Friday 1 February 2013

Oh Bayiku

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Hari ni nak share pasal baby since Sarah belum share anything about my baby.


17 November 2012.
Period dah delay 3 hari. Lepas kahwin, period tak pernah delay lagi.
Masa ni tengah berteka- teki jugak ngan husband. Tapi still tak nak letak harapan.
Masa ni jugak, kitorang satu family tengah holiday kat Melaka.
Malam tu bila balik hotel, tiba rasa loya dan termuntah.
Senyap. Tak bagitau husband atau sesiapa pun.
Seriously takut nak bagi harapan pada yang lain.

22 November 2012.
Setiap petang mesti rasa pening dan loya.
Husband kata tunggu 14 hari tak period baru check UPT.
Makcik pun kata badan dah makin berisi. Muka dah makin tembam.
*Maksu sangat memberi harapan.

23 November 2012.
Masa tengah buat kerja, tiba- tiba teringat durian crepe.
Search kat google image, tengok gambar, rasa terliur yang amat sangat.
Rasa time tu jugak nak makan durian crepe.
*Siapa yang pernah mengidam tau la kot macam mana perasaan ni.
Ajak husband cari durian crepe malam nanti lepas dia balik kerja.

Badan rasa tak sedap dan dah 10 hari period delay!
Buat- buat degil, senyap- senyap beli UPT test kit.
Beli yang paling murah kat guardian.
Still, takut kalau beli yang mahal tak berbaloi.
Mana tahu negatif.

Balik rumah, check.
Control line sangat clear, test line samar- samar. Almost tak nampak pun.
Tapi, tunggu sikit masa.
Both lines clear!
*Sorry, kalau salah pasal line tu. Dah lupa.Tapi kat kotak test kit memang akan ada info maksud line tu macam mana.

Seriously, masa ni tak tau nak describe macam mana perasaan.
Terus terduduk kat dalam toilet tu.
Nangis, dalam hati syukur sangat- sangat.

Hajat tak nak bagitau husband lagi.
Konon nak beli lagi test kit tu, nak check sama- sama.

Tapi bila dia balik kerja, time tengah borak- borak, rasa tak sabar nak bagitau pulak.
Ambil tangan dia, salam.minta maaf.
Tak sempat nak bagitau, dah berjujuran air mata.
Sebak + gembira sangat.
Husband dapat tangkap apa yang nak bagitau dia.
Bila tengok respon dia yang antara tak percaya+gembira+bersyukur, hati makin sebak.
Tak berhenti nangis.
Dia sangat excited.
Rasa malam tu malam paling bahagia.

Dan, malam tu jugak jumpa doktor.
Doktor sahkan, positif!
6 minggu.

Syukur Alhamdulillah.Rezeki dari Allah.

Tak sempat cari durian crepe :(
Kecewa dalam gembira.

24 November 2012.
Dapat cari durian crepe.
Makan dengan puas nya.

25 November 2012.
Balik UTM, hati rasa sayu sangat sebab berjauhan dengan suami.
Sebelum tu, takde la macam tu teruk sangat perasaan.

Tapi lepas tu, okay dah.
Kadang tak rasa macam pregnant pun.
Muntah- muntah tak teruk sangat.
Cuma letih sikit.

30 November 2012.
Sekali lagi mengidam.
Nak makan mangga yang jual kat Batu 8, Ipoh!
Tak nak tempat lain.

Dapat jugak makan walaupun lewat sikit.
Husband bawak balik.

18 Disember 2012.
First time nak scan baby.
Dalam pengiraan baby dah 9 minggu.
Bila scan, saiz baby indicate baru 8 minggu. Sebab baru 16mm.

Just nampak dot warna putih tapi tengah berdegup.
Baby dah ada jantung!
Kedudukan baby masa ni kat bahagian kiri rahim.

Tapi masa ni scan sorang- sorang.
Husband kat KL.
Walaupun seronok dapat tengok baby tapi kalau ada husband lagi seronok.
Sayu.

Buat scan kat Klinik Fatimah, Taman U, Skudai.
Klinik ni sangat recommended.
Pergi pagi, doktor perempuan.
Doktor sangat baik.
Bagi explanation sampai rasa puas hati.

Doktor advise, tak boleh angkat barang berat lebih 2kg.
Pun tak boleh bersama suami sampai masuk second trimester.
Takut bleeding.
'Puasa' sebulan.bhahaha

Baby pada 9minggu.

Dot putih tu la baby.
Yang macam buah pear tu rahim ibu.
Keajaiban ciptaan Allah.
Dari setitis air mani, akan membesar menjadi seorang khalifah di Bumi ini.

Semoga membesar menjadi anak yang soleh/ solehah.
Hamba yang taat.
Semoga diberi kesihatan, sihat sempurna.
Amin, Ya Rabb.














17 comments:

  1. TAHNIAH SARAH...
    suka dan tumpang bahagia tngok kawan2 dah pregnant...=)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Cik rad syg.aah dulu la.sekarang dh abis study.dh balik sini.hee

      Delete
  3. heee~
    dulu ada baca boleh "bersama" bila pregnant...
    skrg tmbh lg 1 info.. 1st trimester xboleh...
    hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee,yana.dinasihatkan tidak la.sbb baby belum kuat lagi.tkut bleeding nnti.2nd trimester dah boleh dah.haaa.tp still x dinasihatkn buat krja yg berat2.

      Delete
    2. no no no...
      ibu mengandung xboleh buat kerja berat2..
      duk rumah goyang kaki je ok..
      hehehehe

      Delete
    3. Ye la kn yana.9 months untuk jd king kn.haa.

      Delete
  4. no wonder la doctor tempat kite check tu kate kalo nak scan tunggu 3 months.kalo awal2 nampak dot je.alhamdulillah masa kite scan awal bln lps ngam2 3m mmg dh nmpak semua anggota badan baby..mesti sarah x sabar nk tunggu next scan..hihi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. D-ya.sarah dah scan yg kedua.this week.nnti sarah share how i feel this time.best sgt.x sbr nxt mnth pny scan nk buat 4D plak.hee..

      Delete
  5. congrate sarah & suami. semoga segalanya berjalan lancar. ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq qaseh.amin.doa mcm tu la.semoga d permudahkn semuanya.

      Delete
  6. alhamdulillah...dah ade baby sarah...congrats! take care ya..:-)

    ReplyDelete
  7. tahniah sarah!
    happy for u...mst happy n bhgia kn?
    hehe...pls take care ur self n baby tau.... ;)

    ReplyDelete
  8. mmg cpt letihkn. nk2 jln byk. jg kesihatan (:

    ReplyDelete
  9. Congratulations dear! (: Perasaan lega dan syukur dan takut lepas ujian UPT tu, perasaan paling best I pernah rasa, I'm sure u pun sama! Jaga diri elok2 pls!

    ReplyDelete
  10. bestnya, saya belum ada rezeki..tak sabar nak ada baby ni..hee..bln lepas cek upt kecewa..takpa kalo rezeki tak kemana..hee nasihat diri sendirik plak..btw congrats m2b

    ReplyDelete

:: Kamu yang mempunyai jejari cantik
:: Sudah baca harap balas