Monday 30 April 2012

CikSusu First Giveaway!!

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

*Entry akan melekat hingga 30 April



Dua patung kat atas itu sedang memberitahu anda semua bahawa CikSusu sedang mengadakan her 1st GA!
So, jom join ramai- ramai



Syarat-syaratnya:

1) Wajib follow la blog CikSusu ye

2) Wajib like link contest yang CikSusu join ni 

3) Wajib buat sticky post contest ini sehingga 30 April 2012

4) Wajib tag 5 orang dan maklumkan kepada mereka

5) Wajib tinggalkan komen di entry ini ~ sertakan nama, emel, dan link blog 


Hadiah :

hadiah adalah untuk 3 orang pemenang yang akan ditentukan oleh random.org
hadiah bernilai RM50, RM30 dan RM20
tema hadiah adalah cantik dan wangi 


Sarah di tag oleh Pikah

Dan akan tag:














Wednesday 25 April 2012

RM150.00 Cash | Give Away from lidarahim.com

Assalamualaikum
Salam sejahtera...

Nak kurangkan belanja kahwin?
Jom join GA ini.


RM150.00 CASH | GIVE AWAY FROM LIDARAHIM.COM

Hadiah- hadiah nya ialah : 

Hadiah Utama : 1 orang x RM50.00 tunai
Hadiah Kedua : 2 orang x RM30.00 tunai
Hadiah Ketiga : 2 orang x RM20.00 tunai
Hadiah Saguhati x 10 orang.

Hanya terbuka pada blogger warganegara Malaysia

Tinggalkan link entry pada ruang komen disini 

Tarikh tutup : 07.05.2012 jam 12.00 tengahari

Meh join kat sini.



Wedding Diary

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Hari ini sarah mahu share dengan kamu-kamu tercinta diary kesayangan ku.


Our wedding diary.

Semua perjalanan perkahwinan kami Sarah akan keep dalam ni.
Dari sekecil resit barang yang pernah beli,
sampai ke senarai- senarai vendor, spa, homestay yang dah survey.
Dan yang paling penting untuk record setiap harga yang dah final discuss dengan vendor.
Kalau pape terjadi senang,tunjuk bukti je.
Siap ada tarikh dan masa lagi.

Harus simpan semua nya untuk rujukan masa depan.
Nanti adik- adik dah tak perlu susah payah buat survey.
Macam kakak yang bagus pulak kan.
Hehe.

Actually, Sarah ada satu diary yang comel and kiut miut ni,(jangan muntah ye)
dan satu log book yang panjang.




Diary yang comel ni senang nak bawa mana-mana.
Dalam handbag pun muat.
Semua list, design keep disini.
Kadang, luahan perasaan pun tertulis jugak.hehe

Yang log book pula untuk keep resit barang yang dah beli.
Susun ikut bulan.
Senang nak kira budget.



Bukan apa, kerja kahwin bukan suatu yang mudah kan.
Kalau tak keep record semua boleh hilang.

Sunday 22 April 2012

Nikah Outfit, Bukan Seperti Yang Dirancang

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Waktu Sarah karang entry ni, sebenarnya Sarah baru je sampai JB dari Shah Alam.
Hari Khamis lepas dapat sms dari yang design baju nikah Sarah.

"Adik, baju adik dah siap"

Wah, dengan semangat esok nya ( Jumaat), terus shoot dengan bas ke Shah Alam.
Sabtu petang baru ambik baju.
First tengok hasil, saya suka.

Tapi bila ingat- ingat balik design as per perjanjian, ada yang kurang.
Siapa yang terbaca dekat sini, mesti boleh gambarkan baju tu akan jadi macam mana.

First, Sarah dah sedia maklum yang kedutan dekat bahagian bawah baju tak dapat nak buat.
Sebab kain ni jenis chiffon beaded, heavy plak tu.
Kalau buat jugak maybe akan rosak kain.

And now, baju tu dah takde patch bead dekat bahu, pinggang and dada seperti yang dirancang.
Kata nya beads tu tak cukup untuk buat.
Pasrah aje la.

