Sunday, 26 August 2012

Hadiah GA dari Qaseh Fariza

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Baru semalam rasanya Cik Bie buat entry penghargaan pada Qaseh.
Hari ni Sarah pula.
Yeay, hadiah guestbook dari Qaseh Sarah dah terima dengan selamatnya.
Yang Sarah boleh cakap..Canteknyaa.
Tq Qaseh buatkan guestbook tu.

Hadiah Guestbook dari Qaseh Fariza. Guestbook dengan pandangan berdiri.


Kalau ikutkan sangat ambil masa yang lama untuk Sarah dapatkan GB ni.
Sarah minta Qaseh pos kan pada my sayang, Cik Kyna. Before raya dah sampai.
Pastu baru tunang Sarah ambil dari Kyna.
Tadi siang baru tunang bagi GB tu pada Sarah.

Haruslah berwarna purple kan.
Janji  Tema ditepati. Hehe.

Sarah suka design cover yang simple tapi menarik.
Sebabnya, biar nampak cantik hari ni dan selamanya.
Nanti- nanti senang juga Sarah nak jaga dan simpan GB yang best ni.



Qaseh siap berpantun- pantun lagi tu.

Kalau Qaseh ada baca entry ni, nape Qaseh tak conteng ur wishes awal- awal kat GB ni.
Baru best.
Qaseh, jemput la datang wedding Sarah ye :)


Saturday, 25 August 2012

Pearl Handbouquet

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

My simple pearl handbouquet.

At last, done my pearl handbouquet.
Combination of purple and pink pearl beads.
Saiz pearl beads yang Sarah gunakan 8mm.
Yang sedang- sedang saja.

Untuk colar, thanks tu Nurin yang sudi share cara untuk buat colar hb.
Sarah gunakan kain organza sahaja.
Untuk tangkai hb pula Sarah guna kan cara Intan Norazam yang guna kan polystyrene tu.
Awal- awal ingat tak nak guna sebab nampak terlalu besar. 
Tapi guna riben sahaja tak dapat nak balut dengan bagus, jadi guna polystyrene lebih mudah. 

Komen untuk diri sendiri, masih ada cacat cela yang boleh di perbaiki.
First time buat, tapi best bila dah siap:)


Bantal Cincin Diimpi- impi

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Termimpi- mimpi mahu kan bantal cincin.
Memang pada asal nya tak mahu kan letak cincin dalam kotak cincin tu.
Akhirnya dapat juga.

Pandangan hadapan

Pandangan tepi

Bahan-bahan yang digunakan :
Kain felt pink untuk membuat felt roses.
Kain felt hijua untuk membuat daun bunga ros.
Dihias dengan butang coklat untuk menaikkan seri.
Kain felt hijau sebagai base.
Lace putih sebagai hiasan keliling
Riben pink untuk hiasan atas bantal.

Sepatutnya dan lebih baik kalau diisi dengan fiber. Lebih ringan.
Tapi untuk bantal ni, diisi dengan perca kain sahaja. Jimattt.

Thursday, 23 August 2012

Debaran Yang Mendebarkan

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Debar tak kalau lagi beberapa hari, bila call butik, katanya baju tak siap lagi.
Apa korang rasa agaknya kan.
Sarah hanya mampu gelak tapi dalam hati ayooo, sempat ke ni.

Semalam la, call butik, akak tu kata next week baru siap.
Mana tak jerit. Bukan next dah nak majlis ke.
Buat- buat tenang tapi risau juga sebenarnya.

Baju tunang pun katanya belum siap lagi.
Hari Ahad ni baru siap.

Memang la ada back up baju lain kan.
Cuma tak best la kan.
Sebab baju tu nak pakai untuk majlis yang lagi penting. Hehe

Harap sempat la siap kan.
Nak jugak try dulu before majlis.

Wednesday, 22 August 2012

Dah Boleh Dibilang Dengan Jari

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Kira, jangan tak kira kan.
Hah, dah tinggal SEMBILAN hari je lagi.
Syawal mood dah hilang ke mana tah.
First day je raya, lain sambung balik dengan apa yang tertangguh/tak siap lagi.

Nak update dengan picture, tapi macam tak rajin nak snap.hehe
Nak ada masa akan tampal-tampal picture kat sini.

Ok :)

Saturday, 18 August 2012

Ramadhan Terakhir & Salam Aidilfitri

Assalamualaikum
Salam sejahtera..


Sekejap je masa berlalu. Rasa macam semalam berniat first day puasa. Sekarang dah sampai penghujung.
Bagi yang berjaya puasa sebulan, yang berjaya khatam al-Quran dalam bulan Ramadhan ni, tahniah!
Semoga Allah menilai dan terima amalan kita. Amin.
Tahun ni berharap sangat dapat full puasa. Tapi apakan daya, terkantoi di penghujung nya :(

Ya, saya sangat merindui Ramadhan.

Lupa plak, siapa yang berjaya diet bulan ni?Sila angkat tangan.
Sarah tak berjaya sangat. Nak buat macam mana puasa kat rumah dah tahap wajib buka dan sahur dengan nasi. Tu pun sedaya upaya ambik portion sikit je. Hehe. Ada lagi 2 minggu ni boleh ke terus kan usaha.

Last puasa as single, InsyaAllah. Macam mana la tahun depan kan. Tak mampu kot nak buat macam mak bangun pukul 4 pagi untuk prepare sahur.
Silap-silap bagi husband makan roti cicah air teh kosong je.
Belum tiba masa dah ada unsur-unsur bertindak kejam plak :P

Bakal-bakal pengantin lepas raya ni, Zura, Kila, Miszatie, Imah dan ramai lagi lah.
Selamat Pengantin Baru!

Terbaca status fb husband Kina, Alhamdulillah Kina dah selamat melahirkan bay girl.
Baby Ramadhan. Comel sangat.
Congrate Kina n Pudin.

Apa-apa pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga kita beraya dengan penuh kesyukuran.
Ampun maaf dipinta andai semasa berblogging ni ada terkasar ayat. Tersalah bagi komen. Terbagi komen negatif. Ampun! Ampun!.

Enjoy Raya!!


~Hari ni nak terus kan wedding preps, tapi abah macam tak kasi,dia suruh enjoy raya.



Friday, 17 August 2012

Lagi 2 Minggu Ke?

Assalamalaikum
Salam sejahtera..

Sangat2 lama rasanya tak update blog ni.
Ke'busy'an yang teramat sangat sekarang ni.
Dengan wedding sendiri, uruskan pasal adik, raya lagi.
Macam2 hal.

Pejam celik rupanya lagi 2 minggu!!


Macam tak percaya je.
Wedding preps still banyak lagi nak kena buat ni.
Selambe je kan.
Cuma tak  mo fikir sangat yang tak siap tu.
Takut stress :)