Friday, 4 May 2012

Kasut Kahwin Hilang??

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Sangat2 lama tak update blog.
Sebab lately sangat2 la busy.
Peak time bila dah hujung sem.
Faham je la kan macam mana.

Actually, nak cerita satu hal.
Hari ni ada kesempatan nak balik rumah
dan baru ada kesempatan check barang2 yang beli dulu.
Check punya check, then
"Mana kasut kawen orang?"

Ayoo.dah puas cari satu rumah.
Sekarang tak jumpa lagi.
Ingat sebelum balik last month, dah simpan elok2 kat dalam bilik.
Tapi dah tak jumpa.
Dah tak tahu nak cari celah mana ni.

Sempat text en tunang
"Will Aldo b mine if i cant find it?"
--but, no respon.
Hampeh

Tersuka pada kasut ni dah



Tawan Hati Ibu Mentua

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Sesungguhnya perkahwinan adalah suatu yang indah.
Antaranya, sebelum berkahwin kita hanya ada seorang ibu.
Selepas berkahwin, secara automatik kita mempunyai dua orang ibu.
Kedua yang patut dihormati dan disayangi

4 tips menawan hati ibu mentua

1) Sayangi ibu mentua seperti menyayangi ibu sendiri

  • Dengan bermanis muka, bertegur sapa dengan cara yang lunak, berlemah-lembut.
  • Sentiasa mendoakan kebaikan kerana yang menjinakkan hati manusia ialah Allah SWT
2) Bijak berkomunikasi
  • Bijak berkomunikasi dengan cara berminat terhadap perkara yang digemarinya.
  • Menjadi pendengar setia kepada permasalahannya.
  • Menjadi penasihat yang terbaik
3) Memberi
  • Tidak berkira untuk memberi sesuatu kepada ibu mentua samada wang atau hadiah.
  • Pemberian walaupun sedikit tetapi dengan penuh keikhlasan,
4) Beri masa yang ekslusif kepada ibu mentua
  • Beri masa kepadanya untuk dia bersama dengan anak lelaki nya(suami)
  • Ini supaya, ibu mentua tidak merasakan kita adalah pesaing bagi nya dalam menakluk perhatian suami.


Perkongsian dari Ustazah Norhafizah Musa
Anis Mei 2012.