Monday 22 July 2013

Lahirnya Muhammad Zharif- part 1

Assalamualaikum
Salam Sejahtera..

Lama jugak rasanya blog ni terbiar.
Maklum lah, bila dah ada si kecil ni,cara hidup pun dah bertukar.
Bz kemain.
Melayan kerenah anak.

Pagi bangun, kalau baby tak bangun lagi, tula masa untuk siapkan diri sendiri.
Kadang tak sempat tak bertungku,bekung,pilis semua tu,baby dah bangun.
Memang la dah tengah hari baru dapat buat semuanya.

Cerita pengalaman bersalinkan Muhammad Zharif still Sarah nak ceritakan kat sini.
Sekadar nak share & pengalaman bersalinkan baby first ni amat berharga.
Even next pregnancy pun tak akan sama dah.

2 Julai 2013
Masa nak solat Asar perasan panties basah.
Walaupun tak banyak,tapi bukan benda yang biasa.
Cuma still buat tak tahu.

3 Julai 2013
Monthly check up kat KK Seberang Jaya.
Bagitahu doc hal semalam.
Doc suruh refer hosp.
Sampai hosp, katanya diorang tak akan buat check up unless masuk wad.

Tapi rasa macam ok &teramat tak suka masuk wad.
Jadi balik je. Tak buat check up pun.

Masa nak solat Zohor,
Oh,panties basah lagi.
Risau apa-apa jadi,so pergi aje hosp.

Admit satu malam,diorang nak pantau samada betul ke air ketuban dah leaking.
Jadinya sepanjang kat hosp kena pakai pad hosp, & setiap kali nak tukar pad,kena tunjuk kat nurse pad lama.

Tiap kali tukar,rasa macam kering aje pad.
Tapi sebenarnya tanpa sedar ada sekali pad tu memang basah.
Nurse yang detect.

4 Julai 2013
Pagi tu,masa doc round check mengharap sangat dapat berita boleh discharge.
Sekali doc tu bagitahu,yes boleh discharge tapi dengan baby!
Maksudnya??
Kena paksa bersalin walaupun belum ada tanda contraction!

Jadinya, nak kena masuk ubat induce.
Kena tunggu husband sampai, sign consent & kalau contraction belum ada jugak,paling lewat Ahad kena bersalin.

Tak tahu kenapa,tapi masa call husband rasa sedih sangat.
Dia pun dari KL  terus ambik EL.
Sementara tu tunggu parents Sarah dari kampung,datang Penang satu kereta dengan husband.
Maghrib baru diorang sampai.
Terus sign consent,sebab esok pukul 6pg dah nak induce ubat pill.

5 Julai 2012.
Awal pagi nurse dah kejut.
Check CTG dulu before induce.
Pukul 6 pg,doc masuk kan ubat pill.

Satu jam lepas masuk pill,tak boleh pergi toilet.cuma boleh baring je nak make sure ubat larut.
Lepas satu jam,check CTG semula untuk check condition jantung baby.

Sepatutnya bila dah masuk ubat kita akan mula rasa sakit-sakit perut.
Kire dah start contraction. Tapi seriously, Sarah tak rasa sakit langsung.
Nurse dah tanya banyak kali sakit tak perut..
Selamba jawab "takkk..."

Then, pukul 12+ nak masuk ubat lagi sekali.
Bila doc check,patut la tak sakit,rupanya ubat tak resolve!
Masuk ubat &rest 1jam.
Lepas satu jam,check CTG semula.

Siap-siap je check,baru je nak jalan masuk bilik semula, doc panggil.
Then,dia check balik ubat tadi.Still,tak resolve jugak!
Degilkan??
Tapi lepas tu doc bagitau slowly...
"lepas ni siap-siap.then,kena masuk labour room dah.walau macam mana pun awak kena bersalin hari ni"
Dengar-dengar je terus macam sayuuu sangat rasa.
Sebak.
Minta izin jap 10 min nak solat zohor.

Bila dah sampai bilik,terus call husband bagitau condition.
Masa tu sayu sangat-sangat. Dengan husband yang sampai hosp lambat.
Lepas tu,datang plak sorang nurse ni suh cepat-cepat prepare.
Even dah bagitahu nak solat pun dia yang macam marah-marah.
"tau tak jantung baby kamu dah tak stabil?!"
Aisyyyy...

Siap-siap solat,nurse terus tolak masuk labour room.
Sambil tu call husband suh cepat. Takut tak dapat jumpa before masuk.
Sebenarnya,takut...takut terus tak dapat jumpa.

Before masuk LR cakap kat nurse nak tunggu jap husband sampai.
Tapi tak sempat gak.
Terus masuk LR tak sempat jumpa siapa-siapa.
Sobssss...

*terasa macam panjang sangat cerita,so kita sambung part 2 ye untuk episod yang lebih dramatik.hikss.