Tapi tak tahu la kenapa bila masa nak bayar, mulut ni rasa berat sangat nak minta kurang.
Selalu memang expert bab macam ni.
Yelah, kita bayar based on their effort untuk gunting-gunting dan tampal-tampal manik tu.
Tapi tak dapat yang macam tu.

Lepas tu plak, sayang-sayangku Kyna and Apai kata baju warna ni busuk!
Down, tapi cakap balik memang nak cari light purple pun.
But I dont mind with them. Dah rasa macam adik-beradik.

Bila tengok dan tenung baju ni tersangkut,
terdetik kat hati.
"Sekarang dah kisah orang nak cakap apa.
Ini baju yang aku akan pakai waktu nikah.
Yup, 'Ini baju nikah aku' "

"Baju nikah"...Bawa maksud yang sangat-sangat mendalam.

Cerita pada en. tunang,
dia senyum aje.
"Baju tu cantik sebenarnya"
Terus berbunga rasa hati.


Tunjuk sikit


4 months, 1 week and 1day to go :)

Sorry, long entry . Terima kasih sudi membaca.




Thursday 19 April 2012

Minum Air Bantu Lulus Periksa

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Dari Utusan online.
Mungkin membantu untuk sesiapa yang bergelar pelajar seperti saya :)


Minum air bantu lulus periksa

LONDON 18 April - Lupakan kelas tambahan dengan yuran yang mahal dan makan vitamin yang mampu meningkatkan kecerdasan otak, kerana kunci untuk lulus dalam peperiksaan sebenarnya semudah mengambil segelas air!

Satu kajian terkini mendapati, pelajar yang membawa air memasuki dewan peperiksaan dan meminumnya memperolehi gred yang lebih baik sebanyak 10 peratus berbanding mereka yang tidak.

Walaupun tidak jelas mengapa minuman membantu peningkatan pencapaian, satu teori menyatakan bahawa apabila kandungan air dalam tubuh mencukupi, maka maklumat akan mudah bergerak dengan bebas di dalam sel otak.
Penyelidik berkata, minum air juga menenangkan saraf, sementara mereka yang berasa dahaga ketika menduduki peperiksaan mudah terasa terganggu.

Kajian yang dilakukan terhadap beratus-ratus pelajar universiti itu membandingkan sama ada mereka mengambil minuman termasuk air kosong, kopi atau berkarbonat sebelum memasuki peperiksaan......
 (berita full dalam Utusan)



~Selain bawa air ketika peperiksaan bagus juga bawa air ketika di dalam kelas. Kerana sifatnya yang lembut. Molekul air yang akan berubah mengikut kata yang "di dengar" atau "dilihat". Molekul air berubah menjadi lebih baik dan lebih indah ketika mendengar ilmu ketika didalam kelas dan kita sebagai peminum nya dapat menyerap air yang bersifat baik ini. InsyaAllah :)










Wednesday 18 April 2012

Choices of colors

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

How we see colors differently than them.



Women are very detail than men:D

Monday 16 April 2012

Kesayangan ku Was-was

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Sejak kawan Sarah recommendkan Tutti Fruiti ni, boleh kata kan sebulan atleast sekali mesti Sarah beli.
Time bayar duit kerete kat Ambank S13, Shah Alam confirm singgah lah (zaman dulu-dulu).

Pagi ni bila tengok status kawan kat FB, alamak...

Print screen dari wall rakan FB

Kecewa?
Tidak lah sampai kecewa.
Kalau dah nak menghampiri haram lebih baik elakkan.
Banyak lagi pilihan kan.

Inspirasi kahwin : Baju pengantin lelaki

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Pada mula nya, Sarah ada tiga jenis pakaian pengantin lelaki yang akan dah propose pada my mum dan en tunang.

Baju Tomok
google image jumpa pict dari blog : kisah-cikpuanecha

Tak tahu pun baju pengantin lelaki yang macam ni di panggil baju tomok. 
First time tengok baju ni dalam pict album kahwin kawan.
Husband dia pakai baju ni. Dah tertarik sebab masa tu tak ramai lagi yang pakai baju ni.

