Thursday 27 June 2013

Oh Bayiku : Morning Sickness di Minggu-minggu Akhir?

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Selalunya kita dengar ibu-ibu yang mengandung alahan teruk masa first trimester kan?
Time tu la morning & evening sickness, alah macam-macam.
Bila dah masuk second trimester, dah boleh urut dada.
Boleh katakan hilang dah semua jenis alahan tu.
Third trimester dah fully recover.
Tunggu baby keluar je lagi.

Tapi bagi Sarah macam dah terbalik pulak.
Rasanya takde la alahan sangat masa first trimester dulu.
-rasa kuat la jugak. kadang je lain macam-

Sekarang dah minggu- minggu akhir ni rasa lain macam pulak.
Dah berapa hari,
ambil sarapan- roti gardenia kosong, madu sikit, air masak.
lepas tu makan vit dari KK bagi - zinc cofer.

Tak lama lepas tu, loya semacam amat.
Slow- slow jalan g toilet.
Sampai je...terus buang semua.
Rasa rugi nya vit tu.
Tak tahu la khasiatnya sempat sampai ke baby ke tak.

Dan hari ni, sebab tak tahu apa yang punca,
-suspect air masak sebab pernah lepas minum air masak meloya-
ambil sarapan lewat sikit.
Beli sandwich. Air pulak siap-siap malam tadi masuk kan dalam fridge.
Jadi sejuk-sejuk sikit.
Alhamdulillah, dari macam loya, boleh bertahan diri ni.
Vit? Still belum makan lagi.
Nanti lepas lunch kot.

Ok, cerita takde motif. Cuma nak share & boleh recall balik experience apa-apa yang happen sepanjang kali pertama pregnant.

Breakfast pagi ni, 1 1/2 keping roti.ada tomato, cheese,telur,chiken slice (mungkin).
So, rasa okay la kot.


Wednesday 19 June 2013

Oh Bayiku: Jumpa Dietician

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Kan masa pregnant ni Sarah ter'kena' diabetes.
Tiap-tiap dua minggu sekali check gula dalam darah.
Sampai sekarang dah dua kali terkantoi tau.Sobbss.
Yang last tu, makan nasi daging panggang penyet + ice lemon tea.
Last makan pukul 2, check darah pukul 6 still tinggi.

Last month kena jumpa dietician.
Fuhh, ramai kot ibu-ibu pregnant ni ber'kencing manis'.
Yang sadisnya, dalam ramai-ramai tu ada tiga orang aje ibu under 30, anak first yang bermasalah ni.

Lepas jumpa dietician rasa macam semua tak boleh makan.huhu
Tapi sebenarnya kena control diet dalam makan tiap-tiap hari.

Kira macam ni la sepatutnya.

Separuh sayur, suku sumber protein, suku carb.
Say no to air bergula. Pagi sahaja boleh.
Makan buah pulak lepas dah makan berat. Bukan masa perut lapar.
Dan, macam- macam lagi la.

Untuk ibu-ibu yang diabetes memang kena betul-betul control diet.
Effectnya, baby akan lebih besar.
Makan kena balance.

Sekarang pun Sarah dah tak ambil any materna milk.
Just ambik, Hi-goat dari HR marketing tu aje.
Sebab takde contain gula dalam tu.
Experience, pagi-pagi kalau ambik manis, macam roti sapu dengan nutella mesti sangat loya lepas tu.
Agaknya masa tu gula naik tinggi la tu.

Susu pillihan ibu sekarang.
Cuma minum malam sebab baru nak belajar minum susu kambing.
Lepas minum terus tidur.




Friday 14 June 2013

Oh Bayiku : Ibu Sudah Sedia?

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Phuii, lama tak update blog.
Sihat-sihat tak my dearest blogger frens?

Sarah sekarang dah selamat pindah.
Tempat baru, kehidupan baru.
Tapi, berjauhan dengan cik abe tersayam tuh.
Tiap malam leleh je air mata.
Rinduuuu..

Mujur ada adik sorang sudi nak teman sementara tunggu intake degree bulan 9 ni.
Takde la sorang- sorang sangat.

Baby sekarang makin kuat nampaknya.
Sekali bergerak, mengeras perut ibu.
Sesekali terasa jugak yang dinamakan Braxton Hicks tu.
Rasa nya start Jumaat lepas.

Start semalam pulak, dari pinggul ke bawah sebelah kiri ni sakit amat.
Macam mana nak describe sakit tu,
bila duduk nak berdiri balik, terjatuh sikit balik sebab tahan sakit.
Tengah berdiri statik, pastu nak jalan balik pun sama terjatuh sikit sebab nak balancekan badan dengan sakit ni.
Buat-buat gagah je kat office tahan sakit.

Call mak, dia kata kalau dia tu tanda dah dekat sangat.
Cerita dengan officemate pun sama..
Hee, cuak tak?
Cuma tanda lain macam real contraction, bleeding + mucus atau pecah air ketuban tu takde lagi.
Jadi masih boleh rilex kot.
My wish, my doa biarlah baby keluar masa minggu 38 or atleast 36.
Masa tu baby insyaAllah dah kuat.

Btw, Zura n Atie selamat lahirkan baby masing-masing masa minggu 34 macam tu.
Tu yang buat rasa nervous semacam.

Rabbi yassir wa la tu'assir.