Friday 12 July 2013

Berpantang di Hospital

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Hambik kau tajuk kan.
Last week buat post 'update dari katil hosp'
Minggu ni plak pasal 'pantang'.
Apekah maksudnya??

Ye..Alhamdulillah. Jumaat lepas bersamaan 5 Julai 2013,jam 2324 Sarah dah selamat melahirkan baby boy yang sungguh chomel.
Harusla kan nak cakap anak sendiri chomel.hee

Since lahir,hanya satu malam je kami tidur dekat rumah.
Baru discharge lepas lahir,esoknya admit balik.
Cuma beza hosp je. Lahir kat hosp seberang jaya & now admit kat hosp besar ipoh.
Ape,kenapa...later r stori morri.

Hari ni tunggu keputusan dari doc.
Hope to hear good news.
Doakan baby Sarah cepat baik ye.

Last,jamu mata anda dengan permata hati kami.

Sunday 7 July 2013

Penting tak Powerbank Dalam Kehidupan??

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Masa awal-awal power bank ni keluar, Sarah paling buat tak tau.
Sebab rasa ntah ape kepentingan nya.
Kat rumah boleh charge terus.
Kalau travel pun charge aje kat dalam kereta.
Macam tu la betapa rasa tak penting power bank ni.

Lepas tu,bila nampak groupon asyik duk offer,aiii dah macam cair plak hati.
Membuak-buak rasa nak beli.
Dah murah.semua nak kan.
Tapi husband jadi pembangkang tegar.
Tak penting tak yah beli!

Sekarang bile cik abe tu asyik travel kl-penang tiap minggu,
saje je provoke dia nak beli benda alah tu.
Yela,asal nak bertolak balik je kalut nak make sure batt fully charge.

Nak-nak bila dah admit ni baru kot dia realize pentingnya ada power bank ni.
Kat hosp kan,mana boleh charge hp.
Saje nak kena marah.
Hp asyik warning je lah.

Last-last semalam husband datang dengan benda itu.
Tau dia kalau lost  contact dengan isteri macam mana.
Nak-nak waktu emergency macam ni.

Ye,Second item penting lepas hp.
Powerbank!!

Thursday 4 July 2013

Update Dari Atas Katil

Assalamualaikum
Salam sejahtera...

Semalam-rabu, Sarah admitted.
Kes macam tak serius. Tapi prosedur disini selagi tak admit doc tak akan check.

Ceritanya,
Petang Selasa waktu nak solat Asar, Sarah noticed panties basah.selalu bila dah pakai panty liner kering je.tapi buat donno aje.
Rabu,sekali lagi waktu nak solat Zohor.
Aiii,macam risau.

Tanya makcik, dia kata takut air dah leaking sikit-sikit.
Plak dia cerita sorang kawan dia pernah ingatkan benda ni biasa je.
Sekali air ketuban keluar sikit-sikit sampai habis.
Baby pun dah lemas,meninggal.

Cerita tu terus buat Sarah rasa takut.
Takut,tak kuat untuk berdepan keadaan tu.
Plus,bila air dah pecah o leaking,baby boleh terkena infection.

Dan, Sarah pun serah diri aje la kat Hospital Seberang Jaya.
Check everything,
dari kena seluk,scan,dopler (tak sure istilah betul ke tak), n check CTG.Semua normal.
Ni pun takde air pape keluar.
Hope dapat discharge esok!

Stay satu bilik dengan sorang ibu baru deliver baby 1 hari.
Mula baby tu behave.tdo je.
Tapi lepas tu,dia start menangis.
So, si ibu pun bagi la susu.
Sedaya upaya untuk breastfeed even susu agak susah nak keluar. 1st day kan.
Ada orang yang mmg rezeki baik susu dah banyak cukup untuk baby.
Tapi ada orang agak sukar kan awal-awal baby deliver.

And now, jam dah pukul 2 pagi.
Baby dah meraung-raung.
Ya Allah luluh hati dengar.
Tak tahu ape boleh tolong.
Mula Sarah dah fikir,ai nape la ibu nak seksa baby kalau susah susu nak keluar terima je sikit bagi susu fm.
Atleast,untuk hilangkan lapar dia.
Tak betah tengok baby meraung tapi demi untuk bagi eksklusif susu ibu,biarkan je.
Bagi Sarah biarlah sikit bagi fm dari baby lapar.
Tak salah kan?

Bila tanya,ibu tu kata baby pun dah tak nk minum susu.
Ntah la.kot-kot ternampak pape kot-dia kata ye.bkn sy kata-
Wallahu'alam.

Harap esok boleh discharge la.
Betul la.walaupun kat rumah tdo beralaskan toto n comforter je,tp tu la tempat tido paling syiokk.

Pray for me my dear frens.
Semoga-semoga baby tunjuk tanda nak keluar after 16hb nnt.
Sebab banyakk important things nak buat before the date.

Wednesday 3 July 2013

Tempat Baru

Assalamualaikum
Salam sejahtera.