Komen en tunang tentang baju ni


Dah confirm la dia tak mahu pakai baju macam ni


Baju Sheikh Muzaffar

google image jumpa di blog : MakNgohSelamoh

Baju ni nampak sama dengan fesyen baju pengantin lelaki yang dah sedia ada. 
Tapi mungkin dah upgrade so nampak lagi ada style.
My en tunang pulak risau pakai baju macam ni nanti kepanasan.

Baju dekat patung kedai



Teruk betul letak nama kan.Haha
Sebab Sarah tak tahu baju ni nama apa.
Snap masa shopping kat Jakel ari tu (sebelum saya jatuh golek-golek kat tangga.Sungguh tak senonoh)
Baju ni nampak smart esp yang pakai tu seorang yang tough.
Weee..
Agak- agak nya baju macam ni sesuai tak nak pakai dengan sampin dan tanjak?Hmmm..





Dan...
Sarah choose BAJU SH MUZAFAR
Sebab my mum dan en tunang pun lebih tertarik pada baju itu.




Sunday 15 April 2012

Dah Berjaya Bincang Pelamin :)

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Alhamdulillah syukran Ya Allah. At last, dapat jugak jumpa dengan vendor untuk pelamin ari tu.
Yela, dah beberapa kali sebelum ni appointment di cancel.
Dah tu memang sukar sikit nak jumpa dengan kakak vendor.
Sarah kat JB, balik rumah weekend sahaja. Weekend plak dia buat kerja mengandam.

Nak discuss dengan akak ni memang tak susah.
Mula nya, kita tunjuk sahaja mana-mana pelamin yang kita mahu kan.
Then, discuss samada dia boleh buat atau tidak.

Sarah tunjuk kan pelamin SM Nasaruddin dan Marion Counter.
Sebab Sarah mahu kan pelamin yang putih cream dan konon-konon elegant.
Keh keh. Pening akak tu fikir macam mana nak buat.
Melampau la kan nak macam tu.

Kredit foto: Flora et cetera

So, tukar dengan pelamin yang penuh bunga- bunga pulak.
Sebab saya suka kan bunga!



Google image jumpa di blog marya

Sebab kan area rumah Sarah ni kampung, jadi nak dapat kan pelamin yang gah macam kat key el tu susah jugak la.
So, kita buat mana yang mampu sahaja.
Mampu dari segi kepakaran vendor dan mampu poket ku keluar kan duit :D







Thursday 12 April 2012

Penggunaan Perkataan "KITA"

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Perkongsian mental yang amat berguna dari Dr. Zubaidi Hj Ahmad.
Baca disini.


  • Penggunaan perkataan KITA ketika suatu perbalahan antara suami isteri adalah lebih baik dan lebih bagus bagi menerbitkan satu emosi yang lebih tenang. 
  • Perkataan KITA menunjukkan perasaan kekitaan yang mana suatu hal/perbalahan itu seolah di pikul oleh kedua pasangan. 
  • Seolah perbalahan itu menjadi tanggungjawab antara dua pasangan untuk mencari penyelesaian. 
  • Manakala perkataan yang menunjukkan seorang seperti "kau, aku, saya, awak" seolah menyalahkan pasangan ketika perbalahan terjadi antara suami isteri. 
  • Perasaan emosi antara pasangan akan menjauh dan mungkin boleh mengakibatkan suatu perbalahan lebih besar terjadi. 
  • Seterusnya, mungkin akan menjurus ke arah perkara yang lebih teruk seperti penceraian.


~~Sedang berusaha ke arah yang lebih baik. Amin

Wednesday 11 April 2012

Shopping dengan Parents

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Hye semua. Macam mana dengan cuti semalaya korang?
Sure gunakan sepenuh masa dengan xtvt yang best kan.
Esp pada B2B mesti bershopping sakan.
Me too.

Ari ni agak nya abis satu bandar Segamat Sarah and parents terjah.
Bershopping baju- baju untuk wedding.
Duit pun melayang- layang la jawab nya.

