua jemputan kad kahwin.
Yang satu tu sebijik macam buku sekolah.
Siap ada logo 'sekolah' pada front page.
Kualiti kertas pun sama macam buku sekolah.

Tengok bawah ni, dah confuse kad jemputan dengan buku tulis sekolah:D



Kad jemputan dari sepupu mak


Dan yang lagi satu lebih kurang sama.
Cuma jenis kertas yang berlainan.
Lebih nampak ia nya adalah kad.


Kad jemputan dari senior sekolah


Dah macam2 jenis kad kahwin.
Tanda manusia semakin kreatif untuk keluar dari kebiasaan.





~~Esok ada wedding senior sekolah dekat Kuantan.
    Dah semangat nak pergi.Hadiah dah beli.
    Tapi tak dapat permission untuk drive sorang2 3jam.Sobs.

Selamat Pengantin Baru Kak Fizah.
Semoga berbahagia hingga syurga.