Hari 3 Julai, cukup la sebulan Sarah menjadi warganegeri Pulau Pinang.
Tempat baru, kawasan baru.
Tak pernah terfikir jadi orang utara.

Tapi nak dah kata rezeki kat sini kan.
Syukur.
Act, masa habis belajar hari tu, Sarah diberi pilihan.
Samada, nak di 'posting'kan di UiTM P.Pinang or Pasir Gudang.
Diskus dengan husband, nampaknya dia tak berminat nak pergi Johor.
Tapi sini pun bukan senang dia nak cari  kerja.
PJJ la jawapannya.
Sambil doa satu hari nanti, dapat tinggal sama jugak.

Sedih woo.
Minggu first, tiap malam nangis.
Haa, 'cenge' sangat kan.
Macam tu la.

Cerita pasal kerja plak, kalau dulu kita duk belakang.
Nganga je apa yang lecturer cakap kat depan.
Sekarang, duk depan plak.
Even dah banyak kali buat presentation, tapi few minutes first day ketaq jugak.
Fuhh, nasib la berjaya jugak habis kan lecture.

First day lapor diri ingatkan tak dapat subjek untuk ajar.
Tup tup, dapat jugak.Dapat plak subjek bukan bidang, yang fuhhh nak kena study balik semuanya.
Tapi sebab kan minggu ni last kerja, kerja enjoy-enjoy la
 -sarah apply cuti 2 minggu awal-
Hip hip horey. Jumaat last kerja before long leave.
Baby first, so Sarah ambik 3bulan cuti.
Horrayy lagi.

Tempat kerja baru.

Sekarang, rasa nya tiap-tiap hari tanya baby,
"Baby, bila baby nak keluar"
Nak gomol-gomol.

Last, curi pict dari IG kawan -sori ye myna.hee-
36w of my pregnancy.





Monday 1 July 2013

Oh Bayiku : 37w of Pregnancy

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Sebenarnya nak buat post last week. Masa cukup 9bulan.
Tapi asyik postpone aje.
Last-last hari ni buat jugak.

Minggu ni dah 37minggu.
Syukur alhamdulillah.
Doc kata dah masuk 37minggu ni, baby dah matang dah.
Dah boleh bersalin.
Weeehaa..Setiap hari nervous.
Plak tu, kawan seangkatan dah makin ramai selamat melahirkan baby masing-masing.

Perut dah makin kerap mengeras sekarang ni.
Last week Sarah balik kampung kat Ipoh.
Drive dengan adik dari Penang. Husband plak dari KL terus ke Ipoh.
Risau nya Allah je tahu.
Nak plak, tak tau sebab saja nak buat gempak-gempak kot.
Dari pukul 11.15pg sampai la 12+ (masa sampai ke Ipoh), perut asyik mengeras macam berkala.
Dalam 10 minit macam tu. Makin lama makin sakit.
Adik kat sebelah dah cuak kot.
Sarah konon buat rilex sambil harap cepat sampai.
Dan-dan sampai je rumah, terus takde..
Memang saje je kan.

Sampai rumah FIL, belikan durian,
khas for me. berbijik jugak la telan.
Sebab husband tak sampai lagi. Kalau tak, nak kena dengar bising dia plak.
Kesian baby panas. -kata dia la.

Last scan, doc kata alhamdulillah baby sihat.
Cukup air ketuban. Uri tempat yang betul.Baby dah kat bawah.
jangan dia pusing-pusing lagi dah la.

Parameter equivalent to EDD
Estimate berat 2533g.
Rindu nya nak tengok baby, tapi tahu aje la kalau scan gov ni.
Bukan nak bagi tengok pun.

-Dari babycenter

"Only two weeks or so to go! This week, your baby is busy shedding his downy coating of fine hair (called lanugo) and his coat of vernix caseosa - the cheesy substance that protects his developing skin. Your baby swallows both of these secretions, which stay in the bowels until birth. Then your baby will excrete a blackish waste called meconium that becomes his first bowel movement. Meanwhile, you may be feeling huge - and increasingly impatient. But try to get as much rest as possible - even if sleep is difficult, you'll appreciate it after the birth."

Sarah plak, start minggu 36 rasa nya bengkak kaki and jari tangan dah kurang.
Dah tak 'sebengkak' minggu-minggu lepas.
Selain loya awal pagi, rasa nya yang lain okay.
I really enjoy my pregnancy.
Satu pengalaman sangat manis.
Sebab tu setiap benda nak tulis kat sini.
Sekurang-kurangnya boleh refer semula untuk next pregnancy.

Ouh lupa, dah makin kerap ngilu-ngilu.
Lebat sangat ke rambut baby nih.Hiks
Sekarang macam boleh lagi lena tidur.
Cuma kena alas bantal kat perut bila mengiring.
-terlentang sesak nafas den-


I think my baby bump is too much cute ;)