Kitorang keluar rumah awal pagi lagi.
Dalam pukul 8.50 am dah gerak, sampai sedang-sedang la kedai bukak.
Jarak rumah dengan Bandar Segamat dalam 1jam setengah.
Balik rumah dah petang. Flat abis.

First tempat kitorang datang Kedai Kain dan Langsir Seng Hong.
Mana- mana kawan Sarah yang tinggal kat Segamat mesti suggest kedai ni.
Yup, memang murah kedai ni. Kain pun boleh tahan cantik.
Cuma tak jumpa yang berkenan di hati ku.
Grab kain baju melayu untuk my Abah dan adik lelaki yang akan di pakai masa wedding sahaja.

Kain baju melayu(tak sure jenis apa) buy 3meter free 1 meter @Seng Hong.

Lepas tu, kitorang sambung shopping di Nagoya Textiles.
Dapat grab kain untuk majlis bertandang nanti.
My FFIL dah decide theme kat Ipoh Turquoise Blue.
And Sarah mahu kan simple dress macam Cik Puan Lijah seperti disini.
Sempat jugak tnya pada Cik Lijah untuk buat dress tu,
tapi sikit kuciwa sebab tak sempat baca reply email, dah beli kain.
Akibat nya daku beli chiffon plain 4meter walhal untuk buat dress tu perlu 6meter.
Tak tahu masih ada chance lagi tak untuk dapat dress seperti itu.

RM7/ meter satin for the lining dan RM3.8/meter for the chiffon plain.





Then, UtamaTextiles. Berhadapan Nagoya Textiles
Kat sini dapat grab kain for my mum and FPIL.
Memang dah niat dari awal lagi, Sarah mahu hadiah kan something pada insan-insan yang terpenting dan teristimewa bagi kami.
So, Sarah hadiahkan kain pasang.
And Sarah mahu mereka pakai semasa majlis nikah nanti.
Cuma untuk baju melayu Abah tak jumpa kat sini.

Last sekali, Jakel Trading.
Memang dah cakap kat Abah tempat mahal pergi last.
First grab kain baju melayu for my prince.
Untuk matching kan dengan kain yang Sarah beli untuk majlis bertandang.
Jenis kain Valentino xxxx. RM13/meter. Okay la kan.
Dapat jugak baju melayu Abah dekat sini and Sarah jugak dapat grab baju raya.
Hehe, sempat lagi kan.

Keseluruhan hasil shopping di Bandar Segamat.

Abah dah penat. So, balik....
Overall, nak shopping kain kat Segamat pun best jugak sebab banyak kedai kain.
Boleh la compare harga and kualiti.


Tuesday 10 April 2012

Wedding Update

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Wedding update.................

Last weekend penuh dengan aktiviti wedding preps. Penat tapi puas hati.


KAD KAHWIN


First discussion dengan vendor kad kahwin done. Syukur at last dapat finalize design kad kahwin dengan en tunang. Sukar sikit sebenarnya nak finalize. Sebab en tunang sangat la busy. Kesempatan cuti ni memang digunakan sepenuh nya settle kan kad kahwin. Template dan design dah dapat. Just tunggu first draft dari vendor:)

BARANG HANTARAN

Alhamdulillah barang hantaran just tinggal gadget dan makanan sahaja yang belum settle. Serta barang- barang yang akan di sponsor oleh sahabat- sahabat ku. Awal kan settle kan barang hantaran. Tapi atleast lepas ni tak perlu tak fikir untuk barang ni dah. Dah boleh proceed dengan hal yang lain.

For Her

For Him
Hasil tangkapan for Day 2 @KL Sogo



BAJU NIKAH

Syukur, baju nikah Sarah mungkin akan siap in this April jugak. Dah jumpa designer and dia pun dah janji akan cuba dalam masa beberapa minggu nie. FYI, ari tu dah almost kuciwa sebab dia masih tak sentuh kain tu even kita dah send last February.

Baju nikah en tunang pun dah send pada tailor. Kami hantar dekat area Puchong Prima sahaja. Mungkin akan siap dalam Mei.InsyaAllah.

BEDSHEET

Perlu jugak kena letak disini. Sebab dah lama cari bedsheet ni. Nak cari coral peach/light coral dan putih. Sangat susah sebenar nya. Sampai Sarah dah almost give up. Kalau jumpa ala- ala pink+peach pun boleh la terima. Last Jumaat masa tengah cari bedsheet kat Sogo, pekerja situ kata ada bedsheet fair kat Festival City, Setapak. So, cuba cari kat sana tapi jumpa lain kedai. BARAKAT HOME. Menjual barang dari China if tak silap. Tapi cantik- cantik. Price pun boleh di terima. Yang penting dapat exactly as what I want. Suka sangat.

Barakat Home@Festival City, Setapak



~Hope dapat update wedding progress banyak-banyak dalam seminggu ni.

Sunday 8 April 2012

Cantik Bertudung by Farina Hunny

Assalamualaikum
Salam sejahtera..




CONTEST CANTIK BERTUDUNG BY FARINA HUNNY.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Digalakkan FOLLOW blog Farina .

2. Buat entry Contest "Cantik Bertudung" by Farina Hunny

3. Copy banner + FULL ENTRY( bermula dari SYARAT sampai BEST BY ye ) , then paste kat entry korang tuh .

4. Sertakan  gambar ( LENGKAP BERTUDUNG ) yang korang nak pertaruhkan . MAKSIMUM 3 sahaja :)

5. Gambar yang dipertaruhkan menjadi hak farinahunny.blogspot.com sepenuhnya

5. tag 3 orang kawan , pastikan dorang tau .

6. Link entry korang kat ruangan komen ( KALAU PRIVACY BLOG  , takleh buka , AUTOMATIK  batal )

HADIAH-HADIAH :

FIRST PRIZE 
❤ sehelai tudung / selendang 
❤ sebuah buku 
❤ seutas tasbih
❤ brooch
❤ ::: FREE sulam manik kat baju kurung :::

SECOND PRIZE
 ❤ sehelai tudung / selendang
❤ sebuah buku
❤ seutas tasbih
❤ brooch

THIRD PRIZE

❤ sehelai tudung / selendang
❤ sebuah buku
❤ brooch

NOTES 
: contest ini diadakan utk sejukkan mata tengok muslimah bertudung :')
: contest ini dibatalkan serta merta jika kurang daripada 20 peserta / Farina meninggal dunia sebelum contest ini ditutup :')
: hadiah simple saje la keyh  :') di"taja" sepenuhnya oleh Farina
: untuk hadiah pertama yg jahitan manik tu , agak leceh la ek :') sspe yg menang tu kne pos baju     korang utk dijahit *100% hasil tangan Farina* . kalau hantar tempah mahal ouh , ni kasi free je taw :')

BEST BY : 30/04/2012 
-atau maybe dipanjangkan-

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Picture yang saya pertaruhkan adalah........







Contest ini sangat istimewa untuk wanita bertudung. Dan ia juga satu usaha yang sangat murni bagi menggalakkan lebih ramai wanita bertudung. Bukan hanya untuk menang contest. Tetapi untuk memberitahu dunia "Siapa kata wanita bertudung itu tidak cantik". 


Rakan yang akan di tag ialah :
Farah
Imah
Xuelia

Friday 6 April 2012

10 Wasiat buat Wanita Sebelum Bergelar Isteri

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Perkongsian dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Nasihat pertama dan kedua.

Berpuas hati lah kepada suami dengan apa yang ada pada nya dan mendengar katanya dengan baik serta penuh ketaatan.

Nasihat ketiga dan keempat

Sentiasalah engkau mempertahankan pandangan mata dan deria bau suami. Jangan sampai matanya memandang daripada mu sesuatu yang buruk dan mencium sesuatu daripada mu melainkan yang harum.

Nasihat kelima dan keenam

Sentiasalah engkau memerhatikan waktu tidur dan makan nya kerana kelaparan menyemarakkan rasa marah dan kekurangan tidur akan menimbulkan rasa berang.

Nasihat ketujuh dan kelapan

Jagalah harta nya dan peliharalah keluarga dan anak- anaknya. Perkara yang terpenting berkaitan hartanya ialah engkau perlu mengaturnya dengan baik. Manakala berkaitan dengan anak- anaknya adalah memelihara nya dengan baik, kerana anak merupakan amanah Allah. Maka, pelihara dan didiklah ia sebaik mungkin.

Nasihat kesembilan dan kesepuluh

Jangan sekali-kali melanggar perintahnya dan jangan menyebarkan rahsianya kerana apabila engkau melanggar perintahnya, engkau telah menyempitkan dadanya. Dan pabila engkau menyebarkan rahsia, maka engkau telah mengkhianati amanah nya. Juga, jangan lah engkau bergembira tika dia bersedih dan jangan lah engkau menampakkan kesedihan tika dia sedang bergembira.



Kredit : Solusi #42

Thursday 5 April 2012

FIRST BLOG GIVEAWAY:GUESTBOOK by Sazalina Zakaria

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Wah wah..Tengah blogwalking malam ni terjumpa satu GA yang amat menarik.
Yelah, tengah dilema samada nak buat Guestbook atau tidak di majlis ku nanti.
Lama fikir, perlu buat ke tak. Kalau buat nak design yang macam mana.
Jadi, mungkin ini satu peluang keemasan buat diri ku?

FIRST BLOG GIVEAWAY: GUESTBOOK


Dengan simple step semudah ABC, SESIAPA SAHAJA  boleh join GA ini.

Apa yang penting , FOLLOW blog sis Sazalina.

Buat SATU ENTRY/ POST mengenai GA ini di blog/ facebook/ twitter

Dan tinggalkan details ini di kotak komen

I- NAMA PENUH
II- EMAIL ADDRESS
III- LINK ENTRY


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 APRIL 2012 dan pemenang akan di umumkan pada MEI 2012.



Selamat mencuba pada semua.
XOXO



Semoga ada rezeki ku disini.Amin :)





Wednesday 4 April 2012

Bila Si Kaki Stalker Terkantoi

Assalamualaikum
Salam sejahtera..




Bila FF makan diri sendiri.
Owhhh, betul-betul wordless speechless.
Jangan love less sudah la. Weeee~~

Monday 2 April 2012

Permata Senibong

Assalamualaikum
Salam sejahtera..

Jumaat lepas adalah hari makan besar bagi kitorang.
Makan besar bukan sebab ramai orang cuma makanan yang kitorang order tu sangat la banyak.
Sebenarnya duduk kat JB ni bukan selalu keluar makan yang spesel.
Sebab kat dalam kawasan ni pun dah banyak tempat makan yang dalam kategori sedap+murah.
Bila ada member yang datang sini baru la makan luar.
Sesekali bila makan besar memang best.

So, malam tu kawan Sarah bawak kitorang kat tepi laut.
Kalau dah tepi laut tentunya la kan makan seafood. Yang darat tolak tepi je lah.
Kitorang hanya order kuantiti untuk 2 orang makan je walaupun kitorang ada 3 orang.
Sebab memang tu pun cara untuk makan luar kan.

Tempat ni nama nya PERMATA SENIBONG
Dekat area PERMAS JAYA, JB
Kalau sampai sini memang ada banyak kedai makan.
Tapi kenapa kawan Sarah pilih sini?
Sebab dia kata dalam banyak kedai kat situ makanan dia lain sikit.
Meh tengok gambar.

Bismillahirrahmanirrahim...

First yang harus try. Roti mantau. Roti ni sangat lembut. Tetapi tidak di nasihatkan tapau bawak balik sebab mungkin roti ini digoreng. Jadi akan resap minyak yang banyak.


Kamheong Crabs.

Kerapu with soya souce. Saiz kecil sahaja.

Nestum sotong dan krispy kailan. Sotong sangat banyak sampai satu pinggan. Sebabnya sotong tu dah memang besar pun.

Me with Ida and Fyqa. Makan best ni pun sempena meraikan Fyqa yang akan bertukar status tak lama lagi.Seronoknya dah nak kahwin.Wee~~

Tangan tukang abis kan makanan. Balik bilik dah macam orang pregnant berapa bulan dah. 

Memang sangat menyelerakan makan kat sini.
Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah beri.